Bukan main panjang tajuk entri, ayat mudahnya - balik kampung di Johor ๐. Alhamdulillah saya dan Encik Suami berkesempatan kembali ke kampung halaman juga tanah kelahiran kami berdua yang sudah hampir lima bulan tidak dijejaki.
Kami balik kampung pada 17 - 21 September 2023. Dapatlah dua malam di kampung saya di daerah Pontian dan dua malam berikutnya di kampung Encik Suami di daerah bersebelahan iaitu Batu Pahat.
6.40 petang hari Ahad, 17 September 2023 | Bandar Pontian |
Kami selamat tiba di bandar Pontian pada pukul 6.40 petang. Bertolak dari rumah PP pada pukul 8.45 pagi, kemudian singgah selama 1.5 jam di Cyberjaya dan selepas itu berhenti solat di R&R. Total masa perjalanan kira-kira 10 jam. Aliran trafik lancar dari utara, tetapi sesak sewaktu kami tiba di Pagoh sehinggalah susur keluar di Simpang Renggam.
2.40 petang hari Selasa, 19 September 2023 | Kulai |
Sebelum ke Batu Pahat, kami ke Kulai atas urusan kerja Encik Suami. Pekerjaan itu tanggungjawab, balik kampung pun satu tanggungjawab. Kita cubalah imbangi kedua-duanya.
6.20 pagi hari Rabu, 20 September 2023 | Batu Pahat |
Keindahan warna langit subuh dengan dihiasi sebuah planet. Besar saiznya dan bersinar terang. Malam tadi ia berada di kedudukan agak jauh, subuh ini jelas di depan rumah. Dapatlah saya memotret keindahannya.
Hasil carian saya mendapati ia mungkin planet Neptun berdasarkan info berikut :
๐ญ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐ข๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ ๐ก๐ฒ๐ฝ๐๐๐ปPlanet Neptun akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan seluruh permukaannya akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding pada kedudukan lain dan akan kelihatan pada keseluruhan waktu malam. Disebabkan oleh jaraknya yang jauh dari Bumi, ia akan kelihatan seperti bintik biru terang di langit malam. [sumber info : laman web Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)]
Selain foto planet di atas, saya juga berhasil memotret taburan bintang di ruang langit rumah mentua. InsyaAllah saya kongsikan pada entri lain.
Alhamdulillah…dapat pulang ke kampung menziarahi orang tua kami. Dapat juga bertemu dengan sebahagian adik-beradik dan makcik pakcik. Barulah terasa yang kami ni masih ada keluarga dan saudara-mara ๐
.
Alhamdulillah, rezeki juga ada tugasan di selatan, dapat juga balik jenguk ibu ayah. Syukur.
ReplyDeleteSy belum pernah ke Batu Pahat, Pontian dah bbrp kali :)
Sebenarnya memang ambil cuti khusus untuk balik kampung. Bila dah sampai Johor, kebetulan ada hal kerja perlu dibuat, sekali jalanlah nampaknya ๐
Deletesaya kalau dapat balik kampung hati ni rasa tenang lain macam,macam hilang semua masalah
ReplyDeleteAkak pulak rasa lega. Entah apa yang lega ๐
DeleteTahu sahaja Puan Ujie itu sebuah planet. Subhanallah cantik warna langit kelihatan ungu.
ReplyDeleteDulu tak tau, ingat semuanya bintang. Sejak suka mencerap langit, dah tau beza mana planet mana bintang ๐
DeleteUncle kalau ke batu pahat cari nasik biryani!
ReplyDeleteKali ni saya sempat cari mi bandung je, nasi briyani tak sempat ๐
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki namanya tu apabila dapat bertemu keluarga dan sanak saudara.
Ya, Alhamdulillah ada rezeki bertemu mereka.
DeleteAlhamdulillah, dapat balik kampung. Cantik gambar langit Subuh tu.
ReplyDeleteCantik dan memberi ketenangan jiwa.
DeleteNama tempat nya agak mirip bandar Pontian,kalau di Kalimantan namanya Pontianak๐foto bulan di waktu subuh cantik banget.
ReplyDeleteKoq bulan siih...bacanya planet kenapa yg ketik bulan๐๐
DeleteHehe…memang mirip sekali namanya. Orang-orang selalu juga olok-olok menyebut Pontian dengan Pontianak. Merujuk kepada ๐ป
DeleteBiasa gitu kan, fikiran lain tapi menaip yang lain pulak ๐
Kalau kakak tak jelaskan, saya pikir itu bulan biasa ๐ , ternyata planet lain. Memang kalo sedang di tempat yg masih bersih udara, tak banyak polusi, bintang pun terlihat ❤️❤️. Dah lamaaa sangat saya tak lihat bintang, saking tertutup polusi langit di sini ๐
ReplyDeleteBalik kampung memang paling happy saat bisa ketemu para saudara, apalagi kalau parents masih ada ❤️
Benar, di kampung udara bersih dan kebetulan tiada awan banyak. Dapatlah melihat taburan bintang.
DeleteBaru sy tahu Ujie orang Pontian berjodoh dengan orang Batu Pahat.
ReplyDeleteHehe…rezeki berjodoh satu negeri, mudah kami nak balik kampung.
DeleteMemang paling selatan la kan ..hujung Asia...hihihi
ReplyDeleteSaya dah pernah sampaj tu Bandar Pontian hingga ke Kukup
Iya…Pontian bandar penghujung benua Asia ๐
DeleteLalu rumah mak saya tu, nak ke Kukup.
Alhamdulillah, lepas hajat berjumpa ayah bonda. Dah lama saya tak ke Batu Pahat, last sekali masa pergi kenduri kahwin kawan sekerja tahun 2018 kalau tak silap.
ReplyDelete