Rutin pagi saya sekarang, hampir setiap hari saya akan buat ‘morning walk’ di sekitar kawasan rumah. Tak lama pun, dapat sekurang-kurangnya 1,000 langkah cukuplah sekadar buat senaman kaki dan jantung. Bentuk muka bumi di sini sedikit berbukit, jadinya taklah terlalu santai saya berjalan.
Selain sebagai senaman, berjalan waktu pagi memberi rasa seronok kerana saya dapat menikmati angin segar dan menikmati pelbagai bunyi kicauan burung. Tambahan lagi, dapatlah saya memerhatikan kepelbagaian alam dan mengabadikannya dalam bentuk foto.
Biasanya sekitar pukul 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi saya akan keluar berjalan. Tapi pagi tadi saya memulakan langkah pada pukul 10.19 pagi. ‘Morning walk’ yang terlewat.
Matahari bersinar terang dengan langit biru yang kurang litupan awan, tetapi tidaklah rasa bahang sebab masih waktu pagi. Tambahan pulak, sekarang musim angin kuat di Perlis. Jalan-jalan sambil menikmati hembusan angin, memang seronok.
Sambil jalan-jalan, saya perhati keliling - bawah, atas, kanan dan kiri. Sesekali saya berhenti memerhati dan memotret objek yang menarik perhatian. Macam pokok mati ni, ada keunikan tersendiri.
Entah bunga apa, cantik warna putih. Pokoknya melilit pada pokok tebu telur yang dah kering. Tau pokok tebu telur?
Ini pula nampak seperti seekor belalang dengan rupa seakan daun dan ranting kayu kering. Penyamaran yang bagus. Hampir saya tak perasan sebab rupa dan warnanya begini. Hebat sungguh Allah yang menciptakan serangga unik begini.
Walaupun aktiviti berjalan pagi hari ini bermula lewat, tapi saya habiskan masa lebih lama iaitu sekitar 20 minit. Tak perasan masa berlalu dek leka memerhatikan itu ini. Seronok memerhatikan alam, setiap hari ada perbezaan/perkara baru yang dapat dilihat. Sekarang ni, galeri foto pada telefon saya penuh dengan pelbagai foto alam π
.
Best Kan sambil Jalan Ada masa ambik gambar... Suka tengok belalang tu. Cantik je.
ReplyDeleteSayapun ada jalan pagi lewat pukul 10 pagi lebih. Tidak panas berbanding berjalan petang.
ReplyDeleteItulah angin buat rasa nyaman.
Sy pun suka tengok pokok mati, cantik! Macam musim luruh di overseas gitewww haha ...
ReplyDeleteBaru first time dgr tebu telur ni :)
Kalau saya gini jugak. Sambil berjalan....ambik gambar keindahan alam....
ReplyDeleteIndahnya ciptaan Allah, belalang tu kalau tak perasan, memang tak perasan!
ReplyDeleteSudah cukup bagus ni Ujie, 1000 langkah hampir setiap hari. Hampir cukup syarat gaya hidup sihat.
ReplyDeleteLama jugak Cie tak morning walk. Malas betul nak berjalan. Hihi
ReplyDeletePokok mati tu cantik sangat. Morning walk saya, kalau weekend atau ikut suami outstation je, sebab perumahan ni sunyi, takut jalan sorang2 apa lagi kadang ada monyet atau anjing liar.
ReplyDeletecantiknyua bunga.. belalalng pun ade.. seronok jalan2 waktu pagi :D
ReplyDeleteLumayan juga 1000 langkah perhari, sambil menikmati keindahan alam sekitar.
ReplyDeleteSy dah beli kasut utk brisk walk entah bila nak mula. Tengok Ujie morning walk ni baru teringat, hahahah.
ReplyDeletecantik seni mobilegraphy Ujie sambil morning walk di pagi hari :)
ReplyDeleteMorning walk sambil-sambil menikmati pemandangan keindahan alam memang nampak tenang sangat
ReplyDeleteJalan kaki pagi menyehatkan, Mbak. Selain itu juga kita dapat memperhatikan sekitar, seperti yang Mbak foto diatas.
ReplyDeleteSudah beberapa bulan saya biasakan jalan kaki pagi. Sekitar 1 jam sampai 1,5 jam. Hanya hari Jumat saja saya libur jalan kaki.
Sehat selalu, Mbak
Salam,
Ngeri juga serangga macam tu kan? Takut terpatahkan kaki dia buat tooth pick!
ReplyDeleteAktiviti yang sangat bagus kak. ;)
ReplyDeletemana selfienye makcik., hehe
ReplyDeleteBerjalan sambil menikmati alam sekitar...
ReplyDeletebestnya kak, dana selalu morning walk ni di hujung minggu je, hari kerja petang dah penat maklum seawal 4 pagi dah bangun ptg lebih pada siram2 pokok je yang laratnya
ReplyDeleteSA pun selalu kalau jalan2 hp mesti kat tangan.. senang nak amik gambar...
ReplyDeleteSaya morning walk masuk kerja aje..Tapi kalau g jalan Taman, memang suka amek apa apa gambar yang cantik pada pandangan mata π
ReplyDeleteBelalang mecopoda, atau belalang coklat. Warnanya macam daun kering, untuk mengamankan dia dari musuh2 nya. Biar terperdaya π.
ReplyDeleteSeruu banget masih bisa dapat banyak hewan unik seperti ini kak ππ. Sehatnya dapat dari brisk walk, tapi dpt juga banyak hewan dan tumbuhan unik
Bestnya permandangan morning walk akak. Gambar pun cantik cantik macam biasa. Saya biasa night walk, permandangan balapan dan dipenuhi umat manusia je lah. Sama-samalah kita jaga kesihatan.
ReplyDelete