Sambungan catatan di Taman Negara Bako (TNB). Baca catatan sebelumnya DI SINI.
Selesai makan tengah hari di Kafe Kerangas, kami menyambung kembali eksplorasi di taman negara. Kali ini kami akan melakukan aktiviti merentas hutan (jungle trekking) di salah satu laluan (trail) hutan iaitu laluan Teluk Pandan Besar.
Kami tak boleh berlama-lama di dalam hutan kerana perlu kembali ke bangunan HQ sebelum pukul 4 petang untuk urusan daftar masuk penginapan. Jadinya laluan Teluk Pandan Besar merupakan pilihan terbaik sebab jaraknya kurang 2 km sehala dengan anggaran masa perjalanan 1 jam. Pergi balik akan ambil masa sekurang-kurangnya 2 jam. Tapi dengan gaya jalan santai kami ni memang kena lebihkan anggaran masa tersebut.
Berkenaan jurupandu arah (tour guide), pengunjung ada pilihan sama ada nak berjalan sendiri atau dapatkan khidmat mereka. Kelebihan jika bersama tour guide, kita akan dapat lebih banyak info berkenaan hutan, flora dan fauna yang ada. Saya ni pulak jenis banyak berhenti sebab suka membelek, memerhati dan merakam gambar serta video. Maka lebih mudah berjalan sendiri tanpa tour guide, taklah rasa bersalah bila kerap berhenti.
Ok, jom kita mulakan eksplorasi hutan!
Untuk masuk ke laluan Teluk Pandan Besar, kami perlu menyeberangi sungai melalui jambatan konkrit di jeti.
Berjalan santai sambil menikmati suasana hutan bakau.
Sesekali kami berhenti untuk memerhati alam semula jadi di sini.
Jumpa pondok, kami singgah duduk sekejap.
Pukul 1 tengah hari - kami tiba di penghujung laluan platform kayu. Terdapat papan tanda arah laluan hutan bagi laluan Lintang, Teluk Paku, Teluk Pandan dan Tanjung Rhu. Perjalanan merentas hutan bermula di sini.
Laluan hutan di sini ditandakan mengikut warna tertentu. Perhatikan warna tanda arah di hujung nama laluan - ada warna merah, putih, kuning dan kuning merah. InsyaAllah tak sesat selagi kita ikut laluan tersedia. Dan untuk mengelakkan tersilap laluan pilihan, kita perlu peka memerhatikan warna laluan yang ditandakan di batang pokok tertentu.
Tak jauh berjalan, kami tiba di satu persimpangan dengan papan tanda arah. Kami ambil ke kanan untuk ke laluan Teluk Pandan Besar.
Jumpa bunga cantik bertaburan di lantai hutan. Saya tak pasti bunga apa, agaknya bunga pokok keruing?
Pemegang tangga kayu ni tak kukuh. Lebih stabil melangkah jika kita gunakan trekking pole.
Sambil berjalan, perhatikan tanda nama pokok. Saya suka baca nama-nama pokok, lepas tu senyum sendiri sebab tak pandai menyebut dengan betul.
Cendawan pelbagai rupa, warna dan saiz.
Laluan landai yang melegakan. Ada struktur batu besar di tepi laluan, saya jadi leka memerhatikan titisan air berjatuhan dari dinding batu tersebut.
Tiba di satu tempat - ada notis berkenaan merokok dan terdapat sebuah bangku. Ingatkan notis larangan merokok dalam hutan taman negara, rupanya suruh berhenti sini kalau nak hisap rokok. Kami berhenti duduk sekejap di bangku tersedia, kita merokok dulu! Ehh…minum air je 😄
Pukul 1.40 tengah hari - kami tiba di kawasan berbatu. Kalau tadi kami berada di hutan dengan pokok besar dan rapat, selepas ini kami dapat menyaksikan pemandangan berbeza di hutan kerangas. Inilah antara keunikan Taman Negara Bako, terdapat pelbagai jenis hutan dalam sebuah taman negara. Cukup menarik!
…bersambung…
Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah 😍 kalau saya, saya ambik je khidmat tour guide, Kak Ujie, sebab saya suka dengar penerangan dieorg tentang alam flora dan fauna dalam taman negara. Dieorg pun akan selalu berhenti nak bagi penerangan, jadi dieorg biasanya tak kisah kalau pelawat nak berhenti ambik gambar puas2 hehe.
ReplyDeleteItu ya jugak, cuma akak ni jenis berhenti mengejut. Nampak je apa² menarik, terus berhenti. Stres guide tu nanti, suami akak pun stres jugak dengan pe'el akak, tapi dia dah biasa...banyak sabar jelah 😅
Deleteya Allah, sedapnye kalau ldy dapat ke sini.. tetapi tgk pada keadaanya hanya mampu berangan2 sahajalah.. best kan kalau ade kerusi roda yg mcm kaki labah2.. boleh meneroka dunia hutan belantara mcm ni...
ReplyDeleteAllahu...
DeleteSemoga Allah kurniakan kesempatan buat Lady untuk meneroka hutan.
subhanallah cantknya ciptaan Allah!
ReplyDeleteKan 💙
DeleteNampak mencabar juga laluannya
ReplyDeleteMemang mencabar, tapi tak terlalu susah.
DeleteCantik nya Subhanallah. Seronok nya jungle trekking.
ReplyDeleteMula-mula seronok, dah dalam hutan rasa menyesal sebab penat, dah balik rasa seronok semula 😁
Deletecantik damai je,... tapi kalau dana memang tak berapa nk rajin sampai ke situ
ReplyDeleteHehe...ya, sini untuk peminat hutan.
Deletecantik tracknya. tenang je.
ReplyDeleteTerapi jiwa bila ke tempat gini.
DeleteCantiknya, kuasa Allah !
ReplyDeleteHebatnya Allah dalam penciptaan-Nya 💙
Deletecantiknyaaaa hutan bakau niii
ReplyDeletesy, kalau pegi area mcm ni dlm kelapa asyik.igt buah api api je😁
Tak tau pun pasal buah api api. Terus akak search 😀
DeleteBagus ada penanda jalan berwarna ikut laluan dipilih.
ReplyDeleteRasa lawak pula ada tempat untuk merokok. Macam tidak hormati alam sekitar pula sebab pasti puntung rokok akan dibuang ke tanah. Atau disediakan tong sampah?
Takde tong sampah NA.
DeleteSaya pun tak setuju bab boleh merokok di dalam kawasan taman negara.
Bestnya jungle tracking kt sini
ReplyDeleteWalaupun hutan, tapi saya suka Krn petunjuknya jelas. Dan track dia pun nampak dijaga , jadi jalan tak susah ya kak.
ReplyDeleteTapi unik juga tanda merokok itu. Biasanya dalam hutan begini tetap dilarang merokok Krn takut tak padam sepenuhnya dan jadi kebakaran pula 😅
bagus dibuat tanda di batang pokok...jadi panduan..
ReplyDeleteBila melibatkan suasana hutan macam ni, rasa tenang, rasa damai, jauh dari hiruk-pikuk kota.
ReplyDelete