Dalam perjalanan dari Kelantan ke Negeri Sembilan melalui Bentong, Pahang tempohari, kami sempat singgah makan lemang dan ayam bakar di restoran Lemang To’ki. Beberapa tahun lalu, kerap kali kami singgah makan di sini sewaktu dalam perjalanan dari/ke Negeri Sembilan - Kuala Lipis, Pahang atas urusan kerja encik suami. Tapi itulah, walau dah kerap makan di sini tapi rupanya belum pernah saya bercerita secara khusus mengenai tempat ini di blog 😄
Setiap kali ke sini, biasanya tempat ini sesak dengan pelanggan. Tapi masa kami sampai ni tak ramai orang, mungkin sebab dah lewat petang dan pada hari bekerja (Khamis).
Tempatnya luas. Ada banyak pilihan sudut untuk kita duduk menikmati hidangan. Kalau dulu kami suka duduk di sudut yang membolehkan mata melihat pemandangan aliran sungai yang terdapat di belakang restoran. Tapi kali ni susun atur restoran sudah berubah. Tiada lagi tempat makan di sudut berkenaan.
Konsep di sini adalah secara layan diri. Kami menuju ke kaunter yang membuat lemang dan ayam bakar (dalam foto di atas). Biasanya di sini agak panas dan sedikit berasap, tapi ni dah lewat petang mereka dah siap membakar lemang dan ayam. Selain itu, di kaunter ni juga kita boleh dapatkan rendang, sambal hitam dan air asam pencicah ayam bakar. Dah dapat hidangan pilihan, boleh terus ke kaunter bayaran.
Ada senarai harga, mudahlah kita nak buat pilihan (klik foto untuk paparan lebih jelas). Kalau setakat nak merasa, boleh pilih set lemang. Kalau yang dah tau betapa sedapnya lemang di sini dan nak makan banyak macam kami, terus beli lemang sebatang 😄. Bukan senang kami nak sampai sini tau, kenalah beli lebih.
Kami beli dua batang lemang saiz kecil, mintak keluarkan dari buluh dan letak dalam bekas. Beli juga dua bekas rendang ayam. Sebenarnya saya suka rendang daging buatan mereka, tapi habis 🥲. Tak ada rezeki, rendang ayam pun boleh jugaklah.
Set ayam bakar & air asam. |
Kami beli dua set ayam bakar & air asam, harganya RM8.50 / set. Saya suka ayam bakar di sini disebabkan rasa perapan yang sedap dan isi ayamnya lembut berjus. Cicah pulak dengan air asam, memang berselera makan! Cuma kali ini ayam bakarnya mungkin terlebih bakar, jadi saya rasa sedikit liat bahagian luar ayam. Atau mungkin gigi saya yang dah semakin tak kuat 😅
Oh ya, air asam tu ada dijual dalam botol 260 ml dengan harga RM7. Kalau dulu rajin kami membeli air asam. Sedap jadi pencicah untuk ikan bakar atau sotong bakar. Tapi mengenangkan sekarang kami tak selalu berada lama di rumah dan sempat masak itu ini, tak perlulah kami menambah koleksi benda-benda terbiar dalam peti sejuk rumah tu.
Lemang & rendang ayam. |
Kami buka satu bekas lemang dan rendang ayam yang dibeli tadi. Nak jugak merasa makan lemang panas. Seperti sebelum ini, lemang buatan Lemang To’ki memang sedap cukup rasa lemak masin, cukup lembut dan tak berkerak. Makan sambil tersenyum dan pejam-pejam mata!
Eh, makanan lain tak ada ke? Ada. Kalau tengah hari tu ada nasi campur. Kalau tak suka lemang boleh pesan makanan bergoreng. Saya nampak ada macam-macam menu lain. Tapi kalau kami ke sini, memang suka makan lemang dan ayam bakar tu jelah. Ulang-ulang pun tak bosan, bukan dapat makan selalu pun.
Bagusnya restoran Lemang To’ki ni ada menyediakan tandas yang selesa. Kekurangan tempat ini, ruangan parkirnya sangat terhad. Kalau nak mudah dapat parkir dan mudah nak membeli lemang tanpa perlu beratur panjang, usahakan datang pada hari bekerja.
Nak ke sini boleh buat carian di Google Maps - Lemang To’ki. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan jika kita dari bandar Bentong. Ada satu lagi cawangan mereka iaitu Lemang To’ki 2 yang terletak di Jalan Karak, Bentong. Ruang parkirnya lebih luas. Bolehlah pilih nak pergi mana satu. Setakat ni kami lebih suka pergi restoran pertama sebab rasa lebih meriah.
————————————————————————
LEMANG TO’KI
Batu 2, Jalan Tras,
Bentong, Pahang.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad | 7 pagi hingga 12 tengah malam
Isnin | Tutup
Lemang memang enak di makan selagi hangat apalagi dengan rendang ..walau tak ada rendang sapi, ayampun jadilah😀..biasanya penjual lemang Padang pakai tape ketan hitam kalau di sini...ada jugakah di sana?
ReplyDeleteMenarik! Di sini saya belum pernah jumpa lemang pulut hitam.
DeleteKami pernah makan lemang di sini bbrp tahun lepas, memang sedap lemangnya. Cuma tak tahu pula ada ayam bakar. Mungkin kena revisit ? :)
ReplyDeleteHarusss revisit tu PH 😄
DeleteSelalu dengar tempat ini tapi itulah tiada peluang.
ReplyDeleteWah banyak kali Puan Ujie dan suami ke sini rupanya.
Alang-alang lalu, kita singgahlah 😀. Kalau saja pergi, mungkin tak sampai.
DeleteCantik pulak deko payung banyak2 kat atas tu kan?
ReplyDeleteYa cantik. Sebenarnya sini ada banyak deko menarik. Cuma saya tak ambil gambar je.
Deletememang sedapp lemang dan rendang dia
ReplyDeletekedai pun cantik
kalau lalu memang kena singgah he hee
tak pernah pergi sini tapi pernahla beberapa kali adik bagi lemang dan ayam bakarnya kalau dia balik kg mentua nya... sbb kampungnya kt raub mmg laluan dia la
ReplyDeleteFemes lemang Tok Ki ni. Satu hari nanti, nak cuba juga. Sukanya tengok ayam bakar dia. Makan sambil pejam mata tu, memang confirm nikmatttt... :)
ReplyDeletemasa nk holiday pantai timur, singgah sini juga sbb nk try ayam bakar tu tp sygnya tkde rezeki nk merasa sbb katanya ayam baru nk bakar masa tu
ReplyDeleteTerima kasih share Kak Ujie. Kalau lalu di Bentong, boleh la cari Lemang Tok Ki ni.
ReplyDeletebestnya tempat dia. bersih la.
ReplyDeletewaduhhhhh ayam bakar air asam sedapnyaaaaaa
ReplyDeletecantik venue nya..nak makan pun rasa best...popular lemang ni, sampai ada pelanggan dtg naik heli..
ReplyDelete