Monday, 3 November 2025

Terbang Ke Nanjing dengan China Eastern Airlines dan Makan Malam di Lanzhou Beef Noodles, Liyang

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025

Sambungan catatan terdahulu —> Jalan-jalan di Wuhua District, Kunming


▶ KUNMING CHANGSHUI AIRPORT
Kami tiba di Kunming Changshui Airport pada pukul 4 petang. Tiada pemeriksaan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang. Ini jauh berbeza dengan pengalaman kami sewaktu memasuki bangunan Terminal 2, Guangzhou Baiyun Airport pada September 2024 - entrinya DI SINI.

Kunming Airport, Yunnan, China
Kunming Changshui Airport.

Penerbangan kami ke Nanjing menaiki pesawat China Eastern Airlines. Buat pertama kali, dapat tempat duduk Kelas Pertama. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat China Eastern Airlines.

Kunming Airport, Yunnan, China
Kami menaiki airport tram untuk ke pintu pelepasan di Gate 314.


▶ TERBANG DARI KUNMING KE NANJING DENGAN CHINA EASTERN AIRLINES
Kelebihan pemegang tiket Kelas Pertama, dapatlah kami jadi orang terawal menaiki pesawat. Tak perlu beratur panjang bersama penumpang lain.

China Eastern Airlines
Begini rupa tempat duduk kami - dilengkapi dengan bantal kecil, selimut dan selipar. Sayang sekali, ini hanya penerbangan jarak dekat yang mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit - tak sempat nak tidur.

Saya duduk di tepi jendela pesawat, di barisan kedua. Selain kami berlima di ruangan ini, ada seorang penumpang lelaki yang lebih berusia duduk di hadapan saya.

Pesawat kami berlepas kira-kira pukul 6.10 petang. 

Selamat tinggal Kunming!

China Eastern Airlines
Pramugari berpakaian warna hitam menghulurkan buku menu untuk kami buat pilihan minuman dan makanan.

China Eastern Airlines
Minuman kami - jus oren dan air kopi. Pilih makanan yang diyakini halal - salad dan buah.

China Eastern Airlines
Masya Allah…pemandangan yang menakjubkan hamparan awan dan bulan penuh.

Nanjing, Jiangsu, China
Pemandangan udara ketika pesawat menghampiri Nanjing - ibu kota wilayah Jiangsu.

Alhamdulillah kira-kira pukul 8.25 malam pesawat kami selamat mendarat di Nanjing Lukou Airport. Satu lagi pengalaman baru buat saya apabila menjadi penumpang pertama keluar dari pesawat. Dapatlah saya menyaksikan prosedur bagaimana pramugari nak membuka pintu pesawat. Selalunya saya jadi antara orang terakhir keluar, tapi kali ini jadi penumpang hadapan kenalah keluar awal.

Sebaik kaki melangkah keluar dari bangunan lapangan terbang, udara terasa begitu sejuk dengan suhu 11℃. Kumpulan kami menaiki sebuah teksi MPV menuju ke hotel penginapan yang terletak di Liyang.



MAKAN MALAM DI LANZHOU BEEF NOODLES, LIYANG
Perjalanan dari Nanjing ke Liyang Marriot Hotel mengambil masa kira-kira 50 minit. Selesai urusan daftar masuk dan letak bagasi di bilik, kami berkumpul kembali untuk makan malam di sebuah kedai makan halal berhampiran hotel.

Lokasi kedai makan tersebut terletak di deretan kedai seberang jalan. Boleh jalan kaki dari hotel. Tak susah nak melintas jalan di sini, tak banyak kenderaan lalu.

Liyang, Changzhou, Jiangsu, China
Bangunan Liyang Marriot Hotel, foto dirakam dari seberang jalan. Suasana malam di sini kelihatan indah dengan kehadiran bulan purnama menghiasi langit gelap.

Kedai makan halal di Liyang, Jiangsu, China
Lanzhou Beef Noodles. Ada logo bulat berwarna hijau dengan lambang masjid dan aksara Cina ζΈ…ηœŸ qingzhen - terma yang digunakan untuk makanan halal.

Kedai makan ini diusahakan oleh sepasang suami isteri. Mereka berdua saja tanpa ada pembantu. Tambah kagum saya apabila mengetahui kedai ini dibuka dari awal pagi sehingga lewat malam. Suami uruskan kedai waktu siang dan isterinya uruskan waktu malam - semua kerja bermula ambil pesanan, memasak sehingga mengemas meja hanya seorang diri. Fuh! 

Eh, macam mana saya tahu? Tentulah sebab kawan Cina kami yang berbual dengan pemilik kedai ini. Kebetulan malam ini mereka berdua ada di kedai - suami bantu isteri. Kedua-duanya nampak mesra berbual dengan kawan Cina. Seronok sungguh kan kalau tak ada halangan komunikasi, boleh berbual banyak hal.

Kedai makan halal di Liyang, Jiangsu, China
Sedap mi tarik ni tau. Cuma, itulah…garpu plastik pakai buang yang dibawa dah terpatah. Jadinya Encik Suami seorang jelah yang dapat menikmati mi tarik dengan menggunakan chopsticks.

Kedai makan halal di Liyang, Jiangsu, China
Minuman kami. Beli satu kongsi berdua.

Liyang, Jiangsu, China
Kami masuk kedai buah di sebelah kedai makan. Seronok tengok pelbagai jenis buah tersusun rapi.

Liyang, Jiangsu, China
Kira-kira pukul 11 malam, kami balik ke bilik penginapan. Alhamdulillah dapat berehat dengan selesa setelah seharian ke sana ke sini. Sebelum tidur, saya check suhu semasa dan waktu solat di sini. Kena set alarm supaya tak terlepas waktu Subuh.








40 comments:

  1. Terliur plak SA tengok mi tarik ada beef tu...dapnyaa...dah la SA ni memang suka noodles....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mi daging tu......hirup kuah panas2 menyegarkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai sangat hirup sup panas sebab masa ni udara di Liyang sejuk.

      Delete
  3. Kalu ciknur pun nmpk buah2 tu terliurrr🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah penat sangat agaknya, cuma suka tengok tak rasa nak beli πŸ˜„

      Delete
  4. Wahhhh durian pun ada tu. Berapa la agaknya harga kat sana.

    ReplyDelete
  5. Ada juga buah durian dijual di sana
    tentulah mahal harganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah…nak tanya harga segan pulak sebab tak membeli.

      Delete
  6. Tidak penat suami isteri buka pagi sampai lewat malam.
    Agaknya tiada cuti/kedai tutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…terkejut bila tahu.
      Lupa pulak nak tanya kedai tutup hari apa.

      Delete
  7. pilihan menu selamat ye Ujie, salad dan buah.. menarik catatan perjalanan Ujie kak ana baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan, tapi nak selamat tanpa perlu bertanya lanjut kami pilih salad dan buah ajelah πŸ˜„. Terima kasih kak Ana sudi baca.

      Delete
  8. Mi tarik sedap nya. View dari atas flight memang cantik kan Subhanallah

    ReplyDelete
  9. Lawanya gambar awan dan bulan penuh tu. Sejuk betul suhu sana. 9°Celcius saja. Burrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…rupa-rupanya lebih sejuk berbanding di wilayah Yunnan.

      Delete
  10. Untuk jimatkan kos operasi agaknya ye tak ambil pekerja tu...
    Durian tu mesti harga kayangan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah, boleh kurangkan kos.
      Saya belek jugak, tapi tak nampak tanda harga.

      Delete
  11. pengalaman sama naik flight, biasanya masuk saya bukan di antara orang yang awal.. dan yang pastinya saya di antara yang akhir keluar.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila duduk hujung, malas nak berebut keluar. Kita tunggu jelah kan orang lain keluar dulu πŸ˜„

      Delete
  12. Aduhai, patah pulak la sudunya. Kena belajar la ni makan guna chopsticks sebab Ujie selalu ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa…takdelah selalu SK. Baru kali ke-dua pergi ikut suami hal kerja. Kat rumah dah lama beli chopsticks, tapi bila entah nak belajar sampai mahir πŸ˜„

      Delete
  13. Mee tarik dorang memang simple jer kan ..tapi selalunya memang sedap kan....
    Eh,Ujie tak beli durian ke🀭🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, simple je. Tengok rupa tak nampak sedap. Tapi memang sedap, hampir setiap kali makan kami mesti pilih mi tarik.

      Delete
  14. cantik tgk view bila dpt seat dlm flight tepi tingkap...tk syok bila dpt garfu platik nk mkn mi tarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garpu bawa sendiri, kedai cuma ada chopsticks πŸ˜…

      Delete
  15. Perasan ada buah durian juga. Agaknya berapalah harga sebiji durian dekat sana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak tanda harga, tak tahu berapa harganya.

      Delete
  16. Oh? Ada selipar disediakan? Tak pernah jumpa cam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab tiket Kelas Pertama, ada sediakan selipar macam selipar hotel tu.

      Delete
  17. Naik kelas pertama tu, business class ke Kak Ujie? Saya tak pernah lagi try China Eastern ni. Dieorang ada pilihan makanan halal ke dalam flight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah, akak pun tertanya juga apa beza First Class dengan Business Class. Tapi nampaknya dalam flight ni cuma ada First Class seat.

      Bab makanan halal pun akak tak tahu sebab tiket domestic pihak di China uruskan πŸ˜„

      Delete
  18. Replies
    1. Alhamdulillah…best la jugak dapat tengok tempat orang πŸ˜„

      Delete
  19. trip kak ujie ni pergi ke kunming dan nanjing sekaligus ke?
    hebatnya suami isteri tu, buka kedai dri pagi sampai malam. berapa jam jelah dapat rehat kan, dgn takde pekerjanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Kunming di wilayah Yunnan dan Nanjing di wilayah Jiangsu. Pergi dua wilayah.
      Itulah…kagum sungguh dengan semangat mereka berdua.

      Delete
  20. semua kerja bermula ambil pesanan, memasak sehingga mengemas meja hanya seorang diri.

    tuuuu diaaaa... nak berjimat ke ni? ;-)

    teringat sy ada 1 resto cina kat wangsa maju tp diorg ni dr xinjiang. mcm ni laa... laki bini je yg buat keje dlm restoran tu. sudahnya, nk dpt kan mknn hampir sejam! dah laa kami dtg 1 rombongan cik kiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiilah...sejam tu terlalu lama πŸ˜…

      Kedai yang kami pergi ni tak perlu tunggu lama walaupun setiap kali order mi tarik, dia kena uli tarik doh tepung. Agaknya sebab tak ramai pelanggan.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****