Catatan kisah hari Jumaat malam Sabtu lalu.
Saya dan encik suami ke Jalan Raja Alang, Kg. Baru untuk makan malam dan melihat kehidupan malam di sini. Pada bulan Mac lalu kami pernah mengunjungi bazar Ramadan di jalan ini. Tapi tak perasan kedai apa yang ada di kanan kiri jalan sebab masa tu jalanan dipenuhi dengan deretan gerai jualan bazar Ramadan.
Jalan Raja Alang ni terletak betul-betul di sebelah Tamu Hotel. Keluar saja dari pintu lobi hotel, terus menuju ke kiri. Kalau nak ke Jalan Raja Muda Musa (lokasi syurga makanan), ambil ke kanan dan perlu jalan kaki jauh sikit.
Ini foto di kawasan simpang empat berhampiran hotel dan laluan masuk ke Jalan Raja Alang. Eh, ada kedai Azhar Food! Azhar Food ni pemborong pelbagai jenis kerepek yang terkenal di Rengit, Johor. Terkenang kalau dulu hampir setiap kali menjelang hari raya kami akan ke Azhar Food di Rengit untuk membeli pelbagai kerepek dan kuih raya sebagai hidangan di rumah mak-mak kami dan rumah kami sendiri. Sekarang ni dah bertahun saya tak menjejak kaki ke sana. Nak membeli di sini, tapi tak beroperasi pula.
Beginilah suasana malam di Jalan Raja Alang, meriah dengan kedai makan dan gerai jualan. Jalanan di sini jadi sempit dengan meja-meja makan yang diletakkan di bahu jalan. Juga sesak dengan kenderaan yang tak putus-putus.
Tamu Hotel, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan menara Masjid Jamek Kampung Baru, sudut pandang dari Jalan Raja Alang.
Sekarang ni kan musim durian, jadi sana sini ada menjual durian. Besar saiz buah durian yang dijual di sini. Tapi semuanya tak pamerkan harga, cuma ada tag nama varieti durian je.
Kami berjalan ke belakang lagi, dari jauh kami nampak deretan susunan gerai seperti jualan pasar malam. Meriah dengan lampu cerah dan orang ramai. Tapi kami tak teruskan langkah kaki ke situ. Kami memilih ke lorong kanan, jalanan yang kurang meriah dengan cahaya lampu tetapi sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Sempat saya melihat papan tanda nama jalan - Jalan Raja Bot.
Apa yang menarik di Jalan Raja Bot, di sebelah bahu jalan terdapat deretan lori kecil bersusun dengan barang jualan di atas belakang lori masing-masing. Antara yang saya nampak - ikatan besar serai, petai dan balang besar berisi rebung. Encik suami kata, sini tempat jualan borong. Saya tak merakam sebarang foto di sini kerana terlampau sesak, tak sesuai.
Perut semakin lapar. Kami berpatah balik ke Jalan Raja Alang untuk cari makan pula.
Berbeza dengan Jalan Raja Muda Musa, di Jalan Raja Alang ini terdapat begitu banyak kedai makan dan gerai makanan Indonesia. Keliru juga nak masuk yang mana satu. Kami akhirnya memilih Kedai Makan Upik - Khas Masakan Minang.
Sate Padang menjadi pilihan makan malam kami. Orangnya cuma berdua, tapi beli tiga set! Kami ambil tiga jenis Sate Padang - ayam, daging dan perut. Kali terakhir kami makan berat pada waktu tengahari tadi, itu yang sekarang kelaparan sangat jadi tamak membeli ๐
Setiap set Sate Padang ada lima cucuk sate dan potongan nasi impit. Dicurah kuah pekat dan ditabur bawang goreng rangup. Harganya RM6 / set, sama saja harga ayam/daging/perut. Cara persembahan hidangan dan kuahnya memang berbeza berbanding sate yang biasa kita makan.
Ini merupakan kali pertama saya mencuba Sate Padang di Malaysia. Sebelum ini saya pernah makan Sate Padang sewaktu berkunjung ke Pekanbaru dan Medan di Indonesia. Setakat ini, rasa Sate Padang di Restoran Bundo Kanduang, Pekanbaru tetap paling sedap menurut cita rasa saya. Sate Padang di Kedai Makan Upik ni pun sedap juga - lembut isi ayam dan dagingnya (kecuali sate perut tak lembut), kuahnya juga tak terlalu pedas. Habis kami makan semuanya, terlebih kenyang pulak ๐
Minuman pilihan kami - jus alpukat (avokado) dan jus oren ‘o’ (tanpa gula). Setiap satu berharga RM5.
Selesai makan, kami kembali ke bilik penginapan di Tamu Hotel. Mata mengantuk dan badan pun letih setelah seharian ke sana sini.
Begitulah suasana kemeriahan malam di Jalan Raja Alang. Kalau menginap di Tamu Hotel tapi malas nak berjalan cari makan ke Jalan Raja Muda Musa, bolehlah ke Jalan Raja Alang. Cuma di sebelah hotel, dekat dan lebih mudah. Terdapat juga kedai 7-Eleven di sini, mudahlah kalau kita ada keperluan tertentu.
Matching sungguh makan sate minum alpukat. Mujurlah satu set tu cuma 5 cucuk aje, memang kalau sy berdua ngan Pak Inche jer pun boleh la wassalam, hihi.
ReplyDeletenanti nak try sate padang di kedai ni..ramai jual sayur di Jalan Raja Alang...
ReplyDeleteItulah satenya ada bawang goreng. Alhamdulillah makanan sedap.
ReplyDeleteKalau saya masuk kedai Indo pesan jus alpukat. Bukan senang hendak dapat.
Meriah waktu malam di Kampung Baru kan. Banyak kedai makan menarik sekitar kawasan tu
ReplyDeletemeriah sini mlm2
ReplyDeletemcm2 ada kan
lainkali ujie dtg Kl lajak ke tmn keramat mkn2 kat sini pula he hee
kampung baru tu part parking susah tp tmpt mkn byk..tk pernh lg mkn satay padang
ReplyDeleteLamanya tak kena sate padang!
ReplyDeletemalam-malam di kampung baru memang meriah kak, tp nk kesana tu memang agak mencabar, cuma yg ddk hotel situ bestla. Nak pi mana2 jln kaki je
ReplyDeleteSentiasa meriah di sini...
ReplyDeleteJus alpukat mengingatkan sy dengan Kota Bandung :)
kampung baru tak pernah sepi kan malam ke siang sama je meriahnya
ReplyDeletesate ni laa yang sy dah lama craving nak makan tp smpi ke sudah tak pergi2 juga hahahaha... dulu rajin jg merayau area2 situ lps mkn dgn member... skrg... tggl kenangan je
ReplyDeleteSayapun suka sate Padang, awal"ga suka karena tak ada kecap,lama"ketagihan๐
ReplyDeleteSedapnya sate. Dulu masa saya dok KL, saya pernah cuba nasi goreng minang. Beli 1 bungkus, makan 2 orang. Kedai dia kat Kampung Baru. Tak tau sekarang masih ada ke tak.
ReplyDeleteSate Padang nampak unik.
ReplyDeleteKuahnya berbeza dengan kuah sate kita kan Ujie.
KL malam-malam memang meriah betul. Sate padang tu menarik untuk dicuba. Murah juga air tu sesuai dengan gelasnya.
ReplyDeleteWah.. makin meriah ye kg baru.. Lama sangat tak jejak kaki disini..
ReplyDelete