Tuesday, 14 October 2025

Sudut Kopi, Sik

Hujung minggu lalu, saya dan Encik Suami ke Gerik, Perak. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengah hari di sebuah kafe yang terletak di Sik, Kedah. 

Saya terpandang kafe Sudut Kopi ini semasa kami sedang mencari kedai makan. Lokasinya tak jauh dari jalan besar, memang mudah dilihat.

Sudut Kopi, Sik
Ruang dalam kafe. Saya suka suasana santai di sini.

Sudut Kopi, Sik
Sudut Kopi - Coffee & Eatery. Bukan hanya ada kopi dan hidangan ringan, kita juga boleh menikmati pilihan hidangan mi, nasi dan pasta.

Sudut Kopi, Sik
Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Antara menu yang terdapat di Sudut Kopi.

Sudut Kopi, Sik
Konsep layan diri - pesan dan bayar makanan di kaunter. Makanan akan dihantar ke meja, minuman pula kita perlu ambil sendiri di kaunter bila pager berbunyi.

Sudut Kopi, Sik
Aneka kek dan pastri yang membuat saya keliru nak memilih. Semua nampak sedap 😋

Sudut Kopi, Sik
Yang ini pun menggoda juga.

Sudut Kopi, Sik
Peringatan mesra dengan cara kreatif 😀

Tak menunggu lama, satu demi satu hidangan kami tiba. Minuman kami turut dihantar ke meja, tak perlu bangun ambil di kaunter. Agaknya sebab masa ni tak ramai pelanggan, sempatlah mereka melayan hantar minuman.

Sudut Kopi, Sik
Mini pavlova / RM3.

Sudut Kopi, Sik
Nasi daging blackpepper / RM14.

Sudut Kopi, Sik
Mi kari / RM8.

Sudut Kopi, Sik
Minuman pilihan saya - Enggang Kopi Ais / RM11. Menurut petugas di kaunter, Enggang Kopi adalah Spanish Latte. Minuman pilihan Encik Suami - Americano Ais / RM9.

Alhamdulillah…semua makanan dan minuman kami sedap sesuai dengan cita rasa. Sebelum beredar, kami beli dua potong kek untuk makan bila sampai di Gerik. Encik Suami tak gemar makan manisan, jadinya kek yang dibeli saya makan sendiri. 

*

Esok harinya semasa dalam perjalanan balik dari Gerik, sekali lagi kami singgah makan di Sudut Kopi. Dah kata sedap kan, haruslah kita ulang datang 😀

Sudut Kopi, Sik
Kali ini saya mencuba spaghetti salted egg chicken crispy / RM16. Satu lagi hidangan - mi kari, sama seperti semalam.

Sudut Kopi, Sik
Hot Pecan Praline Latte / RM12 pilihan saya. Encik Suami masih setia dengan Americano.

Alhamdulillah sedap! Seronok rasanya bila jumpa tempat makan yang memenuhi cita rasa. Dari segi layanan pula, sangat mesra dan pantas. Tapi sayang, kafe ini terletak jauh di Sik. Entah bila saya akan kembali menikmati hidangan di Sudut Kopi ini.


***************************

SUDUT KOPI
No. 1, Lot 11418, Kg. Batu Lima,
08200 Sik,
Kedah.

Waktu operasi :
Setiap hari | 11 pagi - 9 malam
Jumaat | 3 petang - 11 malam







28 comments:

  1. Nasib baik jauh..kalau dekat SA pun nak terjah...

    ReplyDelete
  2. Spaghetti salted egg chicken crispy ni paling menambat mata. Deco cantik, simple, tenang, kemas jadi selesa sangat untuk makan. Alhamdulillah sedap. Moga kami sampai Sik nanti.

    ReplyDelete
  3. Jauh sangat ni kalau dekat dah terjah. Cie memang suka kedai2 vibes macam ni. Syok nak mengopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kedai gini terus jadi berselera, sebab rasa santai je.

      Delete
  4. menariknya roti dan pastry dia. saya memang suka sangat makan makanan macam roti, croissant, donat, bagel segala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sini, mau Yan rambang mata nak pilih pastri 😀

      Delete
  5. Alang-alang lalu makan kali ke-2. Alhamdulillah kalau makanan sedap dan perkhidmatan bagus mesti kita hendak datang selalu. Semoga ada rezeki Puan Ujie untuk singgah lagi.

    ReplyDelete
  6. murahnya mini pavlova tu rm3 je. ke memang standard gitu harganya?
    makanan semua nampak sedap especially spaghetti dgn mee kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah kan...agaknya sebab faktor lokasi. Sik bukan bandar besar.

      Delete
  7. adeii.. terliur haa nengok..

    ReplyDelete
  8. Oh dekat Batu 5.. nanti bole singgah... Nampak menarik presentation makanan² tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah singgah...kot kena dengan selera PH sekeluarga.

      Delete
  9. Wow nasik black pepper ada papdom!

    ReplyDelete
  10. Saya baca entri ni, pagi-pagi, belum sarapan. Adoi.... telan ailio. 😁
    Ko sungguh kijam, Ujie.
    Brownies dia, ada mata, u....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampun awak 😂

      Renungan mata tu buatkan saya terbeli satu brownies 🤭

      Delete
  11. Menarik Sudut Kopi ni.. tempa nyaman tak serabut.. makanan pun variety.. insyallah balik kampung nanti boleh singgah :D

    ReplyDelete
  12. Nak terjah jauh pulak nun di Kedah 😅 tapi semua nampak sedap! Kreatif cara dieorg nak bagi peringatan jangan merokok tu

    ReplyDelete
  13. Aaaa.. mesti sebab sedap dan nak cuba menu lain tu. Kalau kali pertama tu tak sedap, takdenyalah nak repeat pesan menu lain pulak, kan. Nampak tenang suasana dalam cafe tu. Best, kan, sekarang banyak cafe2 macam ni, macam cendawan tumbuh lepas hujan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul. Sekali makan rasa sedap, terus excited nak cuba menu lain. Entah bila boleh datang lagi, nak cuba yang lain-lain pulak 😀

      Delete
  14. Kita suka konsep-konsep cafe begini. Someday ingat nak ada sebuah cafe juga, tapi ada buku sekali; bookcafe. So semua orang boleh datang dan membaca, etc.

    ReplyDelete
  15. saya suka suasana dalam kafe tu.. tenang je nampak.. latte tu memang bikin terliur hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****