Friday, 27 September 2024

Trip Mengejut Ke Guangzhou, China

 
Guangzhou China

Saya pernah berkunjung ke Guangzhou, China pada penghujung tahun 2015 ketika musim sejuk bermula. Setelah hampir 9 tahun berlalu, saya berkesempatan sekali lagi ke bandar yang ketiga terbesar di China ini.

Ianya bukan trip yang dirancang, malah tiada langsung dalam senarai tempat yang mahu saya kunjungi. Tapi tiba-tiba Encik Suami ada urusan di sana dan ajak saya ikut serta. Hari Khamis saya dapat tahu, urusan tiket hari Jumaat dan pada hari Sabtu malam kami berdua terbang ke Guangzhou.

Urusan ke China sekarang ni mudah je sebab tak perlu buat visa. China melaksanakan pengecualian visa selama 15 hari untuk pelancong Malaysia sehingga penghujung tahun 2025. 

Pagi hari Sabtu tersebut kami bersama-sama kemas beg. Sebelum tu saya dah buat senarai apa yang perlu dibawa. Jadinya taklah serabut nak fikir, cuma perlu ambil dan susun dalam beg. Pukul 11 pagi kami bertolak dari rumah Perlis dan tiba di KLIA pada pukul 8 malam.

Selesai urusan di kaunter daftar masuk Batik Air, Encik Suami terus menuju ke kaunter tukaran wang pula. Tadi sepanjang perjalanan tak sempat nak cari money changer, terpaksalah tukar di KLIA dengan kadar tukaran yang kurang berbaloi.

—————————————————

Alhamdulillah sekarang saya sudah pun berada di rumah Perlis setelah bermusafir ke China selama 4 hari 4 malam - kami tiba di Guangzhou awal pagi hari Ahad, 22 September dan balik pagi hari Rabu, 25 September. Kami selamat sampai rumah pada pukul 3.30 pagi semalam (hari Khamis, 26 September). Hari ini dah tenang sedikit, barulah saya boleh mula menulis blog. InsyaAllah catatan perjalanan selama berada di Guangzhou bersambung pada entri seterusnya. Tak begitu banyak sebab ini bukan trip jalan-jalan.









21 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tak disangka 👍

    ReplyDelete
  2. Wahh best ni, ok tunggu post selepas ni. Rest lah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nak tulis cepat, lambat terus jadi malas.

      Delete
  3. Wah, bestnya trip mengejut mcm ni. Oo nak pergi China tak payah apply visa ye? Sebab kakak saya awal tahun ni outstation ke China tapi dia kena apply visa. Tak sabar baca pasal travel ke China ni sebab saya pun teringin nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Visa pelancong ada pengecualian mulai 1 Disember 2023. Tak pasti kenapa kakak Carneyz perlu apply visa.

      Delete
  4. wahhhh best tu! rezeki jejak guangzhou sekali lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...tak sangka ada rezeki jejak buat kali kedua.

      Delete
  5. Best nya, walaupun ini perjalanan mendadak. 👍👍. Rindu juga nak ke Tiongkok lagi. Trakhir kesana 2019. Tp hanya transit sehari sebelum lanjut Korea Utara.

    Ditunggu cerita2nya kak ☺️

    ReplyDelete
  6. Walau bukan trip jalan-jalan tapi suka tengok semua gambar yang kakUjie kongsikan.

    ReplyDelete
  7. Perjalanan secara spontan mesti seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..kadang-kadang yang tak dirancang gini lebih seronok.

      Delete
  8. Ujie pandai ambil gambar. Memang teruja hendak ikuti pengalaman Ujie ke Guangzhou. Saya ke sana pada 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie 😊
      Ooh...selang beberapa tahun je kita ke sana ya.

      Delete
  9. Betul betul last minit trip ni. Sempat siapkan apa yang perlu. Urusan semua berjalan dengan lancar. Seronok juga walaupun hanya beberapa hari.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****