Hari Jumaat lepas, 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444H saya dan encik suami bermusafir dari rumah PP ke Selangor. Kali ini kami menginap di Grand Barakah Hotel yang terletak di Ampang, Selangor.
Kami sampai di perkarangan hotel pada waktu tengah hari, tak lama lagi masuk waktu solat Jumaat. Jadi saya buatlah carian di Google Maps ‘masjid near me’, sort by distance. Muncul paparan pertama - ‘Surau Jumaat Nurul Hikmah, 3rd Floor, De Palma Hotel Ampang’. Eh, ada surau untuk solat Jumaat di hotel!
Saya tahu Grand Barakah Hotel ni dulu dikenali sebagai De Palma Hotel Ampang, tapi saya tak tahu pula ada surau Jumaat di hotel. Maklumlah, baru pertama kali datang menginap di sini. Alhamdulillah, mudahlah encik suami nak menunaikan solat Jumaat.
Waktu daftar masuk hotel pada pukul 3 petang. Jadinya sementara encik suami menunaikan solat Jumaat di aras 3, saya duduk menunggu di lobi. Ada orang lain juga yang sama-sama menunggu untuk daftar masuk.
Solat Jumaat di surau hotel ini terbuka untuk semua, bukan hanya staf atau tetamu hotel je. Maka ramailah orang yang datang untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat.
GRAND BARAKAH HOTEL, AMPANG
Alhamdulillah, dapat masuk bilik kira-kira pukul 2.30 petang. Inilah bilik penginapan kami untuk satu malam. Luas dan nampak bersih. Tapi semasa masuk bilik, saya terbau macam hapak. Mungkin disebabkan bau karpet dan perabot usang. Tilam & bantalnya pula empuk, selesa tidur.
Bilik airnya pula agak kurang selesa bagi saya. Selain disebabkan sudah usang - mangkuk tandas dengan tompok kekuningan, ruangan ini nampak macam tak dibersihkan dengan baik - masih ‘berdaki’ di tempat tertentu.
Kemudahan yang terdapat di bilik.
Terasa ‘zaman dulu’ sungguh bila jumpa suis & tombol di meja begini 😁. Alat pendingin hawa cuma boleh dilaras - Off/Lo/Mid/Hi dengan cara menekan tombol hitam. Tak ada plug di tepi katil, cuma ada satu di meja panjang serba guna. Tak jadi masalah bagi saya sebab sentiasa bawa 3-way multi-adaptor Cosway sewaktu bermusafir, boleh guna 3 plug dalam satu masa.
Pemandangan dari jendela bilik kami di aras 6. Ada kolam renang besar dan kecil (tak kelihatan di foto).
Baca brosur hotel, barulah tahu bahawa surau hotel mereka merupakan surau hotel pertama di Malaysia yang mendapat kebenaran untuk solat Jumaat oleh pihak berkuasa. Bukan mudah ya sebuah surau di hotel nak dapat kebenaran begini, ada kriteria tertentu.
Di dalam lif, terpapar info aktiviti & program sepanjang bulan Ramadan. Alhamdulillah…memang terbaik! Agak sayang juga pada malam kami menginap di sini, kami tak berkesempatan ikut berjemaah solat tarawih di surau hotel. Encik suami balik kerja lewat, jadinya sekitar pukul 8 lebih barulah kami sempat keluar makan dengan berjalan kaki di kedai makan berhampiran.
Pinggan hidangan sahur saya. |
Pakej penginapan kami termasuk makan sahur. Sahur bermula pukul 2 pagi sehingga 5 pagi. Dah biasa di rumah bangun sahur sekitar pukul 5.10 pagi, jadinya memang berat mata sungguh bila nak kena bangun pukul 3.30 pagi untuk bersiap turun bersahur. Nak sahur dekat pukul 5 pagi, bimbang habis pula makanan.
Semasa kami tiba, ramai juga tetamu hotel yang sedang menikmati hidangan sahur. Pilihan makanan yang tersedia - nasi putih, rendang ayam, daging masak hitam, sayur kubis goreng, tiga jenis kek, dua jenis buah dan minuman panas & sejuk.
Saya rasa kurang berselera sebab jarang makan nasi masa sahur, jadi saya ambil makanan sikit je (foto di atas). Tapi bila dah mula makan, eh…sedap rendang ayam dan daging masak hitamnya. Encik suami pula, tadi ambil nasi banyak tapi tak dapat habiskan. Sedang eloklah kan, saya pun ambil nasi encik suami sebab tiba-tiba jadi berselera makan 😄. Encik suami bangun tolong ambil lauk tambah - daging masak hitam. Rupanya bukan daging je, dicampur juga dengan hati. Mujur menambah, dapat makan hati masak hitam. Sedap!
Jadinya, ok ke tak menginap di sini? Menurut saya, walaupun ada sedikit kekurangan dari segi keselesaan bilik penginapan, tetapi dengan adanya kemudahan surau Jumaat dan rasa makanan yang memenuhi cita rasa, Grand Barakah Hotel Ampang boleh menjadi penginapan pilihan yang baik jika berkunjung ke Ampang.
First time tau ada surau hotel yg boleh buat solat Jumaat di situ. Boleh jadi tarikan untuk Muslim travellers. Sayang hotelnya tak di upgrade supaya lebih selesa.
ReplyDeleteHotel lama ye. Meja tepi pun klasik. Hehe. Bagusnya, penginapan termasuk sahur.
ReplyDeleteooo dah tukar nama dulu saya pernah menginap disini tahun 2016 time tu pun dah nampak perabot hotel jenis lama..
ReplyDeleteaikkk bila masa De Palkma tukar management ni??? nampak sgt lama x jejak area tu hahah
ReplyDeleteTahun 2021...kira baru jugaklah kan.
DeleteUncle hari2 ada kat area tu sejak bulan puasa. Setelkan urusan.
ReplyDeleteBaru tahu ada surat di hotel bisa untuk jumatan,boleh juga buat penghuni hotel yg tak mau jauh "
ReplyDeletedulu selalu gak pandang sipi2 hotel depalma tepi jalan ampang point nih., ehh ada solat jumaat di sini erk., baru wak tahu ;p
ReplyDeletePernah juga menginap di hotel ni, dulu-dulu...
ReplyDeleteHotel lama beginilah keadaannya kan...tapi tetap ada kelebihannya 👍
Dahulu pergi majlis kenduri kahwin di hotel ini. Makanan memang sedap. Haha baru tahu sudah tukar nama.
ReplyDeleteDalam kekurangan rupanya ada kelebihan hotel ni.
ReplyDeleteKalau surau Jumaat saya terbayang surau jumaat Puduraya ja .Kalau nak berurusan kat UTC tu memang akan cuba elakkan hari Jumaat sebab parkir kat tingkat (?) lupa tingkat berapa surau tu..memang dijadikan surau jumaat..
dekat sangat dengan rumah ni.. hihi.. daging masak hitam dia mmg sedap..
ReplyDeleteoh d palma tukar nama lain
ReplyDeletehehee patut la tak perasan bila lalu sini
dekat betul dengan rumah saya, tapi baru tau ada surau solat Jumaat. huhu. hotel ni memang dah lama sangat so redha jelah fasilities pun lama
ReplyDeleteooo dah tukar nama ya? penah stay caw dia kat shah alam ms guna nama lama. de palma. tp yg sini x sehebat yg kat ampang...
ReplyDeleteooo baru tau boleh solat jumaat kat sini...
Boleh lah ini jadi referensi saya kalo nanti nak cari hotel di kawasan itu 👍. Terkadang hotel tua seperti ini masalahnya memang di maintenance yang tak maksimal ya kak. Tapi as long as tak ada hewan aneh2 di dalam, saya masih bisa terima 😁. Soalnya sempat stay di hotel tua, di Jakarta, dan saya geli sekali saat melihat ada anak kecoak di kamar. Menandakan tak bersih karpetnya. Hotel yg begitu saya tak nak.
ReplyDelete