Thursday 20 June 2024

Ikan Puyu dan Pucuk Harumanis

IKAN PUYU
Sekarang ni di rumah kami sudah membela ikan puyu dalam poly tank (tong hitam). Masa mula-mula masukkan ikan puyu, banyak jugak yang dah mati. Encik Suami sauk dan buang. Tak pastilah yang tinggal dalam tong ni berapa ekor jumlahnya. Tapi nampak banyak jugaklah.

Jumaat, 7 Jun 2024




PUCUK HARUMANIS
Selepas tuaian buah harumanis pada penghujung bulan Mei lalu, dah tak banyak buah yang masih ada di pokok. Buah yang ada semuanya pada kedudukan tinggi, memang tak rajinlah nak menuai dengan kerengga yang banyak di pokok.

Jadinya pada 6 Jun lalu, kerja-kerja memangkas pokok harumanis dilakukan oleh orang yang tahu dan biasa menjaga pokok harumanis. Pokok yang rendang memudahkan kami nak membungkus buah dan menuai hasil pada musim buah seterusnya.

Tak begitu lama selepas dipangkas iaitu kira-kira 10 hari, saya perasan pokok sudah mengeluarkan pucuk (daun muda). Rasa seronok pulak walau sekadar keluar pucuk, nampaklah pokok tu sihat. Alhamdulillah.

20 Jun 2024









10 comments:

  1. Ooooo...rendah aje pokok harumanis...SA teringat ada orang kat kampung..mana- mana pokok yang keluar daun or pucuk baru..dia akan amik buat ulam..x kisah la pokok apa.pokok manggis pun pernah SA tengok dia makan cicah sambal belacan..nampak sedap tapi SA x berani nak cuba..tapi makcik tu sihat la..kuat lagi walau dah umur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya tinggi, susah kami nak bungkus dan tuai. Ni dah pangkas jadi rendah. Kat sini pokok harumanis orang sentiasa pangkas supaya rendah mudah jaga.

      Kalau buahnya boleh makan, daun pun boleh makanlah kan. Cuma kita tak biasa 😄

      Delete
  2. Mengail ikan puyu dekat bendang ka ? Adik CCL pun ada bela jugak 5 6, ekor macam tu .letak dalam rumah . Orang cakap ada kebaikkannya bela ikan puyu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah ke bendang lagi CCL. Teringin, tapi bendang siapa kami nak terjah 😄. Dapat ikan puyu dari Jabatan Perikanan.

      Delete
  3. Cerita pasal ikan puyu, teringat waktu kecil di kampung. Kalau hujan turun dan melimpah air dari parit depan rumah, maka berkejaranlah kami menangkap ikan puyu yang belompat-lompat di lopak.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada ikan susah tinggalkan rumah sebab kena bagi makan. Atau Puan Ujie ada pesan pada orang lain untuk beri makan?
    Senang hendak bungkus buah mangga kalau rendang pokoknya.

    ReplyDelete
  5. Kat perlis wajib tanam harum manis sebab pokok nyer rendah :D
    Best ada bela ikan puyu.. goreng garing bersambal sedap tu :D

    ReplyDelete
  6. Tak sabar lihat pohon itu nanti berbuah 😍😍😍. Semoga banyak buah dan maniiis ya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****