Saturday, 28 June 2025

Teguran Membina

Selamat tahun baru hijrah 1447. 

Pagi tadi saya dan Encik Suami bersarapan di Arau Kopi. Kami sampai pukul 7.40 pagi, kedai baru saja beroperasi dan masih banyak tempat duduk kosong. Saya memilih meja makan di suatu sudut yang agak privasi dan menghadap rimbunan hijau pokok. Biasanya kalau cuti panjang begini, memang susah nak dapat tempat duduk pilihan kerana Arau Kopi jadi tumpuan ramai pengunjung/pelancong dari luar Perlis.

Tak lama kemudian, pelanggan mula memenuhi ruang luas Arau Kopi. Terdengar sekumpulan pelanggan di sebelah meja kami berbual. “Pek nga tu lempeng tau…Kita order makanan lain-lain, nanti boleh rasa banyak makanan…”, lebih kurang begitu perbualan mereka. Saya tersenyum, terkenang diri sendiri ketika mula berhijrah ke utara tanah air - ketika mula belajar menyebut perkataan-perkataan yang sedikit asing seperti pek nga.

Berbalik kepada tajuk entri. Minuman pagi ini saya pilih teh ais volcano. Tapi nampaknya kali ini rasa teh aisnya tak sedap seperti selalu. Tak kaw orang kata.

Masa bayar di kaunter, Encik Suami maklumkan berkenaan rasa teh ais tadi. Lelaki yang berada di kaunter  terus berkata, “Kurang teh…rasa manis?”. Menurut beliau, hari ini tukang buat air bukan orang yang biasanya buat air. Beliau ucapkan terima kasih atas teguran yang diberi dan akan segera maklumkan pekerja tersebut.

Saya rasa berbaloi sokong bisnes begini - bisnes yang sedia menerima teguran dan perbaiki kekurangan. Bukan semua orang boleh terima teguran kita selaku pelanggan. Kita tegur bukan nak menjatuhkan, tapi mahu bisnes mereka terus kekal maju. Kalau tutup, susahlah saya nak cari kedai makan yang kena selera 😄

Berkunjung ke Perlis? Boleh cuba menikmati hidangan pagi di Arau Kopi.








29 comments:

  1. Pergi tempat makan favourite, dapat sudut meja dan permandangan indah satu nikmat selain menikmati hidangan. Kalau duduk utara banyak perkataan baru yang kita belajar. Dulu pun masa dok Penang study susah nak hadam juga mereka cakap laju. Okaylah owner dia menerima teguran pelanggan dengan baik, tak melenting terus. Semoga ada penambahbaikkan di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..Fiza pernah dok Penang. Hehe..iya, akak ni pun selalu jugak tak faham orang borak apa.

      Tak pasti tu owner atau tak, tapi cara reaksi dia tu mungkin owner. Nampak bersungguh, terus pergi arah belakang - nak bagitau dengan pekerja buat air agaknya.


      Delete
    2. Ye, sebab study di UiTM Penang masa diploma dulu. Hihi..laju betul dorang cakap. Tak dapat tangkap pun. huhu...

      Baguslah dia terus bagitahu pekerja bukan sekadar mengiyakan je. Semoga bisnes mereka terus maju.

      Delete
  2. SA bercadang nak bawak suami ke Perlis hujung tahun..Insha'Allah kalau dimurahkan rezeki...dulu masa maknmasih ada memangbselalu bawak dia berjalan ke Perlis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau SA nak datang hujung tahun, kena bersedia dengan cuaca Perlis yang lebih panas dan kering.

      Delete
    2. ooo...SA mati2 ingat Perlis mmg sentiaa panas..lebih 40 degree kan...maknanya lagi panas la erk...

      Delete
  3. Nasib baik lelaki di kaunter bayaran itu terima dengan hati terbuka. Kitapun kalau nak tegur kena berhikmah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, kita bagitau elok-elok insyaAllah orang pun boleh terima teguran kita. Sebenarnya, bukanlah teguran tapi lebih kepada bagi maklum balas.

      Delete
  4. kalau yg ditegur tu dapat menerima dan berlapang dada, mmg patut kita sokong sbb mmg wujud jenis yg x leh ditegur ni... nk melenting je keje nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu makan sini, kalau mereka tak terima teguran mungkin jadi tawar hati nak datang lagi.

      Delete
  5. Betul tu kekadang owner kedai marah kalau kita tegur2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hal kita tegur supaya kedai tu terus maju.

      Delete
  6. Tu dia teh ais dia.. Meleleh likat gitu... Alhamdulillah bagus staff kaunter tu sedia menerima teguran... Business baik mcm ni kena support selalu huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa dah jadik tu, meleleh. Tapi rasa teh kurang dan lebih rasa manis.
      InsyaAllah bisnes gini akan terus maju sebab boleh terima teguran.

      Delete
    2. Dia nak follow seruam KKM tu kurang gula tak baik utk kesihatan dan tak baik utk business hihiii..

      Delete
  7. Bagus owner begitu. Moga terus sukses business nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap terus maju, makan minum kekal sedap, senang saya nak datang makan 😀

      Delete
  8. Waww awal pagi lagi dah minum teh ais meleleh! Memang nampak piaw tu

    Sepatutnya setiap business owner mmng perlu terima setiap maklumbalas dari customer dan cuba perbaiki apa yg kurang. Bukannya pergi bidas balik teguran customer tu kat media sosial, nampak tak professional

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami share - sorang minum panas, sorang minum sejuk 😀
      Nampak piaw tapi tak pun, rasa manis sangat. Biasa rasa teh dan manisnya tu seimbang.

      Kan…kita nak bisnes mereka terus maju.

      Delete
  9. Best kan dapat duduk di meja yang privacy apalagi dekat rimbunan pokok. Kami ni, kalau ada yang kurang sedap, macam tak sampai hati nak tegur. Tapi elok sebenarnya kan, supaya diorang boleh perbaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kedai yang pertama kali atau sesekali datang tu, memang rasa tak perlu tegur. Anggap je tak sesuai dengan selera kita.
      Tapi sebab kedai ni kami kerap datang dan dah tahu biasanya sedap, jadi rasa nak tegur supaya datang lain kali taklah kecewa lagi 😀

      Delete
  10. Wahhh teh tarik leleh ke ni?. Berbuih gitu.

    ReplyDelete
  11. Agreeeee... Saya juga suka kalo ada pembeli yg kasih feedback tiap kali beli roti dan kue dari toko bakeries atau restoran melayu kami di Medan. Jadi bisa tahu apa yg kurang . Lebih respect dengan orang2 begini. Drpd yg sengaja nak cari viral , lalu mengumbar kekurangan suatu usaha di media sosial hingga akhirnya bangkrut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...keluarga Fanny ada bisnes makanan di Medan 👍

      Betul, kalau sekadar viral itu cuma mahu menjatuhkan.

      Delete
  12. tk kaw mcm biasa tk kick la...nasibaik bila bgtau tu ada sebabnya iaitu pembancuh bkn yg biasa tu yg rasa tk kaw..sbb kdg2 certain owner tkleh trima kalo customer tegur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...rupa-rupanya bukan orang yang biasa bancuh air.

      Delete
  13. Bagus juga Mbak menyampaikan keluhan langsung. Bagus juga mereka menerima keluhan itu, untuk perbaikan bisnis mereka.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. Saya kalau rasa lain, biasanya buat diam je. Fikir positif, mungkin tukang buat air atau tukang masak cuti sakit ke.
    Bagus tuan kedai tu, boleh terima teguran pelanggan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****