[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Biasanya kalau saya pergi ke mana-mana, saya gunakan Google Maps untuk tahu jarak dan masa perjalanan. Kalau nak gunakan pengangkutan awam pun mudah - Google Maps menyediakan panduan jenis kenderaan (bas atau tren), nombor bas, nama stesen tren dan nombor platform. Sangat membantu dan memudahkan perjalanan kita walaupun ada ketikanya tersesat juga π
SEKATAN INTERNET
Berbeza dengan pengalaman bermusafir di negara China, Google Maps tidak boleh digunakan. Mengapa? Ini kerana China menyekat sebahagian aplikasi internet, antaranya Google Maps. Alasan sekatan, secara ringkasnya :
China's laws prohibit the spread of information that undermines national unity, infringes upon national honor and interests, or subverts state power. Foreign individuals and firms can use the internet in China, but they must abide by the country's laws. (Sumber dan bacaan lanjut di wikipedia.org)
Sekatan dikenakan jika kita menggunakan kad SIM China dan Wi-fi. Cara untuk mengatasi sekatan ini, perlu gunakan VPN (Virtual Private Network). Nak tahu lebih lanjut berkenaan VPN, boleh buat carian sendirilah ya.
Atau, cara paling mudah kita gunakan je data roaming. Saya dan Encik Suami masing-masing melanggan data roaming Celcom - 7 Day Unlimited Pass dengan kadar caj RM58. Dengan menggunakan data roaming, tiada sebarang sekatan. Kita boleh gunakan semua aplikasi yang ada di telefon kita seperti biasa.
Tak ada sekatan, bolehlah gunakan Google Maps kan?
Jawapannya, boleh guna tetapi lokasinya tidak tepat. Selain itu juga, tiada paparan panduan perjalanan bagi mod pengangkutan awam (bas/tren).
MUSLIM TRADITIONAL LANZHOU STRETCHED NOODLES
Oleh kerana urusan Encik Suami selesai lebih awal, kami ada masa satu hari lagi untuk berjalan-jalan. Kali ini kami jalan-jalan bertiga - bersama kawan Encik Suami, seorang lelaki Cina Malaysia. Tak naik Metro, tapi kami naik kenderaan sewa dengan pemandu orang tempatan.
Kami keluar dari hotel penginapan kira-kira pukul 11 pagi, terus menuju ke tempat makan. Kami buat carian dan ikut panduan di Google Maps. Walaupun dah sedia tahu Google Maps di China tak tepat, tapi nak mencuba juga π
Panduan perjalanan di Google Maps. |
Hasilnya - memang tiada kedai makan tersebut di lokasi yang ditunjukkan pada Google Maps π. Seterusnya, kena cari guna mata sendiri. Masing-masing pandang keliling mencari, sambil kenderaan kami dipandu perlahan.
Keluar dari lorong kecil, kenderaan kami masuk ke jalan besar. Barulah jumpa kedai yang dicari. Dah tentulah bukan saya atau Encik Suami yang nampak, sebab kami tak pandai baca aksara Cina. Terus jadi buta huruf π
Inilah kedai makan yang kami cari - berwarna hijau. Tiada perkataan atau simbol ‘halal/ΨَΩΨ§Ω‘, tetapi perkataan halal ditulis dalam aksara Cina iaitu ζΈ
η. Begitulah ketatnya peraturan di China dalam menyekat sesuatu yang dianggap budaya luar.
Ruang dalam kedai - bersaiz kecil, tersusun kemas dan bersih. Seorang perempuan tempatan bertudung (dengan cara nampak kedua belah telinga) datang melayani kami.
Cara order di sini dengan menggunakan kod QR. Tapi bab order ni kami berdua serahkan saja kepada kawan Encik Suami. Memang lebih mudah urusan bila ada ahli grup yang boleh berbahasa Cina.
Mencuba minuman botol - air oren.
Makanan pertama tiba di meja kami - mi tarik daging. Selepas itu tiba dua jenis makanan juga berasaskan mi, tapi bukan jenis berkuah sup. Semua hidangan bersaiz besar, tak habis kalau makan seorang. Kami kongsi makan bertiga, dapatlah merasa setiap jenis makanan yang dipesan. Alhamdulillah sedap semuanya sesuai dengan cita rasa saya.
Perut dah kenyang, jomlah kita teruskan aktiviti hari ini. Kami menuju ke Masjid As-Sahabi Abi Waqas (sekali lagi π) untuk tujuan ziarah dan solat jamak Zohor-Asar.
Kali ini, kami tak lagi menggunakan Google Maps sebagai panduan perjalanan. Kami cari lokasi di Google Maps, kemudian tunjuk kepada pemandu untuk buat carian di aplikasi pada telefon bimbitnya. Tapi nak tunjuk tu mestilah dalam aksara Cina, barulah dia boleh faham. Bab nak fahamkan ni semua menjadi tugasan kawan Cina - sekejap cakap Cina dengan pemandu, sekejap cakap Melayu pula dengan kami π
.
.
.
Berbalik kepada tajuk entri. Google Maps bukan saja tak boleh guna di China kerana sekatan yang dikenakan, malah tak berguna walaupun boleh diakses (menggunakan data roaming atau VPN).
Antara aplikasi China yang serupa dengan Google Maps - Baidu. Saya cuba install tetapi gagal menggunakannya kerana tiada pilihan bahasa Inggeris. Mungkin juga ada aplikasi lain yang mudah digunakan, tetapi di luar pengetahuan saya.
Berdasarkan pengalaman sendiri yang sudah beberapa kali cuba menggunakan panduan Google Maps di Guangzhou - sekiranya tiada pilihan lain, kita boleh bergantung kepada Google Maps tetapi mata perlu melilau mencari tempat sebenar di sekitar kawasan tersebut. Kalau dekat jaraknya atau tak terselindung dengan bangunan lain, mudahlah. Kalau sebaliknya, memang menguji mental dan fizikal π
Susah juga kalau tak tepat kan? Kita ni dah macam bergantung dengan gugel maps
ReplyDeleteLagi pulak di negara orang, memang Google Maps lah jadi panduan.
DeleteWah kadang di negara sendiripun saya masih pakai google maps kalo gak tahu jalannya saat berkendara sendiri π..agak susah juga ya semuanya pakai huruf China....pakai google translate juga mungkin agak susah kalau terhalang peraturan hehe
ReplyDeleteBetul, di negara sendiri pun saya gunakan Google Maps untuk ke mana-mana π
DeleteTak blh guna Google map mmg habis la huhuhu.. dulu pergi china pun dah siap2 study di Malaysia.. sbb tak nak ada masalah semasa travel.. Mmg pegang buka nota jer :D
ReplyDeleteHehe…samalah kita. Masa 1st time ke Guangzhou dulu kami siap-siap print panduan ke mana-mana. Pulak tu hp tak ada internet, balik hotel baru guna wifi hotel. Bila berjalan memang bergantung penuh pada nota yang dibawa je π
DeleteSetahu Sy mmg China ada sekatan utk apps tertentu. Contohnya diorg guna own apps, Weibo tak silap utk socmed.
ReplyDeleteMujur ada kawan yg kerja di sana, senang jugalah kan ..
Betul, Fb Ig Tiktok semua disekat dan mereka ada apps sendiri untuk semua tu.
DeleteKawan tu kerja di Malaysia, ada urusan di China. Mudahlah kalau berjalan dengan dia, ada tukang translate bahasa Cina π
Ada juga terbaca gugel maps tak boleh diakses di sana. Payah jugak kan.
ReplyDeleteMee tu sedap nya tengok.
Memang susah jugaklah untuk kita yang bergerak sendiri ni.
DeleteAlhamdulillah sedap mi nya. Banyak saya makan π
Mee Lanzhou ini sedaaaap. Saya pernah coba di jakarta ada restoran muslim Lanzhou noodles. Yg punya dan chef nya memang muslim Lanzhou dan pindah ke Indonesia Krn menikah dengan orang Indonesia. Sedaap sangat. Jadi teringin lagi ketika melihat foto di atas. ππ.
ReplyDeleteSusah juga kalo tak bisa pakai gmaps yaa. Dulu saat ke Beijing saya dan suami memang pesan open tur dari hotel tempat stay. Krn itu kami tak pusing cari lokasi.
Tapi saat malam kalo nak pergi2 sendiri, tanya dulu staff hotel arah menuju lokasi π
Wah..tak perlu ke China, boleh nikmati mi di Jakarta je ππ½
DeleteIya, kalau join tour grup memang lebih mudah. Jimat masa dan tak penat mental fizikal π
Untung juga staf hotel boleh berbahasa Inggeris π
Kalau negara depa semua hat orang depa sekar kan...tapi kalau pi negara orang semua budaya depa ..depa nak bawa( kang komen ni kena band ngan Google ni kangπ€£)
ReplyDeleteTeringat pernah ke Guangzhou dulu mata tertipu masa beli buah ceri dan pisangπ€
Hehe…itulah, kita di sini cukup bertolak ansur dengan semua kaum. Tak ada istilah budaya luar.
DeleteTertipu kenapa pulak tu? π
sy x penah guna unlimited pass tu
ReplyDeletekalau guna nanti dia akan tambah dlm bil kita ke mcm mana?
Ha’ah, nanti tambah dalam bil kita.
Deleteuihhh mi dagingnya meriahhhhh sesangattttt
ReplyDeletegerammm eje tgk heheheh
Meriah dan potongan nipis. Mudah nak makan π
DeleteSeronoknya dapat ke China..
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki nanti sampai juga ke China.
DeleteWah repot juga ya Mbak tak dapat menggunakan google maps disana. Saya jadi penasaran apakan media sosial semacam facebook atau instagram apa tidak bisa juga ya?
ReplyDeleteJadi bagaimana dengan mie tarik daging nya? Apakah cocok dengan selera Mbak?
Salam,
Iya, Facebook Instagram juga disekat. Mereka ada aplikasi sendiri yang serupa.
DeleteAlhamdulillah mi tariknya sesuai selera saya. Saya makan banyak π