Semalam petang (hari Sabtu, 27 Julai 2024) telah berlangsung aktiviti gotong-royong memasak bubur asyura bersama jiran-jiran. Sebutan dialek tempatan - kucai bubur asyura.
Kucai tu maksudnya kacau, sebab aktiviti utamanya kita kena mengacau bahan masakan dalam tempoh yang lama. Saya perasan cara jiran-jiran sebut kucai bukanlah jelas huruf ‘i’, tapi tidaklah hilang sampai jadi ‘kuca’. Bertambah satu lagi perkataan dialek Perlis yang saya tahu, tapi masih belum pandai sebut 😄
Seumur hidup saya, memang belum pernah merasa bubur asyura versi utara (khususnya Perlis) dan versi pantai timur. Saya orang Johor jadinya cuma tahu bubur asyura yang seakan bubur lambuk tu. Aktiviti semalam merupakan pengalaman menarik bagi saya, buat kali pertama saya terlibat sama dalam menghasilkan bubur asyura versi utara dan kali pertama pula dapat menikmatinya.
Foto-foto aktiviti semalam :
Mula-mula masak santan bersama daun pandan. Lepas tu masukkan air gula merah. Masa ni tak susah nak kacau, ringan je.
Selepas dicampur dengan bancuhan tepung beras, adunan jadi pekat dan perlukan lebih tenaga untuk kacau supaya tak berketul. Kami masak dua kawah, setiap kawah perlukan tenaga tiga orang tukang kacau. Tapi itulah, berketul jugak. Tambah lagi seorang tukang pecahkan tepung yang berketul guna sudip kecil.
Satu demi satu bahan dimasukkan. Bahan kekacang yang siap rebus - kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda dan kacang merah. Kemudian masukkan isi jagung, pisang dan keledek. Saya bukan tulis ikut turutan tau sebab tak ingat. Pisang tu pulak bukan masuk dalam dua-dua kawah, kiranya satu kawah ada isi pisang dan satu kawah lagi tanpa pisang.
Perasan tak ‘sudip panjang’ warna hijau tu? Disebabkan tak cukup sudip panjang, maka pelepah kelapa dijadikan sebagai sudip 😀
Pulut dan kuah durian. |
Kerja kacau bubur asyura dilakukan secara bergilir. Bila tak mengacau tu bolehlah kita duduk menikmati makanan yang dibawa secara potluck. Antaranya nasi goreng, roti jala, kuih cara, pulut udang dan jagung rebus. Saya cuma bawa gorengan popia otak-otak. Kebetulan hujung minggu lepas kami balik rumah NS sekejap, sempatlah singgah beli stok frozen popia otak-otak Kempas di Seehat Store, Nilai.
Setelah kira-kira 2 jam 30 minit, bubur asyura kawah pertama siap!
Kerja mengisi dalam bekas dilakukan dengan segera.
Susun begini dan biarkan sejuk sementara kerja mengisi bubur asyura dari kawah kedua pulak.
Siap semuanya! Lupa pulak saya berapa bekas semuanya. Lepas dikira-kira, setiap jiran/rumah yang ikut serta dapat lima bekas. Saya ambil empat bekas (dua bekas ada pisang dan dua bekas tanpa pisang) - dua bekas untuk kami dan dua bekas lagi nak beri kepada adik ipar di Kangar.
Alhamdulillah, aktiviti gotong-royong kucai bubur asyura selesai kira-kira pukul 6.30 petang. Sempat juga kami berfoto ramai-ramai dengan bubur asyura yang berjaya dihasilkan.
Malam tadi nak tidur, barulah terasa lenguh seluruh tangan kanan saya. Nampak sangat tak biasa buat kerja berat, tiba-tiba beria kacau bubur asyura 😅
PERTAMA KALI MERASA BUBUR ASYURA UTARA
Tadi pagi semasa bersarapan, kami mencuba makan bubur asyura yang telah disimpan semalaman dalam peti sejuk. Baunya seakan bau bubur kacang hijau, bila dikunyah rasa mewah dengan kekacang. Rasanya lebih kurang macam kita makan kuih kole kacang tapi teksturnya lebih lembut.
Alhamdulillah sesuai dengan cita rasa saya dan Encik Suami. Kiranya kami boleh makan berkali-kali. Walaupun mulanya rasa sedikit pelik sebab tak pernah makan bubur asyura dengan tekstur seperti kuih.
Begitulah, lain tempat lain cara walaupun nama makanan sama. Makanan merupakan budaya setempat, tentu ada cerita asal usul kenapa bahan-bahan dan tekstur bubur asyura dihasilkan berbeza mengikut tempat. Yang pasti, kita raikan perbezaan dan nikmati kepelbagaian makanan yang ada. Barulah hidup lebih seronok 😊
.
Oooo... baca tajuk ingatkan kucai tu daun kucai, rupanya kacau.
ReplyDeleteTeringat dulu waktu di universiti, ada sekali gotong-royong buat bubut asyura utara. Selalunya gotong-royong buat bubur asyura pantai timur saja.
Hehe..saya pun masa mula-mula join grup WA kejiranan, tak faham kucai tu kacau.
DeleteAda jugak pengalaman kak Amie untuk dikenang, saya langsung takde pengalaman.
gotong royong tuh yang berkat, Alhamdulillah
ReplyDeleteIya…Alhamdulillah sepakat membawa berkat.
DeleteBila saya berhijrah ke Semenanjung baru saya tau ada banyak versi bubur asyura. Di Sarawak hari Asyura dapat bubur pedas. Saya pun cuma biasa nampak bubur asyura yang seakan bubur lambuk tu.
ReplyDeleteOo..baru tau ada bubur asyura versi pedas 😀
DeleteSama la ..CCL pagi semalam pun kt kampung CCL ni adakan gotong royong untuk kacau bubur asyura . Meriah la juga . Best dapat join sekali tahun ni
ReplyDeleteBetul, kami yang tak ramai dan cuma buat dua kawah ni pun cukup meriah. Seronok akak dapat join.
DeleteSaya pun belom pernah makan bubur ini,hanya sering dengar namanya saja 😁
ReplyDeleteDi sana panggil bubur asyura juga atau ada nama lain sis?
Deletewaahh seronok gotong-royong buat bubur asyura utara! hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, penat tapi seronok.
DeleteAlhamdulillah dapat rasa bubur Asyura Utara ye PU 👍
ReplyDeleteMak mertua di Jitra pun sebut kucai tapi kami sblh Baling sebut kacau. Itu dlm negeri yg sama, pun sebutan/dialek berbeza. Kayanya negara kita dgn pelbagai budaya, warisan dsbnya :)
Sama negeri pun berbeza dialek ya…betullah, negara kita kaya dengan budaya. Banyak lagi yang kita tak tahu walaupun rasa dah hidup lama 😄
DeleteTahun ni uncle tak jumpa bubur asyura la pulak
ReplyDeleteSeingatnya, hampir tiap tahun saya tak jumpa bubur asyura 😄
DeleteTahun je barulah ada rezeki.
ni baru. asyura utara he hee sedappnya, samaa mcm asyura org kampung ciknur.
ReplyDeleteCikNur hebat, teringin je terus kacau asyura sendiri 😄
DeleteMula tu pelik juga, bukankah bubur asyura belah utara ni manis, kenapa pulak letak daun kucai, hahaha. Sedap juga versi utara ni, saya ada gambar makan bubur asyura utara baru2 ni tapi belum sempat nak buat entry lagi.
ReplyDeleteHehe…itulah, kita orang selatan cuma tau daun kucai.
DeleteAlhamdulillah saya pun boleh terima asyura utara, kalau tak mungkin susah jugak sebab insyaAllah menetap lama kat utara ni 😄
ingatkan daun kucai.... hehehhe sedap tu kak asyura utara. Betul tu kalau kita belah Johor asyura macam bubur lambuk tapi ada kekacang. Dana pun suka je asyura utara dapat yg kurang manis sedap
ReplyDeleteYang kami buat ni katanya termanis, tapi akak rasa manis biasa. Sedap je 😀
Deleteseronok! gotong-royong macam ni...sedapnya...lemak manis berkacang..
ReplyDeleteIya, rasa lemak manis…sedap bila tergigit kacang.
DeleteSeronok nyaaa gotong royong buat bubuar asyura... Pernah join sekali jer.. tapi yg masa join tu sehala jenis keledek dan ubi dia letak kat dalam bubur..
ReplyDelete2 jam 30 minit.. alhamdulillah nampak cntik kejadian nya :D
Itulah, ikut resepi masing-masing. Ada yang cuma letak kekacang, ada yang letak segala.
DeleteBubur ni macam tak semua tempat buat. Mungkin leceh sikit nak buatnya.....
ReplyDeleteApabila Puan Ujie terangkan rasa seakan-akan kole kacang, saya berminat untuk cuba.
ReplyDeleteDuuuh saya teringin sangat nak coba bubur Asyura ini kak 😍😍😍. Versi yg savoury dan manis juga. Nampak sedap pun memang. Saya terbiasa melihat aneka bubur. JD kalo bentuk dan rasa berbeda2 malah bagus, Krn memperkaya indera perasa kita juga.
ReplyDeleteDua minggu lepas, dekat taman kami buat bubur asyura. Mewah dengan kekacang tapi kat rumah hanya saya sorang yang makan.
ReplyDelete