Saya mula menanam pokok rain lily benih Thailand hybrid pada 22 Mei 2025 lalu. Entrinya DI SINI. Alhamdulillah lebih kurang sebulan selepas ditanam, semua enam biji benih bawang (bulb) rain lily berjaya hidup - keluar daun.
Pagi tadi (hari Ahad, 6 Julai 2025), salah satu pokok telah pun berbunga!
Rain lily id - Scarlet O’hara a.k.a. Zephyranthes.
Kalau tengok depan mata - nampak warna bunga ni merah oren dan bahagian tengahnya warna kuning. Memang cantik dan ceria warnanya.
Alhamdulillah…setelah enam minggu ditanam, pokok rain lily mengeluarkan bunganya yang pertama! Seronok sungguh bila pokok bunga yang ditanam berhasil keluarkan bunga. Tak sabar rasanya nak tengok bunga rain lily warna kuning dan oren pula berkembang.
Cantik bunganya, seindah namanya.
ReplyDeleteKan! π
DeleteCantik bunganya dwitone. Juga cantik gambar tangkapan Kak Ujie. Warna dia sangat menyerlah dan ceria. Tak lama sangat nak menunggu dia tumbuh dan berbunga. Mesti tak sabar nak menunggu bunga lain muncul.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza. Iya, terkejut jugak sebenarnya...ingat kot lambat lagi nak keluar bunga.
DeleteAmmi tanam benih bunga matahari pemberian Nur. Hmmmm satu hapa pun tak keluar. Panas betul tangan ni
ReplyDeleteAda silap teknik kot Ammi. Kurang siraman atau tanah kurang sesuai.
DeleteCantikkk nyaa... Benih dia macam bawang? So kalau dah tanam ada lagi ke benihnya yg tumbuh lagi?
ReplyDeleteYa, benihnya macam bawang dan akan membiak tumbuh bawang lain.
Deletecantik warnanya, koleksi ni saya tak ada lagi ....saya ada rainlily warna pink & putih
ReplyDeleteBolehlah tambah koleksi π
DeleteCantik kak, suka kan bila bunga yang kita tanam dah berbunga.
ReplyDeleteSeronok sangat kan π
Deleteselalunya tanaman kita kalau menjadi ni, kita la orang yang paling bahagia.. cantikk bunga tu.. boleh jadi lagi besar atau sebesar tu je?
ReplyDelete1st time nampak, nak terjerit sebab seronok sangat π
DeleteMemang besar gitu je bunganya dan tak tahan lama pun. Sehari dua je cantik.
Wah tahniah!
ReplyDeleteKejap je berbunga ye... Lawa pulak tu. Pasti hati pun berbunga² kan :)
Terima kasih PH π
DeleteItulah, ingatkan lambat lagi.
Hehe iya, hati gembira berbunga-bunga π₯°
Bunga ni memang cantik... tapi kamera mahal ni lagi buat dia jadi lagi cantik!
ReplyDeleteHeheh...terima kasih teknologi.
DeleteCantiknya
ReplyDeleteAlhamdulillah π
Deletewaahhhhhh rain lily sudah keluar!
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur π
DeleteTambah berseri dengan kehadiran embun pagi
ReplyDeleteBukan embun tu Wak, air saya lepas siram pokok π
DeleteComelnya bunga dia. Ceria warna! Memang best bila pokok kita tanam mula berbunga. Alhamdulillah, tahniah atas usaha awak, Ujie. ππ
ReplyDeleteCantik sekali bunga Lily ini Mbak.
ReplyDeleteFotonya jadi tambah cantik dengan embun pada daunnya.
Salam,
Cantik bunganya, sesuai dengan nama dia yg nampak classy tu!
ReplyDeleteCepat juga ia tumbuh. Semua benih hidup pula itu. Kira pokok senang hidup.
ReplyDelete