Friday, 14 March 2025

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula-gula Eclipse

Walaupun pada bulan puasa, Encik Suami tetap jua perlu ke wilayah tengah atas urusan kerja. Kali ini ada urusan kerja di Putrajaya.

Kelmarin, hari Rabu kira-kira pukul 11.30 pagi kami bertolak dari rumah Perlis menuju ke Putrajaya. Tak dapat nak bertolak lebih awal, Encik Suami masih ada kerja nak diselesaikan.

Perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan lancar - cuaca panas terik di utara, kemudian bertukar redup dan hujan mulai turun sewaktu memasuki Selangor.

Pukul 5 petang kami berada di NKVE. Aliran trafik sesak.

Kalau ikutkan, kami dijangka tiba di Putrajaya sebelum pukul 6 petang. Masih ada cukup masa untuk membeli makanan berbuka. Tapi nampaknya, kami tiba ketika menghampiri waktu Maghrib. Kenderaan kami terus menuju ke Alamanda.

Sampai di ruangan parkir, beberapa detik kemudian masuklah waktu berbuka puasa. Maka berbukalah kami dengan apa yang ada - gula-gula Eclipse 😁

Gula-gula Eclipse boleh kata sentiasa ada dalam beg saya. Bermusafir ke luar negara pun saya sentiasa bawa bekalan Eclipse. Bekas penyimpanan yang kemas dan rasa gula-gula yang sedap serta ada pilihan perisa.

Makan gula-gula seorang sebiji, lepas tu kami cari restoran. Rata-rata tempat makan yang ada di Alamanda dipenuhi orang ramai yang sedang berbuka puasa.

Alhamdulillah dapat juga meja kosong di Nando’s.

Antara menu yang dipesan - honey yuzu chicken thigh skewers. Sedap sungguh rasa perapannya, ada rasa masam yuzu - sejenis buah limau.

Dekorasi raya di ruang legar utama Alamanda.

Selesai makan, kami ke hotel penginapan - The Everly yang terletak berhampiran Alamanda. Rancangan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Putra terpaksa dibatalkan. Kami solat jemaah di bilik hotel jelah. Teringin juga nak merasa suasana tarawih di masjid besar, tapi tak berkesempatan.

.

Semalam petang lepas selesai urusan Encik Suami, kami bertolak balik ke utara. Cuma satu malam menginap di Putrajaya, belum hilang penat dah kena menempuh perjalanan jauh sekali lagi. Gitulah…bukan mudah mencari rezeki.

Hampir di sepanjang perjalanan sehingga tiba di P. Pinang hujan membasahi bumi, kadang terlalu lebat sehingga pandangan jadi terhad. Ada ketikanya trafik bergerak perlahan sebab terdapat kemalangan dan juga penutupan sebahagian jalan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Dah nak hampir waktu Mahgrib, kami keluar dari lebuh raya menuju ke Ikea Batu Kawan, P. Pinang. Nak berbuka di sana dan membeli sedikit keperluan di pasaraya.

Kisah berulang - kenderaan kami tiba di ruangan parkir beberapa detik menjelang Maghrib. Maka sekali lagi, kami berbuka puasa dengan gula-gula Eclipse 😁

Lepas tu barulah masuk ke restoran Ikea. Tapi sebab lambat datang, ada makanan yang dah habis. Sama seperti di Alamanda, orang ramai memenuhi ruang restoran Ikea.

Saya nak makan mushroom soup dengan roti dan juga popia. Tapi roti dan popia dah habis pulak. Tukar menu - nasi tomato. Rasanya tahap ok je - boleh makan habis tapi tak mahu ulang beli. Apa pun, Alhamdulillah ada rezeki untuk dimakan.

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Perlis walaupun pada mulanya kami bercadang nak bermalam di P.Pinang untuk berehat dan bolehlah solat tarawih. Rasa rugi kalau tinggal tarawih sebab ia ibadat yang hanya ada di bulan Ramadan. Tapi nampaknya kali ini terpaksalah tinggalkan tarawih.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kira-kira pukul 12 tengah malam.







32 comments:

  1. Warna tema deko raya alamanda dengan klcc sama eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sama ya?
      Logik kalau sama, sebab dua-dua di bawah pengurusan yang sama kan..

      Delete
  2. bertabahlah bila masuk KL Selangor bulan-bulan puasa ni Ujie, sediakan air je dalam kereta.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...itulah, saya lupa langsung pasal bulan puasa akan sesak teruk waktu petang.

      Delete
  3. Saya kalau dalam perjalanan di bulan puasa biasanya bawa air mineral dan roti. Tak sempat sampai rumah atau di tempat berbuka, makan itu sajalah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lupa nak bawa air kali ni sebab fikir puasa.

      Dan biasanya memang sentiasa ada stok air mineral dalam kereta. Boleh pulak kali ni suami kata stok habis 😅

      Pengajaran sungguhlah.

      Delete
  4. Belum masuk mall, tak dapat tengok deco Raya. Ramai yg share, cantik2 semua.

    Sama lah kami Ujie. Kalau dgn anak2 dulu dah siap2 bekal makanan berbuka dalam kereta, di mana2 tol plaza atau RnR. Hubby meeting Jumaat di KL tapi anak2 sekolah di Kerteh Terengganu dah weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa anak-anak memang kena betul-betul bersedia. Gitulah kita kan, berbuka di mana aje ikut sempat. Tak boleh nak plan itu ini sangat.

      Delete
  5. Allah, jauh betul suami Puan Ujie kena pergi apabila ada kerja memanggil.
    Moga Allah beri pahala yang berlipatganda atas kesusahan yang dialami.
    Eclipse ini selalu tengok adik lelaki nombor 3 bawa juga masa memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      Terima kasih doa NA.

      Mudah bawa buat hilang mengantuk.

      Delete
  6. Cie suka bekas gula2 eclipse tu dulu2 suka simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal dulu akak simpan juga, berguna buat penyimpanan benda kecik. Sekarang buang je walau rasa sayang elok bekasnya.

      Delete
  7. Ammi bulan posa ni mmg sentiasa standby air dlm bag sbb minggu ni je dah 3x terpaksa berbuka dalam bus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah Ammi ya.
      Memang kena sedia jelah kan.

      Delete
  8. kalau pkl 5 di NKVE, mmg heavy traffic...Alhamdulillah, ada bekal gula-gula...cantik hiasan raya Alamanda...belum lg ke shopping mall, tgk hiasan raya..paling suka Pavi & Suria KLCC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, betul-betul lupa pasal bulan puasa orang balik kerja awal. Pukul 5 dah sesak teruk.

      Mall besar tentu hebat deko rayanya kan.

      Delete
  9. Sedap gula2 eclipse tu, Cuya selalu beli warna biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna biru tu biasa beli jugak. Kuning ni perisa baru kot, 1st time try yang ni.

      Delete
  10. Kena sediakan makanan ringan dlm kereta.. air dgn kurma.. boleh kunyah2 waktu berbuka.. bertabah la hadap jem tu huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air paling penting. Tapi terlepas pandang hal ni 😅

      Delete
    2. Sy ni mungkin seorang ayah kepada 4 org anak kecil.. dan selalu berada di atas kereta.. maka biskut, gula2, gudap2 tu ada jer dalam kereta. Dan ada satu beg kecil utk isi lotion, syampu, sabun basuh mandi dan bedak kahs utk the kids bila masa memerlukan.. faham2 la kan kdg2 mereka terpaksa mandi hahaha

      Delete
  11. Husband Sy suka eclipse ni, mmg sentiasa ada dlm kereta dia .
    Bulan puasa ni biasanya mmg full house la restoran² kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eclipse pilihan ramai jugak nampaknya. Bekas kedap jadi gula-gula sentiasa rasa fresh.

      Betul PH, ingat kot orang berjimat sebab habis duit persiapan sekolah dan raya, eh rupa-rupanya penuh sesak mana-mana restoran pun 😄

      Delete
  12. mujurlah ada stnby eclips tu ye kak ujie

    ReplyDelete
  13. Mujur ada gula² eclips tu. Tapi kalau ada air mineral pun mudah juga nak berbuka puasa cuma gula² tu lagi ringanlah masuk beg kan. Penatnya bermusafir ketika puasa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat penat, tambah lagi kalau cuaca terik dan perlu hadap jem.

      Delete
  14. Cantiknya deco raya Alamanda..Dah lama tak ke sana..
    Kalau Ujie dengan eclips..saya pula selalau dlm beg...fisherman friends🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fisherman friends tu macam rasa pedas pada saya 😄

      Delete
  15. Eh jadi nak coba gula2 eclipse itu kak. Nantilah pas ke KL saya cari.

    Memang saat puasa suami pun selalu bawa minum utk jaga2 kalo terpaksa buka di mobil.

    ReplyDelete
  16. Nasib baik ada gula-gula eclips. Jauh Ujie dan suami travel. Ramai juga ye orang suka buka puasa di luar, sebab tempat makan semua penuh.

    ReplyDelete
  17. kalau tak ada gula2 eclips...telan air liur je laa dulu nampaknya hehehe
    gurau je...

    mmg betul laa
    deko alamanda sama mcm klcc punya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****