Monday, 13 October 2025

Menuai Buah Limau Bali Sunkist dan Buah Limau Kasturi

Catatan Hari Ahad, 5 Oktober 2025.

Cuaca redup di petang hari hujung minggu, sesuailah untuk Encik Suami melakukan kerja-kerja menuai buah limau bali sunkist dan buah limau kasturi yang sedang berbuah lebat di rumah kami. Tugas saya pula - tukang merakam memori 😁


MENUAI BUAH LIMAU BALI SUNKIST
Jika tahun lepas kami mula menuai buah dalam kuantiti banyak dari pokok limau bali sunkist ini pada pertengahan bulan November, nampaknya tahun ini lebih awal iaitu pada awal bulan Oktober. 

Pokok limau bali sunkist bukanlah jenis buah bermusim, tetapi pada masa lain buah yang ada tidaklah lebat seperti sekarang. Setakat sebiji dua tu saya petik sendiri je, tapi kalau buahnya lebat begini memang jadi tugas Encik Suami.

Limau Bali Sunkist
Hanya buah yang matang akan dituai, iaitu buah yang sudah bertukar warna hijau muda dengan sedikit warna kekuningan. Buah dalam foto di atas masih belum sesuai dituai, kita tinggalkan dulu untuk tuaian akan datang.

Limau Bali Sunkist
Hasil sekali tuai, dapat 100 biji buah limau bali sunkist. Alhamdulillah!

Limau Bali Sunkist
Anggaran saiz sebiji buah limau bali sunkist.



MENUAI BUAH LIMAU KASTURI
Selesai menuai buah limau bali sunkist, Encik Suami menuai buah limau kasturi pula. Pokoknya terletak sederet dengan pokok limau bali sunkist tadi.

Ada tiga batang pokok limau kasturi, tetapi hanya sepokok yang berbuah sangat lebat dengan saiz pokok sederhana tinggi. Lagi dua batang pokok - sepokok kurus tinggi dan sepokok lagi rendah, buahnya ada tetapi tak lebat. 

Limau Kasturi
Agak terlambat dituai, banyak juga yang sudah bertukar warna kuning dan gugur ke tanah.

Limau Kasturi
Lebat buahnya.

Limau Kasturi
Hasil tuaian kali ini. Masih banyak lagi yang belum dituai.

Limau Kasturi
Buahnya bersaiz besar dan banyak jusnya.

Hasil tuaian buah limau bali sunkist dan buah limau kasturi ini kami beri kepada jiran dan kawan di tempat kerja Encik Suami. Ramai yang suka dan mahu lagi, mereka datang petik sendiri.

Alhamdulillah…rasa seronok dapat berkongsi rezeki dari Allah walaupun pokok-pokok ini bukanlah kami yang menanam. Pokok-pokok ini juga tidak diberi baja dan saya hanya menyiramnya sesekali jika sudah lama tiada hujan turun. Ada masanya Encik Suami akan buat kerja pemangkasan dahan untuk menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat dan supaya pokok tidak terlalu tinggi.







28 comments:

  1. Geram tengok limau kasturi tu. Cie kalau beli limau kasturi mesti cari yang besar2 banyak air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..gitu ya, akak tak tau pun jenis besar banyak airnya 😄

      Delete
  2. Alhamdulillah. Lebat buahnyam Rezeki Allah dikongsi bersama jiran tetangga.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Rejeki berbudi kepada tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain yang berbudi, saya merasa rejekinya 😀

      Delete
  4. Alhamdulillah... Seronok dapat kongsi rezeki

    ReplyDelete
  5. Tetiba rasa macam baca blog Warisan Petani, pulak, Ujie. Besar sungguh buah limau sunqist tu.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah meriah rezeki.. lama dah tak makan limau bali sunkist, kena yang manis memang umpph.. besar elok buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, tahap manisnya tak sama. Asalkan tak rasa masam, kira sedaplah.

      Delete
  7. Baru² ni blogger LM petik buah limau Bali Sunkist tu, hari ni turn PU pula. Tumpang seronok :)
    Limau kasturi tu sedap dibuat jus/air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, hampir semua jenis minuman saya letak jus limau kasturi. 100plus, air kelapa pun letak jus limau kasturi 😁

      Delete
  8. Tudiaaaaa.....banyaknya hasil...seronoknya SA tengok

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah banyak hasilnya. Geram tengok semuanya.

    ReplyDelete
  10. Banyaknya buah. Elok-elok pula itu. Senang pula untuk dipetik. Rumah saya dahulu ada limau kasturi tapi tidak selebat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tanah dan cuaca sini sesuai untuk tanaman limau. Kat kampung saya pun tak pernah lebat gini.

      Delete
  11. lebatnya buah. bestnya kalau buat sirap limau, aiskrim soda pastu perah sikit limau kasturi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...segala minuman akak perahkan jus limau kasturi 😀

      Delete
  12. Tu dia.. geram betul tgk semua buah buah yang terkutip dari hasil sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..tapi bukan hasil kami tanam sendiri pun 🤭

      Delete
  13. Geram tengok rasa nak petik sendiri jugak, kak Ujie 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat, boleh je Carneyz datang petik sendiri 😀

      Delete
  14. Feberettt limau bali sungkis tu cikmur panggil limau godang
    Tp pokok kwn dkt sabak x menjadi sgt thn ni
    Bykk tu jual tak ? He hee blh pos ciknur nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...panggil limau godang.

      Masa awal bulan aritu yang tengah banyak.

      CikNur, maaf saya susah sikit nak uruskan pos jenis buahan ni 😅. Kalau ada ke Perlis, boleh saya bagi je.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****