[Catatan 19 - 23 Oktober 2023]
Agak lama saya tak mencoret di blog ini. Sebenarnya banyak yang nak dicatat, tetapi cukuplah sekadar beberapa keping foto di bawah dan catatan yang cuba saya ringkaskan sebagai satu kenangan hidup.
BALIK RUMAH NS
Encik Suami ada urusan di Selangor pada pagi Jumaat, jadinya lewat petang Khamis kami bertolak dari rumah PP menuju ke rumah NS. Perjalanan kami mengambil masa hampir 7 jam dalam keadaan hujan hampir di sepanjang perjalanan.
19 Oktober 2023 | 6.20 petang. |
Pemandangan yang indah di mata saya, suasana berkabus tebal di Lebuhraya Utara-Selatan laluan Kuala Kangsar menuju ke Ipoh.
20 Oktober 2023 | 11 pagi |
Hampir 4 bulan tak menjenguk rumah NS, banyak kerja pembersihan perlu saya lakukan di dalam dan di luar rumah. Dahan pokok bunga Cempaka Kuning depan rumah yang hampir menutupi nombor rumah kami perlu dipangkas. Saya buang dahan yang kecil jelah, kalau dahan besar kena tunggu Encik Suami buat. Pokok bunga Cempaka Kuning ini ditanam oleh pemaju. Bunganya berbau wangi, kalau waktu malam lebih kuat baunya sehingga ada yang fikir bukan-bukan 👻
Waktu petang selepas Asar, saya ke rumah jiran di lorong yang sama. Dapat berkumpul bertiga dengan jiran selorong pun dah cukup rasa seronok. Macam-macam kami bualkan sampai hampir waktu Maghrib barulah balik rumah. Saya kenal mereka ni sejak sama-sama berpindah masuk rumah baru, iaitu sekitar tahun 2014. Memang dah rasa mesra dan rasa bebas berbual macam saya jumpa kawan zaman sekolah. Terima kasih Allah atas ukhuwah ini ❤️
21 Oktober 2023 | 11.10 pagi |
Hari Sabtu, saya dan Encik Suami ke Nilai 3 Wholesale Centre yang berjarak sekitar 6.6 km saja dari rumah kami. Kami ke sini untuk menempah langsir sliding door dan membeli bidai tingkap jenis Zebra untuk rumah di tempat baru nanti. Alang-alang ada urusan dan perlu balik rumah NS, bolehlah kami ke sini. Kalau tak, kami rancang nak beli saja di Kedah atau Perlis.
KEMBALI KE RUMAH PP
22 Oktober 2023 | 7.40 malam |
Biasanya jika kami bertolak ke utara pada waktu pagi hari Ahad, trafik lancar kerana tiada deretan kenderaan berat dan tiada kerja baik pulih jalan pada hari cuti hujung minggu.
Tetapi kali ini kami bertolak waktu petang, pergerakan trafik perlahan di kebanyakkan tempat. Mungkin sebab ramai yang memilih bergerak lewat petang atau malam dan ditambah dengan keadaan hujan hampir di sepanjang perjalanan. Kami sampai rumah PP menghampiri waktu tengah malam. Letih sungguh.
PERSIAPAN PINDAH MASUK RUMAH DI TEMPAT BARU
Sebelum ini, dah dua kali kami berkunjung ke rumah di tempat baru untuk melihat keadaan rumah dan ambil ukuran sliding door serta tingkap. Kali ini kami datang untuk membuat persiapan masuk - nak buat kerja pembersihan rumah serta memasang langsir dan bidai.
23 Oktober 2023 | 2.30 petang |
Kami ke IKEA Batu Kawan di Klippa Shopping Centre untuk membeli rod langsir sliding door. Lepas tu ke MR. DIY untuk membeli peralatan pembersihan. Kali ini kami bakal masuk rumah yang dah berusia puluhan tahun, memang berbeza dengan kerja pembersihan masuk rumah yang betul-betul baru.
Barang yang diperlukan semua dah cukup, kami pun bertolak menuju ke rumah di tempat baru…
Perlis |
Insya Allah mulai bulan November kami akan berhijrah ke negeri Perlis. Berdebar rasanya nak ke tempat baru, suasana baru dan menghadapi cabaran hidup baru.
Perasaan saya berbelah bagi antara rasa seronok (kerana kehidupan saya akan lebih dekat dengan keindahan alam semula jadi) dan berat hati (atas beberapa sebab yang tak dapat saya nyatakan secara umum di sini). Apa pun, takdir Allah yang membawa saya ke sini maka kepada-Nya jua saya panjatkan doa memohon dipermudahkan segala urusan dan moga saya dapat sesuaikan diri menjalani hidup di tempat baru.
tk lama dh la akan ke tmpt baru...smoga tmpt baru lebih seronok sbb dengan keindahan alam semulajadi...br skali smp perlis tu pun time kecik2 dlu
ReplyDeleteselamat berhijrah ke tempat baru kak...moga dipermudahkan urusan,seronok juga pindah2 ni kan kak boleh kenal tempat orang..
ReplyDeleteAllahu.. makin jauh ke utara.. tu tadi sy baca tajuk, Rumah P, ingatkan Rumah Pontian ðŸ¤.
ReplyDeleteJadinya nanti Ujie dan suami org ke 9 & 10 yg tinggal di Perlis la ya.. sebab viral kan, penduduk Perlis ada 8 org jer 🤣. Oh, ada eczema tu, hati² mengemas ya, Ujie, jangan lupa makan ubat dan beli krim siap². Sy dokaan urusan Ujie dan suami dipermudahkan oleh Allah swt jua, Amiinnn YRA.
lawanya view perlis tu
ReplyDeleteamin2..semoga urusan Ujie sekeluarga dipermudahkan...wahh, semakin jauh ke utara...dekat dgn keluarga ipar..
ReplyDeleteMemang ada perasaan sedih ya akan meninggalkan rumah lama,karena banyak kenangan dan suka dukanya, semoga rencana menempati rumah baru akan lancar dan bisa menikmati suasana baru
ReplyDeleteWah...selamat menjadi warga Perlis pulak...
ReplyDeletePerlis best...buminya tenang dan damai...Cuma dah kena tambah lagi jam kot perjalanan kalau nak balik NS
Fuh! Gambar highway tu macam kat luar negara!
ReplyDeleteBunga cempaka kuning itu kalo di sini disebut bunga kenanga. Memang wanginya tajam dan suka diasosiasi dengan bunga kuburan 😂
ReplyDeleteWaaah sering pindah2 karena tugas ya kak? Semoga di tempat barunya lebih nyaman dan lebih banyak rezeki.
Dulu saya pengeeen sangat bisa sering2 pindah. Krn saya suka ngerasain pengalaman baru. Tapi kerjaan papa memang ga memungkinkan utk pindah ke kota2 lain. Beda Ama suami, yang mana mertua saya diplomat, jadi sering bertugas ke Negara2 lain. Makanya suami banyak pindah2 sekolah.
Walopun ga enaknya sering pindah, agak susah dapetin teman dekat, cari rumah di tempat baru, cari sekolah, lalu packingnya itu repooooot 🤣🤣. Ada plus minus sih yaa.
Sy pun mula tu ingat P for Pontian...
ReplyDeleteTakpe puan, pasti ada hikmahnya. Perlis cantik, kurang sesak, makan sedap dan relatively murah ☺️
Sibuknya hari-hari Ujie. Nak pindah lagi. Mesti sibuk pack barang. Semoga dipermudahkan segala urusan ya, Ujie.
ReplyDeleteSaya suka Perlis. Bukit bukau, sawah pagi, tempat saya sekolah rendah, tempat saya belajar ngaji. Banyak kenangan terindah saya di Perlis. :)
Saya tidak pernah tinggal di Perlis. Hehe kutip pengalaman di sana. Puas makan laksa dan tomyam di sana.
ReplyDeleteHarap gembira di sana nanti. Agaknya rumah atas tanahkan?
rumah mun dekat je dengan nilai.. hehe..
ReplyDeletetak pernah sampai ke perlis lagi ni..
Moga dipermudah kan semua urusan. All the best di tempat baru. Perlis banyak tempat yang cantik.
ReplyDeleteSaya org Perlis.. actually mak la org perlis.. semoga sihat sentiasa..
ReplyDeleteTak sabar nak tgk rumah perlis pulak :D
Deletewaaahh jln berkabus tu mcm bukan di malaysia hehe.. moga dipermudah urusan kak ujie pindah ke perlis :)
ReplyDeleteSaya suka Perlis.. anak belajar di sana enam tahun.. jadi agak kerap ke sana..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Setiap apa yang berlaku sudah menjadi ketentuan daripada Allah, dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
ReplyDelete:)
wh seronoknya pindah negeri baru..good luck kak di perlis..lama dah xdatang sana..
ReplyDeleteTerima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberi ❤️
ReplyDeleteMohon maaf saya tak dapat nak reply satu persatu komen kalian.
Kalau balik raya boleh tahan ni dari hujung utara ke hujung selatan ..baru berbaloi guna PLUS...hihihi
ReplyDeleteMemang sedih meninggalkan rumah lama karena banyak kenangan. Semoga lancar di rumah baru nya kak.🙂
ReplyDeletePerubahan memang ada pros n cons. Apa pun semoga dipermudahkan urusan kak Ujie n suami.
ReplyDelete