Tuesday, 4 February 2025

Masjid Nusantara, Akihabara

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024


Selesai menikmati hidangan di Nikoniko Mazemen, kami menuju ke Masjid Nusantara yang terletak di seberang jalan untuk aktiviti ziarah masjid dan menunaikan solat jamak. Ketika ini, masuk waktu solat Zohor pada pukul 11.31 pagi dan Asar pada pukul 2.09 petang.

[Info] Masjid Nusantara mula beroperasi pada tahun 2019. Operasi masjid ini digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan warga Indonesia yang menetap di Jepun. (Sumber : visit-chiyoda.tokyo)

 

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Masjid Nusantara terletak di bangunan tempat kami duduk menunggu giliran masuk restoran. Terdapat sebuah papan tanda masjid - Masjid Nusantara Akihabara.

Mulanya keliru juga, mana satu pintu masuk ke masjid? Kami ikut panduan anak panah pada papan tanda masjid - menuju ke bahagian sisi bangunan.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Di sinilah pintu masuk menuju ke Masjid Nusantara yang terletak di aras 5, Yamaume Building.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Kami naik lif dan keluar di aras 4 - ruang solat muslimah, dari situ Encik Suami mendaki anak tangga untuk ke ruang solat lelaki di aras 5.

Semasa kami keluar lif, seorang lelaki muda berwajah Jepun menyapa kami dalam bahasa Indonesia. Lelaki tersebut menunjukkan pintu ke ruang solat muslimah - pintu sebelah kiri sebaik melangkah keluar dari lif.

Sebelum masuk, perlu buka kasut. Tak boleh bawa ke dalam, ia bertujuan menjaga kebersihan sebab ruangan yang ada sangat terhad.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Sebaik membuka pintu, kita akan terus nampak singki begini. Inilah tempat berwuduk. Ketika inilah kita perlu betul-betul amalkan cara berwuduk dengan aliran air paip yang kecil dan melakukan gerakan perlahan - supaya kurang percikan air di sekitar kawasan.

Di sini juga terdapat sebuah tandas yang terletak berhampiran tempat berwuduk.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Inilah ruang solat muslimah. Terdapat sebuah skrin besar di bahagian hadapan yang memaparkan ruang solat lelaki - tempat imam dan saf pertama. Tentunya untuk kegunaan ketika solat fardu berjemaah. Kami sampai di sini  kira-kira pukul 12.30 tengah hari, di luar waktu solat fardu berjemaah.

Telekung dan sejadah juga disediakan, tapi saya lebih selesa pakai kepunyaan sendiri. Saya bawa telekung jenis ringan dan sejadah nipis yang sesuai untuk bermusafir. Tuala kecil dan tisu pun saya bawa sendiri, lepas berwuduk lap kering bahagian anggota wuduk supaya telekung tak jadi lembab dan berbau tak sedap.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Sudut bahagian belakang ruang solat muslimah. Siap ada hiasan bergantungan. Juga ada kamera CCTV di sini - satu di hadapan dan satu di belakang. Pandai-pandailah kita jaga aurat dan jaga kelakuan ya.

Masjid Nusantara Akihabara Tokyo Jepun
Sudut untuk pengunjung mencoret sesuatu. Kira macam guest book. Rata-rata pengunjung yang mencoret di sini datang dari Malaysia dan Indonesia.

Buku surah Yasin dan naskhah al-Quran.

Alhamdulillah saya berkesempatan ke masjid ini bagi menyaksikan sendiri perkembangan agama Islam di Jepun - sebuah negara dengan agama utama penduduknya Shinto dan Buddha. Selain Masjid Nusantara, kami juga berpeluang ziarah ke tiga buah masjid lain.

Seronok dan senang hati bila jumpa masjid di tempat asing, terasa bagai ada saudara di sini. Saya juga sangat kagum dengan kesungguhan mereka yang mendirikan rumah Allah di Jepun - khususnya para sukarelawan warga Indonesia yang telah berusaha membangunkan Masjid Nusantara. Bersama-sama kita gunakan kemudahan yang disediakan ini dengan baik dan hulurkan sumbangan ke dalam tabung masjid.







28 comments:

  1. Thanks for sharing Ujie. Kami tak sempat ke Akihabara. Memang teruja dapat ke masjid sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis.
      Tak sangka banyak jugak masjid di sini.

      Delete
  2. Allahuakbar! Begitu indahnya Islam di seluruh pelusuk dunia. Beruntung Ujie dapat singgah solat di sini. Agaknya yg muka Jepun tu berasal dari Indonesia dan kerja kat sana agaknya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...pengalaman menarik dapat ke masjid di negara minoriti Muslim.

      Saya agak, tu memang orang Jepun Muslim yang berkahwin dengan orang Indonesia sana, atau pernah belajar agama di madrasah Indonesia.

      Delete
  3. Alhamdulillah..ada penggerak dan yg membiayai masjid ni utk kemudahan umat Islam di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dan sangat berterima kasih atas usaha mereka. Kita yang datang sesekali ni jadi mudah urusan solat.

      Delete
  4. Jumpa masjid, surau di negara asing mmg sangat mengujakan dan menambah rasa kehambaan dlm diri.
    Bersih dan sungguh nampaknya masjid ni 👍🏻

    ReplyDelete
  5. sy sempat ambil info je pasal masjid ni. tp kami tak ke akihabara. jd nya x dpt laa nak singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada kesempatan lain kali boleh ke Akihabara - ziarah Masjid Nusantara dan shopping di Akihabara Electric Town 😁

      Delete
  6. Walau pun masjid comel, tapi nampak bersih dan selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid di negara kita besar dan ada bangunan sendiri, memang jauh beza dengan masjid di sini. Alhamdulillah bersih dan selesa.

      Delete
  7. bukan mudah nak tegakkan syiar islam di bumi non-muslim ni
    semoga usaha mereka yg menghidupkan masjid ni akan peroleh pahala berpanjangan smpi akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, perlukan usaha bersungguh dan semangat tinggi.

      Aamin.

      Delete
  8. Alhamdulilah, kalau ada masjid boleh singgah. Berdekatan dengan masjid selalunya ada kedai halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah depan masjid ada sebuah kedai makan halal.

      Delete
  9. Alhamdulillah, sangat friendly Muslim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah rasa asing kita sebagai Muslim berkunjung ke Tokyo.

      Delete
  10. Saya kalau ke luar negara paling teruja nak singgah masjid, selain bersolat kita dapat lihat bagaimana mereka urus masjid. Selain menjadi tempat solat biasanya ia dijadikan pusat komuniti Islam. Memang rasa persaudaraan sesama Islam walaupun budaya berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Selagi boleh memang saya selitkan kunjungan ke masjid dalam itinerari.

      Delete
  11. Alhamdulillah ada juga walaupun tak luas kan kak, janji ada tempat ibadat. Lagipun sekarang islam makin berkembang di Jepun tak macam 10tahun dulu.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Ada juga masjid di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah banyak juga masjid di sini.

      Delete
  13. Macam merinding saya lihat foto2nya, terharuuu sangat. Akhirnya berdiri mesjid Nusantara ini. Ingat sangat dulu banyak teman2 di sana yg mengajak teman2nya di Indonesia utk ikut donasi. ❤️❤️.

    Demi ada mesjid di negara yg bukan mayoritas muslim, pastilah kita akan berusaha bantu juga. Insyaallah kalo saya ke jepang lagi, akan mampir kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah memang satu usaha yang hebat 👏

      Tentu Fanny rasa sangat terharu, akhirnya masjid ini berdiri dan wujud sebagai simbol perkembangan Islam di Tokyo.

      Delete
  14. Unik masjidnya, dalam bangunan bertingkat. Alhamdulilah, dapat juga gunakan, walaupun tak besar, boleh juga solat.

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni..lengkap...masjid x besar tapi nampak selesa...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****