Wednesday, 3 May 2023

Catatan Akhir Ramadan

[Catatan hari Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444]

Kami memulakan perjalanan balik kampung dari Pulau Pinang ke Johor kira-kira pukul 7.20 pagi dalam hujan renyai. Sebelumnya, pada pukul 5 pagi hujan lebat membasahi bumi PP. Memang asyik melayan mata, tapi perlu gagahkan diri untuk bangun bersahur.


Laluan perjalanan kami hari ini :
Simpang Ampat, Pulau Pinang ➡️ Rimba Terjun, Pontian, Johor ➡️ Seri Medan, Batu Pahat, Johor

Pukul 9.04 pagi di Lebuhraya Utara - Selatan, Kuala Kangsar, Perak.
Syukur Alhamdulillah laluan di Lebuhraya Utara - Selatan lancar tanpa sebarang kesesakan, kecuali sewaktu di Pedas berlaku sedikit kesesakan. Tambahan pula dengan cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat, perjalanan terasa lebih selesa bagi kami musafir yang berpuasa.

Selain berhenti untuk ke tandas dan menunaikan solat, kami juga berhenti kira-kira 50 minit bagi membolehkan encik suami menghadiri online meeting. Ada sekali lagi kami berhenti untuk melelapkan mata seketika. Entah berapa lama, saya terlupa tengok jam.

Pukul 5.33 petang di bandar Pontian, Johor.
Kami menuju ke kampung saya di Pontian terlebih dahulu sebab perlu menghantar kuih-kuih raya yang memenuhi ruang tempat duduk kereta. Memasuki daerah Pontian, barulah nampak langit membiru dan cuaca panas. Aliran trafik di bandar Pontian agak sesak. Mungkin disebabkan anak-anak perantau sudah mula pulang ke kampung halaman.

Sampai di rumah emak dan selesai turunkan barang, kami terus bergerak menuju ke kampung encik suami di Batu Pahat. Kami berhenti untuk berbuka di Benut. Makan dalam kereta je - burger Mc Donalds yang dah dibeli lebih awal. Selepas itu kami meneruskan perjalanan masuk semula Lebuhraya Utara - Selatan.

Pukul 8.52 malam di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.
Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung encik suami. Taburan bintang di langit malam bagai menyambut kepulangan kami. Masya Allah terlalu indah!


HARI TERAKHIR BERPUASA - KEHAUSAN!

Oleh kerana esoknya (Jumaat) ‘tak jadi raya’, maka sempatlah kami berpuasa dan berbuka bersama ahli keluarga lain di kampung. Setelah beberapa tahun tak berpeluang berbuat begitu, tahun ini rezeki kami dapatlah berbuka ramai-ramai sebab 1 Syawal diumumkan jatuh pada hari Sabtu.

Cuaca panas terik, ditambah pula dengan kerja persiapan menyambut raya membuatkan tekak saya rasa sangat haus! Padahal bukan banyak mana pun kerja memasaknya, semua buat yang mudah-mudah je πŸ˜…. Tapi tekak ni sangatlah kering. Asyik tengok jam, berapa lama lagi boleh berbuka. Pertama kali dalam bulan puasa kali ini, saya rasa macam budak kecil yang sibuk nak berbuka πŸ˜‚

Kami berbuka di beranda rumah, ruang lebih luas dan suasana lebih santai.
Juadah berbuka puasa kami - ada yang dimasak sendiri, ada yang diberi oleh jiran dan ada yang dibeli oleh adik ipar. Masing-masing kata, berbuka nak minum air banyak-banyak dan makan tembikai. Lain-lain bukan lagi keutamaan bila dah kehausan. Tiba saja waktu berbuka, memang bercawan-cawan saya minum air kelapa dan air Ribena! Nikmat.

———————————————————————————————-


Video perjalanan balik kampung berdurasi 1:48 minit. Seingat saya, inilah perjalanan balik kampung di musim perayaan yang paling lancar dan mudah (atas faktor tiada kesesakan dan cuaca nyaman), walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira 13.5 jam. Mungkin kerana ramai yang dah bergerak lebih awal (dengarnya ada yang seawal hari Isnin). Juga paling syok, tol percuma pada 19 - 21 April dan 24 April. Kami jimat RM70.93! Alhamdulillah.







23 comments:

  1. Saya pun merayakan hari raya pada Sabtu..walaupun ada juga yg hari Jumat ... alhamdullilah bisa buka puasa berkumpul bersamaπŸ˜€..jalan tol sangat lancar ya...sepi sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lancar, tak seperti yang dijangka (traffic jam).

      Delete
  2. Memang terperinci Puan Uji tulis terutama fakta pasal laluan perjalanan dan jumlah tol yang percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...mudah saya nak rujuk pada masa akan datang. Semua ni satu memori.

      Delete
  3. hari terakhir puasa kami dah menu pagi raya ketupat nasi impit dan rendang,memang dah tak rajin nak masak lauk berbuka...dekat sana ada juga hujan ye disini panas litlit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, cuma rendang belum siap masak untuk berbuka πŸ˜„. Buat ayam goreng je dulu, sebab budak2 lebih suka makan ayam goreng.

      Delete
  4. Subhanallah, cantik bintang-bintang menghias langit malam...cuaca panas terik 30 Ramadan..mmg lega dapat minum banyak..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    seronok baca cerita Uji
    rezeki dpt rasa tol percuma tu
    byk jga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, merasa la jugak dan memang jimat banyak.

      Delete
  6. Kita balik kampung hari yang sama. Sama macam Ujie balik Johor, saya balik Kelantan pun lancar je. Ramai orang dah balik kampung lebih awal, kan. Sempat merasa berpuasa di kampung sehari. Banyak tu, jimat duit tol. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kita dok ingat jalan sesak, lega sungguh tengok lancar je. Ada baiknya jugak spekulasi raya Jumaat tu 🀭

      Delete
  7. cantiknya gambar langit malam di Batu Pahat.. Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...bukan selalu nampak bintang bertaburan banyak gitu.

      Delete
  8. Replies
    1. Alahai..segan! Perkongsian yang tak berapa bermanfaat pun πŸ˜…. Saja letak situ untuk simpan memori dalam bentuk video.

      Delete
  9. Masyaa Allah..kerdipan bintang menggamit memori silam...
    Balik Pontian dulu bermakna kena berpatah balik la kan kalau nak ke Batu Pahat..
    Rimba Terjun tu antara tempat yang saya dah pernah sampai tu Ujie🀭.Tapi dah lama dulu la..kalau sekarang pergi pasti dah tak cam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali! Pontian di hujung. Jadinya pergi hujung, lepas tu patah balik untuk ke BP. Masuk highway semula.

      Wah..MamaCella dah sampai kampung kita πŸ˜€

      Delete
  10. Hari terakhir berpuasa diuji dgn cuaca panas terik. Dapat bayangkan nikmatnya bila air kelapa tu lalu kat tekak πŸ˜„ Selamat Hari Raya kak Ujie πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Carneyz 😊
      Yaa...sangatlah nikmat! Belum 24 j tak minum air, pun dah terasa seksa πŸ˜„

      Delete
  11. Saya dan isteri orang Melaka. Jadi raya pertama dah pergi kedua2 rumah saya dan mertua.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya bintang bertaburan di langit malam.
    Terpegun saya melihat alam nan indah ciptaan Allah SWT.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****