โ–ผ

Friday, 15 March 2024

Pokok Mangga Harumanis di Belakang Rumah

Kediaman saya di sini dikelilingi dengan pokok buah-buahan hasil tanaman penghuni terdahulu. Antaranya, pokok buah mangga Harumanis. Buah yang sinonim dengan negeri Perlis.

Jika selama ini kami cuma membeli Harumanis bila tiba musimnya (sekitar April - Mei), atau petik hasil di rumah adik ipar. InsyaAllah musim kali ini, kami berpeluang memetik hasil dari belakang rumah. Sesuatu yang tak pernah saya terfikir ๐Ÿ˜€

Jujurnya, saya kurang atau hampir tiada pengetahuan menjaga pokok buah-buahan. Maklumlah selama ini kami hanya berpengalaman menetap di rumah dengan tanah sekangkang kera dan rumah tanpa tanah. Kali ini, banyak yang saya perlu belajar kalau nak menikmati hasil pokok di keliling rumah. Lebih lagi pokok mangga Harumanis yang penjagaannya tidak begitu mudah.

Tak banyak info dapat saya sertakan kerana setakat ini ada yang membantu kami menjaga pokok ini - memangkas dahan yang terkena serangan kulat, membuat semburan racun kulat dan membalut buah.

Foto-foto pokok mangga Harumanis berikut mengikut susunan tarikh :

Tunas atau pucuk baru yang muncul pada bulan Februari. Seterusnya, tunas atau pucuk baru ini akan membentuk ranting-ranting yang menghasilkan bunga dan seterusnya buah. Sebelum itu pada bulan Januari, dahan yang terkena serangan kulat sudah dipangkas dan semburan racun kulat sudah dilakukan.

Lucunya, saya dan Encik Suami langsung tak perasan bila pokok ini menghasilkan buah pertama. Tahu-tahu saja dah ada beberapa biji buah mangga dengan saiz agak besar ๐Ÿ˜. Alhamdulillah!

Buah dibalut dengan pembalut khas yang mempunyai lapisan dalam gelap dan hujungnya tersedia dawai pengikat. Ketika foto ini dirakam, terdapat 1 biji buah pada pokok pertama dan 7 biji buah pada pokok kedua.

Tak banyak, tapi tetap bersyukur berbuah juga. Katanya, sekarang pokok mangga Harumanis agak kurang menghasilkan buah kerana kurang agen pendebungaan dan cuaca panas kering melampau yang sedang melanda Perlis.

Foto pagi tadi, saya nampak ada beberapa biji lagi buah mangga yang sedang membesar. InsyaAllah nanti nak belajar balut sendiri. Tapi entah macam mana nak membalut sambil โ€˜berperangโ€™ dengan kerengga yang banyak tu ๐Ÿ˜…. Selain yang sudah berbuah, nampaknya masih banyak lagi ranting-ranting sedang berbunga. Moga ada rezeki ia bertukar menjadi buah. 






.

40 comments:

  1. Nampak banyak buahnya...mesti best ni kan...selalu dapat sekotk dari family mertua..bulan 5 musimnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah SA sekitar bulan April-Mei musimnya.

      Delete
  2. Bolehlah Sy buat kunjungan Mesra ke rumah PU sambil memetik si harumanis hihi ...
    Sama mcm musang king, harumanis pun perlukan jagaan rapi. Agaknya sbb tu harganya kayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh PH, balik Kedah lajak ke Perlis pulak ๐Ÿ˜€
      Kalau yang tanam di ladang lebih rapi, siap berbaja.

      Delete
  3. Wah..bentar lagi panen buah mangga nih...di belakang rumah saya jugak ada pohon mangga,sayangnya punya tetangga๐Ÿ˜tapi kalau musim buah,mereka selalu bagi,gak pelit๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gitu, tak ada pokok pun takpe. Jiran-jiran rajin berkongsi ๐Ÿ˜

      Delete
  4. Wah bestnya kak. Seronok dapat rumah landed yang ada tanah ni. Rezeki pindah tempat baru di perlis, dapat merasa harumanis fresh dari pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...merasa hidup suasana kampung. Ada tanah luas, pokok buah keliling rumah. Cuma akak jelah kena ambik masa biasakan diri urus pokok-pokok ๐Ÿ˜„

      Delete
    2. Okay juga tu kak, ada aktiviti dan menyihatkan juga.

      Delete
  5. Alhamdulillah...rezeki pokok harumanis segera๐Ÿคญ
    Mak saya pokok harumanisnya berbunga sejambak pun kemain dia call nak bgtau๐Ÿคฃ
    Ujie..pucuk mempelam pun sedap buat ulam katanya..tapi jangan la harumanis..sayang๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok Harumanis segera ya ๐Ÿคฃ
      Tiba-tiba dapat tuai hasil.

      Moga lepas ni maknya call bagitau bunga dah bertukar jadi buah ๐Ÿ˜€

      Ooh..baru tau pucuknya boleh buat ulam. Banyak pengetahuan mamaCella ๐Ÿ‘

      Delete
  6. kerengga mmg nakal kann asek nk gigit je., huhu

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. kalau ada cik kerengga memang manis ni buahnya.

    ReplyDelete
  8. semoga membesar dengan sihat.. sedap sungguh buah ni.. masih terasa2 kemanisannya ..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahun ni dapat petik sendiri harumanis fresh-fresh dari pokok . Dah tak payah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...rezeki tak disangka ๐Ÿ˜

      Delete
  10. Sekarang ini ada orang tolong balut ya?
    Mesti puas makan hasil buah di srkeliling rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, ada orang tolong ๐Ÿคญ
      Setakat ni buah limau kasturi yang saya rajin petik.

      Delete
  11. Lepas nie boleh makan dengan puas mangga tersebut..jangan lupa sedekah juga dengan jiran atau adik beradik supaya pokok mangga makin lebat berbuah

    ReplyDelete
  12. waahhhh bestnyaaa mangga harum manis banyak buahnya!

    ReplyDelete
  13. seram bab kerengga. LM ada pokok kedondong yang kerap buahnya diserang lalat buah.nak balut takut sebab ada kerengga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan kalau ada kerengga tak ada serangan serangga lain kat pokok tu. Ada jugak ya...

      Delete
  14. Wah, bukan 1, tapi 2 pokok mempelam harumanis. Best, best!
    Bapa saya ajar dulu, boleh balut buah dengan suratkhabar je. Rupanya sekarang dah ada pembalut khas buah ye. Baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat rumah mak dulu, buah mangga memang balut dengan suratkhabar je. Ni pakai pembalut khas sebab nak bagi cantik warna buah Harumanis dan mudah ikat elok sebab dah siap dawai.

      Delete
  15. Mangga harum manis kesukaan saya ini... ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harum baunya, manis rasanya. Kesukaan ramai ๐Ÿ˜€

      Delete
  16. sronok nya pokok harumanis ada blkng rumah je...puas makan bila tiba musimnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga elok menjadi semuanya, bolehlah merasa puas makan ๐Ÿ˜

      Delete
  17. hobi baru di negeri baru ye. seronoknya dapat tengok progress pokok depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobi perati flora dan fauna ๐Ÿ˜„
      Banyak pengetahuan baru sejak duduk sini.

      Delete
  18. Alolooo comey jer Buah Harum Manis tu.. okla berperang sikit je dgn kerengga utk hasil yg di masa beberapa hari lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah rasa macam tak mau balut, sebab cuba balut sebiji pun punyalah susah berperang dengan kerengga ๐Ÿ˜‚

      Delete
  19. Buahnya banyak dan tampak subur pohonnya Mbak...
    Sepertinya pohon ini bergembira juga menyambut bulan Ramadan...

    salam,

    ReplyDelete
  20. Di rumah mama mertua saya ada pohon harum manis. Tapi duluuu jarang sangat berbuah. Ntah kenapa. Tapi saat mama mertua meninggal, di situ lah dia rajin berbuah hingga skr. Banyaak pula dan maniiiis. Padahal sejujurnya kami tak terlalu merawat, Krn tidak tinggal di sana. Rumah mama hanya dijaga 1 penjaga itupun sesekali saja lihatkan. Makanya tak paham pula kenapa dia mendadak berbuah ๐Ÿ˜…

    Tapi memang sedap mangga Jenis ini. Tapi mangga yg saya juga suka itu mangga alpukat yg bisa diputar pakai tangan, mangga gedong gincu dan mangga manalagi.

    Kalo dah musim, langsung hunting ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****