[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Trip ke Guangzhou ini merupakan trip atas urusan Encik Suami dan ia trip mengejut (baca kisahnya DI SINI). Jadinya kami tak buat itinerari untuk aktiviti jalan-jalan, pergi dan redah sahaja ikut kesesuaian masa yang ada.
Urusan Encik Suami pada hari Isnin (hari kedua di Guangzhou), jadinya hari Ahad tersebut kami ada masa untuk berjalan-jalan. Kami daftar masuk hotel sekitar pukul 4 pagi, selepas itu barulah kami dapat melelapkan mata dan merehatkan badan. Tapi kena berjaga-jaga supaya tak terlepas waktu solat Subuh pada pukul 5 pagi.
Pukul 12 tengah hari barulah kami melangkah keluar dari bilik hotel, sebelum tu kami dah alas perut dengan minuman kopi Adabi dan roti Gardenia. Kami bawa juga pek kekacang dalam backpack kecil sebagai persediaan jika lapar semasa berjalan-jalan. Kopi Adabi, roti Gardenia pelbagai perisa dan kekacang - ini sajalah bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia.
GUANGZHOU METRO - PENGANGKUTAN AWAM YANG MURAH DAN MUDAH
Aktiviti jalan-jalan kami hari ini dengan menggunakan pengangkutan awam - Metro (sistem kereta api bawah tanah). Kelebihan naik Metro - liputan laluannya meluas jadi mudah nak ke mana-mana dan kadar tambang murah serendah 2 yuan (anggaran kadar tukaran semasa bersamaan RM1.20).
Bersambung kisah di atas - keluar dari lif hotel, kami terus masuk ke pusat beli-belah yang bersambung dengan hotel. Lepas tu turun tangga menuju ke Stesen Gangding. Sangat mudah sebab kami tak perlu keluar bangunan.
Berbeza dengan pengalaman ke Guangzhou pada tahun 2015, pemeriksaan keselamatan untuk masuk kawasan stesen kali ini lebih ketat. Situasi hampir seperti pemeriksaan di lapangan terbang - beg besar perlu lalu alat pengimbas dan kita pula perlu lalu di pintu metal detector.
Saya pakai beg sandang kecil, cuma perlu buka beg untuk dilihat isinya. Lucunya, arahan diberi bukan dengan komunikasi lisan tetapi petugas keselamatan buat gaya buka zip beg. Jadinya selepas itu saya dah faham, setiap kali lalu pemeriksaan keselamatan saya akan terus buka zip beg.
Kami beli tiket di mesin tiket. Ada mesin untuk e-payment sahaja dan ada mesin untuk e-payment dan bayaran tunai. Pembayaran e-payment boleh dibuat menerusi e-CNY, Weechat dan Alipay.
Boleh juga beli kad Metro. Tapi kalau tak pasti berapa kerap akan gunakan Metro dan cuma sekejap je di sini (macam kami), tak perlulah beli kad. Mesin tiket ni pun ada banyak dan tak pernah lagi kami beratur semasa nak membeli tiket. Memang tak timbul sebarang masalah.
Pembayaran juga boleh dibuat menerusi Alipay dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Caranya - pada aplikasi TnG eWallet, pilih negara China. Automatik duit yang kita ada akan ditukar nilai ke mata wang China dan boleh terus digunakan di mana-mana tempat yang menerima pembayaran Alipay. Mudah!
Kami nak mencari kedai makan halal berhampiran Masjid Huaisheng yang terletak di Jalan Guangta. Jadinya kami perlu turun di Stesen Ximenkou yang berada di Line 1. Merujuk kepada peta laluan tren yang tertera di skrin mesin tiket, kami perlu turun di stesen pertukaran untuk ke Line 1.
Gangding → Tiyu Xilu → Ximenkou
Kadar tambang : 4 yuan / seorang
Stesen Gangding, stesen di Line 3 - perjalanan kami menaiki Metro bermula di sini.
Kemudian turun di Stesen Tiyu Xilu - stesen pertukaran untuk ke Line 1.
Turun di Stesen Ximenkou. Ada empat pintu keluar, kami nak ke Jalan Guangta (Guangta Lu) jadinya perlu ikut pintu D.
Selepas keluar di pintu D, kami agak terpinga-pinga tak tahu nak menuju ke mana ๐
. Kami cuba berjalan ke arah kanan dan arah kiri untuk mencari laluan menuju ke Jalan Guangta. Cubaan menggunakan Google Maps menemui jalan buntu, ada direction tapi bila ikut arahan akan sampai tempat yang salah.
RESTORAN HALAL DEPAN MASJID HUAISHENG
Alhamdulillah setelah agak penat kaki melangkah ke sana ke sini, sampai jua kami ke tempat yang di cari iaitu Masjid Huaisheng. Keadaan sudah berubah…
Sekarang sudah ada papan tanda ‘Huaisheng Mosque’. Tetapi tiada lagi deretan kedai dengan perkataan ‘HALAL’. Boleh rujuk foto tahun 2015 di entri INI.
Carian saya mendapati, pada tahun 2019 pihak berkuasa mengeluarkan arahan membuang simbol dan perkataan yang berkaitan Islam atas alasan ia budaya luar. Berita lanjut DI SINI.
Bila tak ada perkataan halal dan tak ada simbol berkaitan Islam di luar premis, memang jadi agak susah kami nak memerhatikan mana satu kedai Muslim. Akhirnya kami masuk ke restoran yang pernah kami pergi hampir 9 tahun lalu - lokasinya di hadapan Masjid Huaisheng.
Suasana di dalam restoran.
Buku menu, tertera ‘Halal cuisine in Yarkant County’ pada kulit buku.
Tak banyak pilihan minuman, kami pilih segelas minuman yogurt.
Mi tarik, entah apa nama panjang menu ini. Hidangan di sini bersaiz besar, kami order satu saja supaya tak membazir kalau makanan tak kena selera. Semasa menghidang, mereka terus beri dua pinggan kosong serta sudu dan garfu. Biasanya di sini orang tak akan beri garfu tetapi chopstick. Agaknya mereka dah biasa terima pelanggan luar yang tak pandai guna chopstick, jadinya tanpa perlu diminta terus disediakan. Mudahlah sebab kami memang tak pandai guna chopstick ๐คญ
Kami order juga kebab kambing. Harganya 10 yuan satu cucuk, minima order dua cucuk. Nampak macam tak ada rempah sangat, tapi rasanya sedap dan lembut dikunyah. Kami tambah lagi dua cucuk ๐
Dah menambah makanan, tak cukup pulak minuman yogurt segelas. Kami tambah order chinese tea. Dapat satu teko begini boleh minum berkali-kali. Rasa chinese tea ni biasa je tak ada rasa pelik, kira sedaplah boleh minum habis.
Kedudukan saya menghadap pintu masuk restoran. Masa ni pintu di buka luas sebab pekerja bawa masuk barang-barang. Sempatlah saya merakam foto di atas.
Bangunan dengan gerbang hijau itulah Masjid Huaisheng, memang dekat je. Lelaki dengan kenderaan roda tiga tu menjual kekacang. Berdasarkan pemerhatian sejak sebelum masuk restoran, lelaki tersebut seorang Muslim. Kami berhasrat nak membeli jualannya sebaik keluar dari restoran. Tapi selepas kami siap makan, kenderaan roda tiga tadi tiada lagi di hadapan masjid. Tak ada rezekilah nampaknya.
Selesai makan, kami ke seberang jalan untuk tujuan ziarah masjid dan menunaikan solat jamak Zohor-Asar.
.
Alhamdulilah.
ReplyDeleteJumpa juga makanan yang menepati selera.
Alhamdulillah…taklah kelaparan atau terbazir makanan dibeli.
DeleteSyukur restoran yg pernah disinggahi sebelum ni masih wujud. Kalau tak tercari² juga restoran halalnya ye PU since tak boleh display halal sign.
ReplyDeleteKebab tu mmg nampak sedap ๐
Hehe…itulah, kalau tak ada mungkin terpaksa bertanya dengan orang di masjid.
DeleteMesti sedap kebab kambing tu sampai tambah lagi dua cucuk, hihi. Mee tarik nampak sedap, kadang kita cakap dgn PI, agar lain kali makan kongsi tapi tetaplah bila tengok buku menu terus hilang ingatan nak kongsi makanan, hahaha.
ReplyDeleteKami pun kadang je ingat, kadang hilang ingatan jugak ๐
Deleteyogurt tu tak ada tambah apa2 ke? plain mcm tu je ke?
ReplyDeleteHa’ah Anies, plain je. Rasa masam.
Deletesedap tu masam2 sng membuang nnt๐
DeleteKebab kambingnya itu begitu menarik bagi saya.
ReplyDeleteMenarik dan paling sedap dimakan ๐
DeleteUjie ada pengalaman dan tau kedai halal kalu ciknur agaknya kebulur la he hee entah mana nk cari tmpt mkn
ReplyDeleteItu pun saya ragu-ragu mulanya sebab kedai tu dah tak ada tanda halal. Fikir kot dah tukar pemilikan kepada bukan muslim. Tapi bila masuk betullah keadaan kedai masih lebih kurang sama macam dulu.
DeleteSyukur bertemu juga tempat makanan halal, padahal sudah cukup lama, ternyata masih ada, daging kambingnya kayaknya empuk dan enak.
ReplyDeleteItulah…syukur masih ada ๐
DeleteAlhamdulillah daging kambingnya empuk, boleh dikunyah oleh gigi tua saya ๐
kebab kambing tu sedapnya..
ReplyDeleteNampak macam biasa je, tapi sedap Alhamdulillah.
DeleteNasib baik akak dan suami masih ingt kedai mana yg pernah pergi dulu. Kalau tak berpusing2 nak mencari kedai makan halal kan. Susah jugak takde papan tanda halal padahal tu penting utk orang Islam cari makanan yang halal.
ReplyDeleteItulah, dulu mudah je kita boleh tengok perkataan halal dan simbol masjid atau bulan depan kedai. Sekarang ni kena kenal perkataan halal dalam bahasa dan tulisan Cina.
DeleteSampai begitu sekali islamphobia kat sana ye kak, tanda tulisan halal pun tak boleh
ReplyDeleteTak pastilah sebab sebenar. Memang timbul rasa kesian akak tengok survival hidup saudara Muslim kita di sana.
Deletedari fotonya lingkungan disana bersih sekali
ReplyDeleteYa, bersih. Berbeza dengan kunjungan saya tahun 2015 keadaan kurang bersih dan ada tempat berbau hancing.
DeleteSusah juga plang halal nya dicabut yaaa. Tapi syukurlah ketemu kak. Rasanya skr ini memang tak susah menemukan halal foods di China, jepang, korsel. Dah banyak, patokan saya juga, cari saja mesjid. Pasti disekitar sana ada banyak makanan halal.
ReplyDeleteBetul, apa-apa kita cari masjid ๐. Cuma sekarang susah sedikit kerana tak ada tanda halal dan simbol Islam.
DeleteKebab kambingnya walo terlihat polos, tp saya pernah makan kebab di Beijing memang sedap. Daging yg mereka pakai lembut, dan daging pun dah sedap di awal
ReplyDeleteItulah, rasanya lazat berbeza daripada rupanya yang biasa aje ๐
DeleteNak cari makanan halal, selalu kena cari masjid kan. Nampak sedap Mee Tarik dgn Kebab tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah kena la dengan selera kami.
DeleteKebab kambingnya lezat ya Mbak...itu sampai tambah 2 cucuk lagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah sudah banyak tempat makan berlabel halal ya Mbak, jadi tak ragu memesan saat kita sudah lapar.
Salam,
Metro keretapinya besar.
ReplyDeleteNasib baik makanan sedap.
Susah juga tiada tanda halal pada papan perniagaan.
Ada urusan kerja, sambil tu dapat juga berjalan jalan ke tempat orang kan Kak. Susah juga tu nak mencari kedai halal sebab tak ada tanda logo. Mujur ada kedai halal yang menepati selera. Siap menambah lagi tu. hehe...
ReplyDeleteBagus org restoran.. dah nampak bukan Chinese.. bagi garfu siap2.. mungkin dah biasa bukan org tmpatan minta garfu lepas susah nak berkomunikasi.. so mereka bagi jer siap2 sblm diminta :D
ReplyDeleteKalau tambah lagi dua cucuk tu mmg sedap la jawap nya hihihi.. Kurang rempah sbb nak kekalkan rasa asli daging di sana.. bagus juga tu :D
ReplyDeleteBiasa kalau nak cari makanan halal.. mmg cari masjid.. insyallah ada makanan halal :D