Cerita semalam - Ahad, 16 April 2023.
Saya dan encik suami ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah untuk mengambil kuih raya yang dah ditempah daripada seorang peniaga di sana. Ceritanya, tahun ini mak saya berhajat nak beri kuih raya kepada anak-anak (adik-beradik saya seramai 9 orang/keluarga). Mak minta saya uruskan dengan memberi sejumlah wang. Jadi saya beli sajalah makanan yang biasa kami beli dan makan. Mudah sebab dah kenal peniaga yang menjual dan insyaAllah sedap.
Bandar Alor Setar. Menghampiri pukul 12 tengah hari, tapi matahari tak kelihatan. Bukan mendung, masa ni tengah panas. Ruang udara nampak putih, mungkin sedikit berjerebu dek cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang ni.
Bangunan Pekan Rabu. Kami masuk ke ruangan parkir bawah tanah, tapi penuh. Terpaksa keluar dan parkir di seberang sungai (papan tanda ‘parking kereta’ dalam foto di atas). Parkir kendalian swasta, RM4 sekali masuk.
Suasana di dalam bangunan Pekan Rabu. Kami terus menuju ke kedai di mana kami menempah kuih raya. Kami dah buat tempahan awal melalui WhatsApp sebab nak membeli dalam kuantiti yang banyak. Bila semuanya tersedia, peniaga maklumkan kami untuk datang bayar dan ambil.
Tiga jenis semuanya - kuih ros (kuih loyang madu), kuih kapit mix (isi coklat & peanut butter) dan popia simpul. Ada sejenis lagi kami beli dari tempat lain, biskut Amos (tiada dalam foto). Jadi semuanya empat jenis kuih.
Bungkusan kotak dan plastik ni semuanya kami tak perlu angkut sendiri ke kereta. Nanti peniaga akan bawa menggunakan troli ke bahagian depan bangunan. Tinggal ambil kereta bawa ke tempat tersebut jelah. Tak payah susah payah angkut jauh.
Urusan kuih dah selesai, kami jalan-jalan melihat barang jualan lain. Belek punya belek, akhirnya encik suami jadi juara membeli kali ini π. Dah beli satu kopiah keras, jalan lagi berkenan pulak kopiah yang dikait tangan. Harganya RM12.90. Kemudian menambah pulak sehelai kurta lengan pendek dengan poket di sisi kanan kiri jenama Almas. Sedap lembut kain cotton-nya dan potongan longgar. Memang belum pernah ada baju begini, sesuai jugak dipakai pergi kerja pada hari Jumaat.
Alhamdulillah selesai satu urusan. Lepas ni nak isi sampul duit raya, balut hadiah kahwin anak saudara (insyaAllah majlisnya pada 30 April), berkemas beg balik kampung dan kemas rumah yang nak ditinggalkan lama (insyaAllah 1 Mei baru kembali ke PP).
Bestnya, dapat beli kuih raya di Pekan Rabu. Hehe.. apa salahnya beli, kalau selesa pakaiannya, di tempat kita belum tentu boleh jumpa. Lama juga Ujie cuti raya ye. Semoga selamat semua urusan.
ReplyDeleteAamin, terima kasih Nur!
DeleteBahang Aidilfitri makin terasa
ReplyDeleteKan...Syawal makin hampir.
DeleteBoleh pesan tanpa bayar dahulu rupanya. Senang kerja datang ambil apabila siap. Hehe banyak kuih yang diborong. Rasa macam meriah orang sambut raya walaupun ekonomi dikatakan kurang menberangsangkan.
ReplyDeleteAgaknya sebab dah biasa beli dengan dia, jadi dia percaya je tanpa mintak bayaran awal. Siap bagi diskaun banyak lagi π
DeleteSambutan meriah, tapi mungkin jualan para peniaga berkurangan berbanding tahun2 sebelum pandemik.
jejak pasar pekan rabu ni sekali je hehhee.... mmg kena jejak lagi la area Alor setar ni :)
ReplyDeleteBoleh dah tu plan jalan2 ke sini Ret π
DeleteWah sudah persiapan untuk kue hari rayaπ...selamat bersiap"ke kampung halaman hati"di jalan
ReplyDeleteTerima kasih!
DeleteKuih ros di Pekan Rabu bg sy the best ...tak jumpa lagi sedap macam tu di tempat lain...memang wajib beli kalau ke sini :)
ReplyDeleteSetuju! Saya dulu kurang gemar makan kuih ros. Sejak jumpa yang sedap ni, terus jadi suka π
DeletePersiapan dh siap utk raya nnti
ReplyDeleteAlhamdulillah siap. Tinggal balik kampung.
Deletenampak lenggang je kak tak sesak, kalau dah jumpa kedai yang jual sedap memang situ jelah yang kita cari kan kak...
ReplyDeleteYa, kali ni tak sesak pulak. Pernah datang hari Ahad jugak, sesak sangat.
DeleteBetul, sedap dan kita selesa dengan penjualnya.
rambang mata kalau ke sini... sy br sekali jejak kaki ke pekan rabu... teringin nk pegi lg
ReplyDeleteItu nak, ini pun mau π
Deletesaya pernah sekali je rasanya ke Pekan Rabu tu pun masa rombongan sekolah..bila balik kampung kak?
ReplyDeleteKhamis 20hb.
DeleteSedang dalam perjalanan balik kampung ni π
lega rasa dapat tunaikan permintaan orang tua kan? rindunya nak ke Pekan Rabu ni. cuaca sekarang mendung tapi kus semangat bahangnya
ReplyDeleteBetul, Alhamdulillah dapat tunaikan hasrat mak.
DeleteSalam kak, pernah try x beli kuih dekat bahulu kampung huma sungai petani..macam - macam ada jugak kuih dekat situ.
ReplyDeleteWa salam, tak pernah tau. Nanti akak buat carian ya. Thanks!
Deleterambang mata tak?
ReplyDeleteRambang mata jugaklah tengok pilihan makanan. Memang menambah sejenis dua lagi untuk makan sendiri π
Deleteseronok shopping di sini, macam2 jenis kuih tradisional ada dijual...
ReplyDeleteSampai tak tau nak beli mana satu π. Banyak sangat pilihan.
Deletekira Pasar Rabu ni satu level dgn Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang kan?
ReplyDeleteBegitulah lebih kurang. Tapi Pekan Rabu tak ada pasar basah.
DeleteBelum pernah berkesempatan ke Pekan Rabu. Selamat Hari Raya Aidilfitri puan.. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya en.fairus.
DeleteRaya ni wak pun shopping kat pekan rabu ni
ReplyDeleteBeli dodol durian online
Wah...tak payah pergi pun boleh shopping situ ya π
DeletePernah singgah sekali je di Pekan Rabu ni, asbab ada projek di utara, menyinggah lah sekejap beli buah tangan.. hihi..
ReplyDeleteTempat wajib orang beli oleh oleh Kedah π
Delete