Friday, 10 October 2025

Menginap Satu Malam di Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025



Semasa di Lincang, kami menginap di Rayzen Hotel - sebuah hotel yang terletak di daerah Lin Xiang. Kami mendaftar masuk pada waktu malam, setelah selesai urusan kerja Encik Suami.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Ruang lobi hotel luas dan lapang. Juga tak kelihatan tetamu hotel yang lain, kecuali kumpulan kami seramai lima orang. Urusan daftar masuk hotel berjalan lancar dan pantas.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bilik penginapan kami. Cantik, bersih dan kemas. Tapi ada satu benda perlu yang tak disediakan - tiada cermin dalam bilik ini. Nak bersiap kena guna cermin dalam bilik air πŸ˜„

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Lega rasanya bila dapat katil dengan tilam dan bantal yang empuk, maklum saja malam sebelumnya kami berada dalam penerbangan. Malam ini dapatlah kami tidur dengan selesa, memulihkan badan yang keletihan.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Dalam almari tersedia bathrobe, itu benda biasa. Tapi yang agak luar kebiasaan - sekaki payung turut disediakan.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Benda paling menarik perhatian saya - tersedia satu set hidangan teh di atas meja.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Cantik warnanya dan comel saiznya. Nampak macam hiasan, tapi…

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Eh, ada daun teh! Kalaulah saya ada masa untuk bersantai dalam bilik, tentu saya tak melepaskan peluang mencuba teh yang disediakan. Sayang sekali, keberadaan kami di sini sekadar untuk berehat seketika sebelum mendaftar keluar pada awal pagi esok.
Info | Lincang terkenal sebagai pusat penghasilan teh berkualiti tinggi, khususnya teh Pu’er.
Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bilik air luas selesa, semua berfungsi baik. Tapi macam biasalah - tiada paip air untuk bersuci.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Keperluan mandian di sediakan dalam botol besar, puas hati guna. Barang keperluan peribadi pula diletak kemas dalam sebuah kotak kayu di sudut bilik mandi.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Ruang mandi luas dan bersih selesa.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Suasana malam dari jendela bilik penginapan kami - tenang tetapi ceria dengan cahaya lampu. Saya dapati, pada waktu malam rata-rata bangunan di sini dihiasi dengan lampu yang bertukar-tukar warna.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Esok harinya, kami berkumpul sekitar pukul 7 pagi di lobi hotel bagi meneruskan perjalanan. Sementara menunggu yang lain tiba, saya keluar berjalan-jalan memerhati sekitar hotel. Sempatlah saya memotret itu ini sebagai kenangan. Foto di atas - bangunan Rayzen Hotel.

Rayzen Hotel, Lincang, Yunnan, China
Bentuk muka bumi Lincang berbukit dan di kelilingi pergunungan. Cuaca di sini nyaman, sesuailah dengan kegiatan ekonomi utama mereka iaitu pertanian. Ketika ini suhu rendah 16℃, tiada tiupan angin jadinya tidaklah rasa terlalu sejuk.

Nampak bunga raya terus teringat negara sendiri πŸ‡²πŸ‡Ύ







24 comments:

  1. Mrs. A pun tertarik dengan set minuman tu comel dan menyerlah warnanya.
    Aduh! nampak katil tu kalau dah penat memang lena terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari jauh nampak, saya sangka set hiasan je πŸ˜„

      Delete
  2. Aisehmannn.. begitulah jika hotel dah cantik, ada pulak kekurangannya. Nak bertudung kena masuk bilik air pulak. Biasa jugak jumpa payung dalam almari hotel, kadang² lampu suluh pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur sekejap je, kalau lama memang leceh tiap kali nak bersiap kena masuk bilik air.

      Ooh...seingatnya saya belum pernah jumpa ada sedia payung panjang gini πŸ˜„. Lampu suluh tu iya, biasa jugak ada.

      Delete
  3. kuantiti teh tu boleh buatinum berapa kali?

    dah mcm.kat swiss pula. kat sana setiap blk hotel akan dpt coklat... tp kat sini dpt tehπŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu akak buat teh, baru boleh bagi Anies jawapan πŸ˜…

      Ooh...gitu ya kat Swiss.

      Delete
  4. Sekali pandang set tu macam buah labu, comel sekali.
    Rayzen Hotel, bukan local hotel barangkali? Sbb namanya takde bunyi China. Nampak cantik dan moden hotelnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, macam bentuk labu πŸ˜€
      Tak pastilah, mungkin jugak untuk tujuan komersil letak nama gitu.

      Delete
  5. Puas hati dapat menginap di tempat secantik ini. Nampak selesa sungguh dengan segala kemudahan yang disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan dah penat, lega sungguh dapat penginapan selesa.

      Delete
  6. Ingat teh dah dibancuh buat air. Kalau tidak boleh minumπŸ˜…

    ReplyDelete
  7. Nampak cantiknya bilik hotel ni.

    ReplyDelete
  8. Oh, duduk sekejap je. Ha ah yek, kalau minum teh malam-malam, kena bangun pula buang air kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak larat pun nak minum teh, mata mengantuk badan letih nak cepat tidur πŸ˜„

      Ni cuma gagahkan diri ambil gambar untuk kenangan akan datang πŸ˜€

      Delete
  9. cantiknya bilik hotel tu. nampak mcm hotel mewah gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugaklah. Kita tak tau apa, semua orang atur.

      Delete
  10. SA suka tengok bilik tu..Cantik, bersih dan kemas dah pasti selesa..SA kalau tido bilik macam tu terus lena..confirm punya

    ReplyDelete
  11. Cantik bilik hotel, selesa sangat2 untuk bermalam dan melepaskan penat kan.

    ReplyDelete
  12. Cantik nya bilik hotel ini.. siap ada teh dalam teko tu.. mesti layan minum sambil tgk pemandangan.. bab tak ada cermini tuuu... i is laki then ok jer la hahahah :D

    ReplyDelete
  13. Waaah unik memang, dibagi teh Siap seduh lagi. Walau saya coffee lover, tp sukaaa juga mencoba aneka teh. Apalagi kalau dari daerah yg memang penghasil tehπŸ˜„.

    Kamar hotelnya memang terlihat nyaman sangat kak

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****