Tuesday, 12 December 2023

Jalan-jalan Pagi Sambil Memerhati Burung

Catatan pertama dalam bulan Disember. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin hidup di rumah baru - rumah 5 bilik dalam suasana kampung yang menuntut kerja pembersihan lebih teliti. Sehari tak bersihkan rumah, memang ‘sakit mata’ saya nampak tahi cicak di merata tempat (kalau di bahagian tingkap tak usah ceritalah sebab memang sangat banyak dan saya masih belum siap bersihkan). Juga serangga kecil yang dah mati dan habuk yang dibawa oleh tiupan angin.

Rutin hidup saya berubah, seawal pagi pukul 7 lebih selepas Encik Suami pergi kerja saya terus melakukan aktiviti ‘morning walk’ di sekitar kawasan rumah. Saya suka memerhatikan alam - perubahan warna langit ketika matahari terbit, daun-daun pokok meliuk, kicauan burung-burung dan hembusan angin pagi yang segar membuat hati saya tenang.

Seperti selalunya, saya suka merakam foto apa saja yang menarik di pandangan saya. Burung merupakan antara subjek fotografi yang saya gemari. Cuma tak dapatlah foto yang jelas elok, maklumlah foto dirakam cuma dengan kamera telefon dan subjek (burung) pula berada pada kedudukan tinggi dan biasanya sangat pemalu. Baru kita nak stabilkan tangan dan laraskan zoom-in, dia dah terbang πŸ˜„

Maka, inilah hasil foto burung yang sesuai untuk diletak di blog :

Burung besar dengan bahagian badan warna coklat, manakala bahagian bawah sayapnya warna putih. Burung ni hampir setiap hari saya nampak. Mulanya susah saya nak merakam foto burung ni walaupun berada pada jarak yang cukup jauh, burung ini segera terbang sebaik perasan kehadiran saya. Selepas beberapa hari, nampaknya dia semakin biasa dengan kehadiran saya dan tak lagi terbang lari bila saya cuba memotretnya.

Ini pula spesis burung helang, nampak garang.

Entah burung apa, yang pasti bukan jenis yang biasa saya nampak.

Ini paling pemalu, cepat terbang. Nampak macam burung jenis yang sama dengan burung pada foto sebelumnya.

Agak besar saiz burung ni, keseluruhan badan berwarna hitam dengan ekor panjang. Paruhnya berwarna putih.

Ada beberapa jenis burung yang cantik tapi sangat susah saya nak rakam fotonya. Paling geram tengok, ada seekor burung kecil berwarna kuning cerah. Sangat cantik, tapi sangat pemalu.

Beginilah hidup saya sekarang, berada dekat dengan alam semula jadi. Malah ada beberapa ekor burung yang menjadi penghuni tetap di bahagian luar rumah kami, siap tidur di selipar saya πŸ˜…. Itu nanti saya cerita di entri lain.

Oh ya, hari ini saya berada di Ipoh, Perak temankan Encik Suami ada urusan di sini. Kira macam dapat cuti sehari tak payah buat kerja rumah, itu yang boleh berblog 😁








31 comments:

  1. Wahh bestnyaa dikelilingi binatang cantik

    ReplyDelete
  2. Wowww.. lima bilik tu, boleh dibayangkan besarnya rumah fan jenuhnya nak bersihkan. Sy cadangkan Ujie beli aerosol khas untuk cicak. Boleh spray di dinding², nt cicak tak datang dah. Cubalah semoga berkesan. Cicak ti banyak agaknya sebab byk serangga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cadangan Sk.
      Betul la tu, serangga banyak tu yang cicak suka. Makanan dia.

      Delete
  3. Besar juga rumahnya, walau lumayan capek juga kalau bersih" πŸ˜€,, pindah rumah dapat teman baru, berupa burung" yang cantik😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat penat bersihkan rumah besar πŸ˜…

      Hehe...iya, berteman dengan burung πŸ˜„

      Delete
  4. bestnya..pelbagai species burung datang bertandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya saya tak kenal, tak tau nama burung-burung ni.

      Delete
  5. akak try gune kamera dan beli yg zoom tu.. insyaAllah hasilnya akan lebih baik... lady suke tengok gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cadangan Lady.
      Takut dah beli malas pulak akak nak usung kamera tu πŸ˜…. Hp mudah tapi itulah tak sharp la hasilnya.

      Delete
  6. Jenuh bersihkan tahi cicak kalau tidak dapat bunuh cicak yang bermaharajalela. Tugas berhenti yang tidak akan berhenti.
    Hehe banyak bilik di rumah baru ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja saya sekarang bunuh cicak. Masa minggu-minggu awal pindah tu boleh kata tiap hari bunuh cicak πŸ˜„. Habis sebotol besar Ridsect.

      Sekarang dah makin kurang Alhamdulillah.

      Delete
  7. Rumah agam ni puan :D
    Tapi seronoklah setiap hari boleh dengar kicauan burung² dan menikmati hidup dgn tenang, tak perlu dengar hingit bingit kenderaan spt di bandar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab hidup tenang tu, iya...menang sangat tenang jauh dari bunyi bising kenderaan. Udara pun segar. Alhamdulillah


      Delete
  8. Wah love all the birds! Saya suka jugak tengok burung but lately ni tak mampu sbb rabun haha so kalau org lain nampak burung cantik2, saya masih terkial-kial cari burung mana yg dorg tengok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jalan-jalan ni pakai spec, baru boleh nampak burung cantik πŸ˜€

      Delete
  9. Bestnya, di kelilingi pokok dan juga burung2 yang bertandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terapi mata dan jiwa saya memerhati pokok-pokok dan burung-burung ni.

      Delete
  10. Alhamdulillah satu nikmat diberi Allah Taala.. dapat melihat keindahan alam di pagi hari.. :D

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak blogwalking baru ada kesempatan. Eh, Kak Ujie pindah ke mana pulak sekarang? Duduk rumah di kampung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pindah ke negeri paling utara pulak Carneyz.

      Ya, kali ni duduk rumah dengan suasana kampung πŸ˜€

      Delete
  12. Kakak guna hp saja, itu pun dah baguuuuus hasilnya 😍😍. Apalagi kalo pakai kamera dengan tele.

    Saya pun tak tahu jenis2 burung, yang pasti lihat bentuknya semua nampak cantik . πŸ‘πŸΏ

    ReplyDelete
  13. Burung pertama tu cantik jari tengahnya panjang dari yang kiri kanan Subhanallah. Rumah banyak bilik selesa kalau ramai tetamu bertandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam pemerhatian MrsA πŸ‘
      Unik ciptaan Allah kan...

      Delete
  14. Selamat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru...
    Bab taik cicak & serangga tu sama la dengan rumah saya kat Kedah..maklumlah dekat sawah..serangga terbang banyak & memang jadi buruan cicak..dah makan dia berak pulak kat rumah kita...hihihi
    Nampaknya kita makin dekat...in shaa Allah ada rezeki boleh jumpa kalau kena timingnya

    ReplyDelete
  15. Cantik . Bukan senang nk shoot gambar burung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...semua pemalu, cepat terbang lari πŸ˜„

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****