Cuti panjang selama empat hari (cuti hujung minggu Sabtu-Ahad + cuti Hari Malaysia + cuti Maulidur Rasul) dan bergabung pula dengan cuti sekolah yang baru bermula, menyaksikan kesesakan di mana-mana.
Ketika cuti panjang ini juga, negeri-negeri di utara sedang mengalami musim hujan. Di rumah saya sendiri sudah berhari-hari hujan turun, tiada hari tanpa hujan. Kalau baca berita, banyak kes bencana alam berlaku - pokok tumbang, banjir dan feri Langkawi terkandas.
MERAIKAN TETAMU DARI SELATAN TANAH AIR
Sempena cuti panjang dan cuti sekolah, keluarga kakak saya dari Pontian, Johor datang berkunjung ke rumah kami. Mereka berempat merupakan ahli keluarga saya yang pertama sampai di rumah Perlis.
Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira 13 jam (termasuk berhenti rehat). Mungkin sebab mereka bergerak pada hari Ahad, jadinya lebuh raya tak terlalu sesak kecuali di tempat tertentu. Dua orang anak saudara pula bergilir memandu, menjadikan perjalanan lebih lancar. Kalau seorang saja tentulah ada ketikanya terlalu penat dan pemanduan jadi perlahan.
Mereka tiba pada hari Ahad (waktu Maghrib) dan bertolak pulang pada hari Selasa (waktu tengah hari). Dapatlah mereka bermalam di rumah kami selama dua malam. Sepanjang kakak sekeluarga di Perlis, sempatlah kami bawa mereka ke tempat-tempat berikut :
Ahad, 15 September 2024 | Daddy’s Kitchen, Chuping. |
Kami bawa mereka makan malam di restoran terdekat, kira-kira 4.5 km dari rumah. Biasanya, tempat ini tak ramai pelanggan datang makan. Tetapi kali ini penuh semua meja, mungkin ramai pengunjung dari luar Perlis datang makan. Tambahan pula, ia terletak di jalan menuju ke pintu sempadan Thai di Padang Besar. Kami cuma dapat meja kecil berkongsi enam orang. Syukur jugalah.
Isnin, 16 September 2024 | Gua Kelam, Kaki Bukit. |
Pukul 10 pagi kami sudah berada di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Kami nak bawa kakak sekeluarga masuk ke Gua Kelam 1, laluannya mudah dan santai saja. Tetapi Gua Kelam 1 tutup, hujan berpanjangan menyebabkan paras air dalam gua meningkat. Pilihan yang ada - masuk ke Gua Kelam 2 yang lebih mencabar berbanding Gua Kelam 1. Bayaran dikenakan RM10 seorang. InsyaAllah catatannya pada entri khas.
Nampak ramai, sebenarnya lima orang je dalam foto ini. |
Selain masuk gua, kami bawa mereka masuk ke Rumah Cermin. Bayaran dikenakan RM5 seorang. Rumah Cermin terletak di bangunan yang sama semasa kita mulakan aktiviti eksplorasi Gua Kelam 2 tadi. Seronok jugaklah dapat menguji kecekapan mata dalam Rumah Cermin ni 😄
Isnin, 16 September 2024 | Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar. |
Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami ke Kangar untuk menikmati hidangan tengah hari. Kalau ikut rancangan awal kami nak bawa mereka naik bot di Tasik Empangan Timah Tasoh, tapi hujan masih belum berhenti. Tak sesuailah.
Selasa, 17 September 2024 | Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis. |
Pagi hari terakhir, hujan masih membasahi bumi Perlis. Sekejap gerimis halus, sekejap lebat. Dengan keadaan cuaca begini, kami memilih untuk ke Muzium Kota Kayang. Saya dan Encik Suami pun belum pernah ke muzium ini 🤭
Kunjungan yang berbaloi - masuk percuma, galeri pameran menarik dengan binaan beberapa buah bangunan bercirikan tradisional, taman rekreasi di belakang muzium, ada gua dan sedikit trek pendakian. Lokasi muzium ini sendiri dah cukup menarik kerana ia terletak di kaki bukit batu kapur. Tempat yang sesuai untuk peminat sejarah dan peminat alam semula jadi. Kami menghabiskan masa di sini sekitar 1 jam 30 minit, itu pun tak sempat nak menjelajah keseluruhan bahagian luar bangunan muzium.
Selasa, 17 September 2024 | Wansyah Kitchen, Kangar. |
Sebelum berpisah, kami menikmati hidangan tengah hari di Wansyah Kitchen. Alhamdulillah dapat juga meja untuk enam orang walaupun perlu menunggu seketika. Beginilah suasana di Perlis pada hari cuti panjang / cuti sekolah, ramai orang di tempat-tempat makan terkenal dan tempat tarikan pelancongan.
Alhamdulillah semuanya lancar sepanjang keberadaan kakak sekeluarga di negeri paling utara ini. InsyaAllah ada rezeki bolehlah tujuh orang adik-beradik saya yang lain sampai ke sini juga.
Seronoknya family datang bertandang ke rumah. Dapat juga bawa berjalan-jalan. Ada baca juga berita bencana di utara. Semoga dipermudah segala urusan mereka. Masa cuti sekolah ni, tempat yang tak biasa sesak pun boleh jadi sesak kan. Banyak aktiviti yang tak dapat dibuat disebabkan cuaca.
ReplyDeleteHari Ahad pun masih byk kenderaan dan berlaku juga kesesakan wpun tak sehebat hari Sabtu tu... Seronok Kakak sekeluarga, dibawa ke pelbagai tempat 👍
ReplyDeleteBelah² Utara hujan sekarang ni kan, sampai ada tempat banjir... Semoga dipermudahkan buat semua...
seronok bawa orang Selatan melancong ke utara ye Ujie, semoga cuaca makin baik hendaknya, aamiin
ReplyDeleteMenariknya trip ke Gua Kelam tu. Seronok tetamu dibawa berjalan ke tempat2 menarik di Perlis.
ReplyDeleteMenarik rumah cermin tu, rasanya baru pernah saya baca mengenai rumah cermin, perlis jarang jugak la blogger review.. nasib baik kak ujie ada di perlis boleh jugak baca apa yang ada di perlis
ReplyDeletebila dengar berita belah utara ribut kuat,teringat dekat akak&mamacella...
ReplyDeletesaya pun duk uji kecekapan mata ni tak dapat nak kira hahaha
Seronok bila ada saudara datang menyinggah, seronok bwk jalan-jalan almaklum dan jadi mcm pemandu pelancong hehehe. Tempat yang cermin banyak-banyak tu kalau masuk sorang je seram pulak takut ada org lain dlm tu yg bukan manusia je hahahha
ReplyDeleteSeronok nya ada tetamu bertandang. Ke Perlis few years back, tak sempat ke Gua Kelam.
ReplyDeletelaparnya tgk menu di Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar tu....masuk rumah cermin tu tk pening ke hehe
ReplyDeleteSaya pikir td memang ramai di rumah cermin itu 😄😄🤭. Menariiik tempat wisata di sana ya kak. Saya belum pernah ke Perlis. Semoga nanti ada kesempatan. Bagus juga kalo banyak tempat wisata begini.
ReplyDeleteDatang ketika musim hujan kena buat aktiviti yang sesuai ketika itu.
ReplyDeleteSaya tertarik pula untuk ke Muzium Kota Kayang.