Wednesday, 11 September 2024

Dua Puluh Dua Tahun


Foto dirakam pada 25 Ogos 2024 lalu.

"Bosan tak ya hidup berdua aje?"
"Kak, macam mana boleh kekal tabah (perkahwinan tanpa zuriat)?"
“Memang tak nak ada anak ya?”

Ini antara soalan yang pernah diajukan kepada saya 😄

Hari Sabtu lalu bersamaan 7 September 2024, genap sudah usia bahtera rumah tangga saya dan Encik Suami selama 22 tahun.

Tak sempat saya nak mencatat memori di blog pada tarikh tersebut kerana kami sedang bercuti di kampung halaman. Kebetulan, pagi hari tersebut kami berada di rumah mak saya - lokasi majlis akad nikah kami. Terus terkenang memori dua puluh dua tahun lalu - bagaikan ada layar yang menayangkan semula detik-detik tersebut.

Alhamdulillah…saya bersyukur dengan segala aturan dari Allah Yang Maha Kuasa. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami dan sahabat baik 💙

Semoga rumah tangga kami dan sahabat blogger semua sentiasa diberkati Allah serta beroleh bahagia di dunia dan akhirat.








28 comments:

  1. happy anniversary akak&suami...moga akak dan suami kekal bahagia hingga akhir usia...
    sama tarikh dengan birthday DakPia,sure bila birthday Pia nanti akan ingat akak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Afzan 😊
      Hehe…iya, haritu perasan sama tarikh dengan dak Pia.

      Delete
  2. Happy anniversary. Semoga terus berbahagia. Sama la anniversary kita bulan Sep juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cie 😊
      Wah…happy anniversary buat Cie dan suami jugak.

      Delete
  3. Alhamdulillah, tak mudah kan nak sampai ke angka 22 ni. penuh dah kot rasa manis, masam, masin, tawar hebeh semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Ammi…segala rasa ada, bukan yang manis-manis je 😆

      Delete
  4. happy anniversary..alhamdulillah.. 22 tahun tu, moga kekal bahagia hingga ke jannah...aamiin

    ReplyDelete
  5. Eppi annibersari
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary kak & hubby.. semoga bercinta hingga ke jannah

    ReplyDelete
  7. Wah lama tempoh perkahwinan! Semoga hingga ke akhir hayat. Huhu saya tidak tahu bila kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NA 😊
      InsyaAllah ada aturan terbaik dari Allah buat NA.

      Delete
  8. appy anniversary kak, moga kekal bahagia hingga ke ahirnya.... Biarla apa orang nak kata, cuma kita je yang tahu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dana 😊
      Iya…kasut kita tak sama.

      Delete
  9. Selamat ulang tahun perkahwinan Kak Ujie dan suami. Semoga terus bahagia dan berkasih sayang sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
  10. happy annniversary...smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun perkahwinan ke 22 kak ujie dan suami.. semoga bahagia hingga ke syurga <3

    ReplyDelete
  12. Happy anniversary . Moga rumah tangga sentiasa berada dalam jagaan & Lindungan Allah SWT

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary kakaaaaak 🎉🎉❤️. 22 tahun, lama jugaaa. Tapi saya doakan kakak dan suami bisa lagi mencapai pernikahan emas 50 tahun. 🤗🤗.

    Apapun Tuhan bagi ke kita, ada zuriat atau tak, itu semua hak Dia. Tugas kita hanya mensyukuri yg ada. Tak usah masukkan hati pertanyaan orang2. Semoga kakak dan suami selalu bahagia dan rukun yaa 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny 😊
      Iya…masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aje.

      Delete
  14. happy 22nd wedding anniversary to an amazing couple! wishing you both many more years of love, happiness, and togetherness. may your journey together continue to be filled with joy and laughter... aminnn

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****