Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke restoran Wansyah Kitchen yang terletak di Kangar. Kami datang waktu pagi, masa ni restoran baru memulakan operasi. Pelanggan belum ramai, mudahlah saya nak merakam foto.
Bangunan warna oren tu Wansyah Kitchen. Terdapat ruang parkir yang sederhana luas di hadapan restoran. Tapi kalau datang waktu puncak (tengah hari) mungkin susah sikitlah nak cari ruang parkir.
Boleh pilih nak makan di luar (ruang terbuka) atau dalam restoran (ruang berhawa dingin). Ruang makan dalam restoran ni pula ada dua ruangan, kami makan di ruangan kedua.
Menu utama di sini adalah salai masak lemak cili api (MLCA). Menu lain, antaranya asam pedas dan nasi briyani. Klik foto menu untuk paparan lebih jelas.
Nak makan yang ringan pun ada.
Hidangan pilihan kami - set itik salai MLCA dan set briyani. Bagi hidangan salai MLCA, kita di beri pilihan sama ada nak masakan salai siap kuah atau kuah asing. Kalau suka masakan salai meresap kuah, pilih siap kuah. Kalau nak menikmati lebih rasa salai, pilih kuah asing
Masa pertama kali datang sini, saya dah cuba menu masak lemak cili api. Jadi kali ini saya cuba nasi briyani pula. Alhamdulillah sedap!
Tak cukup makan di restoran, kami beli bungkus beberapa jenis makanan lain untuk makan di rumah dan lauk itik salai MLCA untuk makan pada hari lain (simpan di chest freezer). Maklumlah bukannya dekat rumah kami nak ke sini, iaitu sekitar 23 km. Itik salai dan kuah MLCA diberi asing, sesuailah untuk disimpan buat stok. Bila-bila teringin, boleh panaskan.
Alhamdulillah saya rasa seronok dapat jumpa restoran yang menyajikan masakan yang sinonim dengan cita rasa Negeri Sembilan ni. Kalau dulu sewaktu menetap di PP, kena tunggu kami balik rumah NS barulah dapat melepas rindu pada masakan salai MLCA.
Rasa masakan salai MLCA di Wansyah Kitchen ni sangat menepati cita rasa saya dan Encik Suami. Tahap pedasnya juga tidaklah terlalu pedas, boleh makan dengan tenang tanpa sibuk mengelap hidung berair dek menahan pedas. Menu lain (setakat yang kami dah cuba) juga menepati selera.
Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. Ruang makan yang selesa dan bersih, serta servis pantas dan mesra. Memang membuat kami mengulang datang ke sini.
****************************************************
WANSYAH KITCHEN
1800-C, Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok,
01000 Kangar,
Perlis.
Pertanyaan/tempahan : 016 343 1585
Google Maps | Wansyah Kitchen
Waktu operasi :
Setiap hari | 10 pagi - 5 petang
Tutup | Jumaat
.
Presentation makanan pun nampak cantik dan menyelerakan!
ReplyDeleteboleh masuk list ni! murahnya harga <3
ReplyDeletewahhhh presentation pun dah cantik! berbaloi dgn rasa pun sedap!
ReplyDeleteItik salai itu apa itik yang di panggang ya sis ? terlihat sedaap kalo di cocol pake sambalπ
ReplyDeleteSalai = smoke
DeletePanggang = grill
Macam sama tapi berbeza teknik. Itik salai ada aroma khas yang lebih lazat.
Semua gambar cantiknya Ujie terutama gambar first favourite saya. Berbaloilah ke sini dan tapau lagi kalau makanannya memang sedap. Nampak tempatnya pun tenang je.
ReplyDeleteKedai dari luar nampak biasa... Tapi dalam nampak cozy
ReplyDeleteHehe siap beli lebih untuk stok simpan.
ReplyDeleteItulah ya ada juga MLCA yang sedap di Perlis.
Dekat Perlis ni semua jenis cafe ada ye PU π
ReplyDeleteNampak pun sedap MLCA tu π
Sedapnya tengok menu dan makanan terhidang. Food di Perlis kami perasan dulu murah2 kan, sedap pulak.
ReplyDeletekalau siap tapau memang sedap betul dan kene dengan selera lah tu kan
ReplyDeleteTak sabar nak coba bumbu yg diksh Carneyz waktu itu. Di tulis daging salai. Tinggal masak saja, dah jadi. Daging pun ada sedia.
ReplyDeleteSoalnya saya penasaran rasanya kayak apa.
Nanti kalo ke Malaysia boleh cari kuliner aslinya π
saya suka salai meresap kuah...marvellous...Alhamdulillah, semua makanan kena dgn tekak...berbaloi dtg dari jauh..
ReplyDelete