Sudah lama saya dan Encik Suami menyimpan keinginan untuk ke negara Jepun, akhirnya tercapai jua hasrat walaupun persiapan dibuat pada saat akhir.
Tiket penerbangan dibeli kurang sebulan dari tarikh berlepas dan tempahan hotel pula kira-kira dua minggu sebelum tiba di Jepun. Kesannya, kos jadi lebih tinggi. Tapi apa boleh buat, ini saja kesempatan yang ada. Agak sukar kami nak merancang jauh lebih awal disebabkan urusan kerja Encik Suami.
Alhamdulillah, selesai sudah kembara kami selama 6 hari 5 malam di Negara Matahari Terbit. 3 Disember 2024 berlepas dari KLIA ketika waktu menghampiri tengah malam dan penerbangan kembali ke tanah air pada 9 Disember 2024 waktu pagi - dapatlah kami berjalan-jalan selama 5 hari di sekitar Tokyo dan Yamanashi.
Tiba di Malaysia sudah pun waktu senja, kami menginap satu malam di rumah NS dan semalam (10 Disember 2024) barulah bertolak balik ke rumah Perlis. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah pada waktu Maghrib. Masuk je rumah, banyak sungguh nak dibersihkan. Sembilan hari tinggalkan rumah, cicak dan semut berpesta!
InsyaAllah catatan kembara ke Negara Matahari Terbit akan dibuat setelah saya menghabiskan catatan ke Kuching, Sarawak yang masih berbaki beberapa entri 😄
Alhamdulillah, kami pun baru pulang dari bumi Sakura. Tak bertembung pulak. Tak sabar nak baca trip Jepun ni.
ReplyDeleteItulah, sama pulak trip kita kali ni 😀
DeleteAlhamdulillah, seronoknya...
ReplyDeleteAlhamdulillah tertunai hasrat.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat pergi dan selamat kembali dari Negara Matahari Terbit.
Tentu banyak pengalaman manis dibawa pulang ke tanah air.
Alhamdulillah banyak kutipan pengalaman baru sepanjang di sana.
DeleteAh tak sabaaar baca 😍😍. Jepang ini negara favorit saya. Beberapa kali kesana dan tak bosan.
ReplyDeleteSaya sampai bikin target kak, karena jepang ada 47 prefectures atau propinsi, dan saya baru visit 13 prefectures mereka, masih banyak lain sisanya, saya tak akan stop visit jepang sebelum semua prefectures nya saya datangi 😁.
Semua tempatnya memang menarik. Terlebih tempat2 yg bukan destinasi turis.
Wow…sudah 13 prefectures!
DeleteTapi betul cakap Fanny dan mereka yang dah beberapa kali ke sana, Jepun sentiasa menarik untuk dikunjungi. Saya pun dah menyimpan keinginan nak ke sana lagi 😁
Know² sampai Jepun ye...
ReplyDeleteSama dgn Kak Mulan juga ni, baru balik Jepun 👍🏻
Hehe…Alhamdulillah.
DeleteWa..Seronoknya dapat pergi Jepun..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kesempatan kali ini.
Deletebilalah agaknya saya mampu nak berjalan2 gini
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada kesempatan buat Ammi. Pasang je niat/impian dulu.
Deletewah seronok jln2 ke jepun
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok dapat pengalaman baru.
Delete6 hari 5 malam, lama tu!
ReplyDeleteTapi sebenarnya tu pun rasa tak cukup masa nak explore Tokyo 😅
DeleteI like Jepun, pergi banyak kali pun ok . Rasa nak repeat lagi tapi husband kata "udoh2 le tu, jom ke tempat lain pulok" katenyer.. haha
ReplyDeleteSetuju dengan Zhi 😀
DeleteTapi yelah kan…banyak lagi negara di dunia ni yang kita belum explore.
Alhamdulillah tercapai hasrat akak dan suami. Best tu cuti cuti di negara matahari terbit ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah best, cuma kosnya tak best 😆
DeleteWah...Mbak dan suami jalan-jalan ke Jepang rupanya ya... Keren Mbak...
ReplyDeleteSaya nantikan tulisan pengalama perjalanan ke Jepang nya...
Salam,
Alhamdulillah berkesempatan ke sana.
DeleteInsyaAllah, terima kasih juga sudi membaca catatan saya.
Seronoknya Ujie dapat menjelajah banyak pelosok dunia...
ReplyDeleteAlhamdulillah tercapai hasrat di hati ke negara matahari terbit.. syukur semua nya baik dan berjalan lancar :D
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok jln2 di Jepun...
ReplyDeleteRupanya pergi Jepun ya. Alhamdulillah selamat sampai.
ReplyDelete