Sejak menetap di Perlis, ini kali pertama kami meninggalkan rumah di Perlis dalam tempoh yang lama iaitu selama 8 hari 7 malam. Kami pergi pada hari Sabtu 20 Januari 2024 dan balik pada hari Sabtu 27 Januari 2024.
Selama 4 malam saya menginap di rumah NS, manakala 3 malam berikutnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.
Permusafiran kali ini juga mencatat satu lagi rekod, iaitu kami berulang-alik KL-Perlis-Putrajaya dalam tempoh kurang dari 24 jam! Semuanya kerana hal di luar jangkaan berkaitan urusan kerja Encik Suami. Tiba dari KL, sempatlah kami berada di rumah Perlis kira-kira 1 jam 15 minit sahaja. Selepas itu kami kembali di jalanan menuju ke Putrajaya pula. Semoga selepas ini tak akan terjadi lagi hal yang memerlukan kami buat ‘kerja gila’ begini. Letih sungguh!
Saya sertakan beberapa foto buat kenangan dan rujukan sendiri pada masa akan datang :
24 Januari 2024 | Pemandangan malam dari jendela bilik Hotel Tamu, KL.
25 Januari 2024 | Sebelum bertolak balik ke Perlis, kami sarapan nasi lemak di Jalan Raja Muda Musa. Jalan yang terkenal sebagai syurga makanan ini nampaknya sudah berwajah baru dengan laluan pejalan kaki yang baik dan lanskap yang sedap mata memandang.
KL ke Perlis | Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam 30 minit. Tiba di rumah pada pukul 5 petang dan bertolak semula menuju ke Putrajaya pada pukul 6.15 petang.
26 Januari 2024 | Suasana jalan lengang pada pukul 2 pagi di Shah Alam.
Perlis ke Putrajaya | Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam 15 minit. Kami selamat tiba di The Everly Putrajaya sekitar pukul 2.30 pagi. Selesaikan itu ini, sekitar pukul 3.45 pagi baru kami dapat tidur.
Pemandangan dari jendela hotel. Mampu tengok jelah taman yang luas dan menarik untuk beriadah ni. Selepas sarapan di bawah, Encik Suami pergi kerja dan saya pula kembali ke bilik untuk memenuhi tuntutan mata yang mengantuk dan kepala yang terasa berat. Orang yang memandu kenderaan masih sihat, penumpang sebelah pulak yang lebih-lebih mengantuk siap pakej sakit kepala sebab tak cukup tidur. Hmmm…
Putrajaya ke Perlis | Petang 26 Januari tersebut kami bertolak balik ke utara. Tapi sebab dah keletihan, kami singgah bermalam di Valya Hotel Meru, Ipoh. Esok siangnya barulah kami menyambung perjalanan ke Perlis.
27 Januari 2024 | Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Perlis pada waktu petang. Hilang sikit rasa letih badan bila nampak kuntuman pertama bunga orkid! Mungkin dah berkembang beberapa hari lalu, tapi saya rekod ikut tarikh saya nampak ia buat kali pertama. Kesian daunnya berkedut dek kekurangan air. Lapan hari ditinggal tanpa siraman dan tiada curahan hujan. Agak berbeza dengan negeri lain yang sedang mengalami musim hujan, Perlis kini sedang mengalami cuaca panas dan berangin (musim angin Timur).
Permusafiran selama 8 hari 7 malam yang sangat meletihkan! Syukur ke hadrat Allah yang memberi kesihatan dan keselamatan buat kami. Bila dah sampai rumah, malam tersebut barulah macam-macam penyakit muncul. Saya mulai demam, batuk agak teruk dan sakit kepala. Alhamdulillah hari ini semakin sihat bolehlah mencatat di blog. Niat hati nak tulis pendek, eh jadi panjang jugak.
.
Pelik juga mengapa sekejap di Perlis. Rasa macam patut dari KL ke Putrajaya sahaja kalau di Perlis sekejap.
ReplyDeleteWah! Puan Ujie menanam pokok dan bunga di sana. Hehe dapatlah cuci mata lagi apa yang ada di halaman sekitar rumah.
Sekejap di Perlis sebab ada hal luar jangka, dah nak sampai rumah baru tau hal tersebut. Terpaksa berpatah balik lepas turunkan barang dan ambil keperluan.
DeleteOrkid tu satu-satunya pokok saya di luar rumah. Itu pun tak kira tanam kot, gantung gitu je π
Bila la nak menjejakkan kaki ke Perlis, walaupun ada adik dan ipar di sana.
ReplyDeleteJangan plan beria, buat plan mengejut tu biasanya yang jadi π
DeleteMemang dapat rasa betapa penat nya permusafiran ni. Ada kala memang tiada pilihan atas tuntutan kerja suami dll nya. Take care tau.
ReplyDeleteBetul sis, walau penat tapi demi tanggungjawab dan cari rezeki kena gagahkan jugak.
DeleteSaya yang baca pun turut rasa penat, Ujie. Jauh Ujie dan suami ukur jalan, dok dalam kereta.
ReplyDeleteMasa ulang alik KL-Perlis-Putrajaya tu saja dah 1,000 km dalam tempoh kurang 24 jam. Huhu..
DeleteWow...
ReplyDeletePLUS kena bagi diskaun tol ni....hihihi
Kalaulah ada…haha
DeleteIsteri solehah. Setia di sisi suami, memberi sokongan atas tuntutan kerja. Alhamdulillah.
ReplyDeleteItu jelah yang saya boleh tolong, tolong duduk sebelah π
DeletePenatnya kak... peluh pun tak meresap lagi di rumah dah on the road lagi
ReplyDeletePenat tapi terpaksa kuatkan semangat.
Deleteaduhai Ana yg membaca pun terasa penatnya.. pernah juga berulang alik dari Kulim ke Slim River Perak disbbkan urusan kesihatan Mak masa tahun lepas.. syukur juga Allah beri kesihatan & keselamatan spnjg masa berulang tu :)
ReplyDeleteBetul, syukur Allah kurniakan kesihatan & keselamatan.
DeleteRepot dan cukup melelahkan ya...tapi bagaimana lagi..tanda dukungan kita pada suamiπ..cantik" fotonya...KL malam hari luar biasa, itu bunga anggreknya cantik banget warnanyaπ.
ReplyDeleteTerima kasih sis π
Deletehuhu... ulang alik ambik anak sekolah jarak 5 minit pun dah letih..hahaha... ni lagi perlis - putrajaya...
ReplyDeleteUntungnya Yan…5 minit je π
DeleteHaiiisssh kak, capeeeek sungguh tuh π π . Cuma sekejab di Perlis, langsung driving lagi ke Putrajaya yaa ,luar biasa π. 8 jam lama juga. Dah macam Jakarta-jogjakarta π
ReplyDeleteCantiknya semua gambar-gambar ni. Paling suka gambar No. 1.
ReplyDeleteSA selalu pi Perlis masa Mak Pah sihat dulu..la ni lama dh x pi sejak PKP
ReplyDelete