Monday, 16 January 2023

Rumah Kopi Sogama, Pontian

Khamis | 29.12.2022

Rumah Kopi Sogama yang terletak di Rimba Terjun, Pontian, Johor ni cuma berjarak sekitar 2 km saja dari rumah Mak saya. Tapi sejak kewujudannya, saya sendiri tak pernah mencuba makan di sini dek keterbatasan masa setiap kali balik kampung. Waktu operasinya bermula pula agak lewat, jadi selalu saja tak kena dengan masa saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya dan encik suami berkesempatan ke sini. Kami datang bertiga bersama seorang kakak saya.  Ajak Mak ikut bersama, tapi Mak tak berminat nak keluar petang hari.

Apa yang menarik tentang Kedai Kopi Sogama ni? Jom kita tengok…

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Lokasi kedainya terletak di lot tanah bersebelahan Sekolah Agama Rimba Terjun. Malah tembok sekolah yang tertera nama sekolah turut menghadap tepi kedai. Loghat tempatan menyebut sekolah agama sebagai ‘sogama’ (cara sebut : so ga me), mungkin daripada perkataan tersebut Rumah Kopi Sogama mendapat nama.

Sedikit memori berkenaan sogama pada zaman kanak-kanak saya sekitar lewat tahun 80-an. Berkenaan Sekolah Agama Rimba Terjun, saya sendiri pernah bersekolah di sekolah ini tetapi bukan di lokasi sekarang. Masa tu sekolah agama yang berlangsung pada waktu petang masih lagi menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun. Sempatlah setahun saya di Sekolah Agama Rimba Terjun.

Disebabkan saya bersekolah kebangsaan di STMI (1) iaitu sekolah yang mengamalkan sistem bergilir setahun pagi dan setahun petang dengan STMI (2), jadinya sekolah agama pun kenalah bergilir setahun pagi dan setahun petang. Hal ini membuatkan saya bersekolah agama di beberapa buah sekolah. Kalau sekolah agama kena giliran pagi, saya perlu ke sekolah agama di bandar (satu-satunya yang menawarkan sesi pagi pada masa tersebut). Kalau giliran petang, saya pernah bersekolah di Sekolah Agama Rimba Terjun dan Sekolah Agama Rambah. Seronok berpeluang sekolah di beberapa tempat ni tau, kita akan dapat ramai kawan-kawan baru. Lagi pula sekolah agama ni tak tertakluk kepada umur, jadinya kita akan bergaul dengan kawan-kawan pelbagai usia di dalam satu kelas.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Berbalik cerita Rumah Kopi Sogama, beginilah suasana di ruang hadapan kedai. Memang nampak sangat menarik! Ada beberapa pilihan ruang untuk kita menjamu selera di kedai makan ini. Kalau suka suasana santai, meriah dan ruangan terbuka, bolehlah duduk di bahagian luar kedai.

Di luar juga terdapat beberapa buah gerai kecil yang menurut saya ia disewakan kepada peniaga lain. Kalau nak membeli makanan dari gerai, perlu pergi ke gerai tersebut dan buat pesanan makanan sendiri. Makanan di gerai tiada dalam senarai menu yang diberi untuk kita membuat pesanan makanan.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Siap ada pokok tumbuh segar di tengah meja. Idea yang menarik.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Ini pula antara pilihan ruang makan di dalam kedai. Ada satu lagi ruang selepas pintu masuk, lebih menarik suasananya. Tapi saya tak merakam sebarang foto kerana segan pula ramai pengunjung sedang menikmati hidangan di ruang tersebut.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Sudut yang menarik, dekorasi yang menggamit memori masa lalu - dinding separa batu & kayu dan jeriji besi rekaan lama. Nampak laluan tar di luar sana? Itulah laluan ke bangunan sekolah agama yang terletak di belakang kedai makan.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Ini pula ruang makan paling belakang. Kami memilih makan di sini. Dekorasi ringkas yang sedap mata memandang. Juga ada gantungan pokok Pothos a.k.a. Money Plant yang membuatkan ruang ini mendapat sedikit sentuhan segar.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Dari sudut ini juga, kita dapat menyaksikan para pekerja kedai sedang sibuk menyiapkan hidangan.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Hidangan kami bertiga. Minuman tu boleh pilih nak plain atau sweet.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Alhamdulillah tak rugi mencuba. Makanan dan minuman semuanya memenuhi cita rasa.

Rumah Kopi Sogama, Pontian
Harga makan kami bertiga. Sangat berpatutan.

Rumah Kopi Sogama - tempat makan dengan dekorasi menarik, bersih, layanan pantas dan hidangan yang memuaskan selera. Walaupun tak banyak pilihan makanan ditawarkan semasa kunjungan saya ke sini (hanya hidangan makanan Barat kecuali jika kita membeli dari gerai di bahagian luar kedai), tapi saya rasa puas hati. Kalau banyak pilihan, tapi servis lambat pun tak seronok juga pelanggan nak datang mengulang makan.

Alhamdulillah, saya turut rasa seronok sebab ada juga tempat makan yang menarik dan bagus di kampung saya ni. Kalian ada ke Pontian? Bolehlah mencuba makan di Rumah Kopi Sogama ni. Ia terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Tanjung Piai - Penghujung Benua Asia. Boleh buat carian di aplikasi Google Maps - Rumah Kopi Sogama.


———————————————————————-

RUMAH KOPI SOGAMA
(Sebelah Sekolah Agama Rimba Terjun)
Jalan Kukup, Kampung Rimba Terjun,
Pontian, Johor.

Waktu operasi :
4 petang - 11 malam
Setiap hari, kecuali Rabu


29 comments:

  1. Oh... br tau so-ga-me tu... mmg nama kedai ni ambik nama sekolah tu lah kan? trademark kat situ.. cantik kedainya kak... not bad harga xdelah kayangan sgt... just nice berbaloi dgn menunya

    ReplyDelete
  2. huih menariknya kak, nanti nak suruh adik cuba lah ni... menarik betul deko nya tu. Menu pun nampak menarik

    ReplyDelete
  3. Walau saya orang Selangor, tapi kami pun panggil sek.agama tu sogame 🤣.
    Nampak sedap² menunya. Ni kalau dekat dah pi terjah dah ni. Anak saya suka menu western gitu 😊

    ReplyDelete
  4. cantik kedainya
    menu pun best .
    ph nak ke Tanjung Piai, ciknur skali penah ke TP ni thn 2015 lamaa sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kalau ciknur datang lagi Tg Piai, boleh cuba makan di kedai sogame ni.

      Delete
  5. comel kedai banyak kedai kopi hipster kan skrg..namanya mantap sogama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan yang bagus banyak kedai kopi hipster. Dapatlah kita makan di kedai yang menarik & kemas.

      Delete
  6. Cantik kalau bergambar di sini ni.

    ReplyDelete
  7. ok...masuk list. boleh gi nanti

    ReplyDelete
  8. Rajin pula Puan Ujie sekolah agama banyak tempat. Betul kalau sekolah agama tidak ikut umur untuk masuk darjah sebab saya pernah sekolah di JB 3 tahun. Darjah 2 sekolah kebangsaan, darjah 1 di sekolah agama.
    Deko retro. Tengok tingkap kayu menggamit perasaan nostalgia.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Oh..NA pun pernah menetap di Johor.

      Saya suka tukar-tukar sekolah, boleh dapat pengalaman berbeza & kawan-kawan baru. Lagi pulak setakat sek agama, tak rumit urusan daftar. Kita budak buat sendiri. Jadinya ikut suka saya nak sekolah di mana 😄

      Delete
  9. Cantek tempatnya.. So hipster... Menu2 pun nampak best.. Kalau ke sana, mmg port wajib kena singgah ni.. Makan2 smbil boleh bergambar

    ReplyDelete
  10. Wah, menarik cerita Ujie tentang sekolah amalkan sistem bergilir setahun. Pertama kali saya dengar pasal tu.
    Eh, ada pokok lalu tengah meja. Bayangkan bila pokok tu dah besar sikit, mesti teduh orang minum bawah pokok. :)
    Klasik deco, macam rumah kampung. Sedapnya tengok hidangan chicken chop dan fish and chip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa bergilir sebab dua pentadbiran sekolah berkongsi bangunan yang sama. Nak adil, kenalah tahun ni sek pagi, tahun depan sek petang pulak.

      Delete
  11. Perkataan Sogama tu buat saya teringat arwah nenek pula. Famili parents memang asal Johor so dah biasa guna perkataan tu. Suka lah tengok cafe dia. Nampah klasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu Sal pun biasa dengan perkataan epok-epok, semangka 😀

      Delete
  12. Wha, bestnya.... ala-ala hipster kampung gitu.

    ReplyDelete
  13. skarang byk kn kedai kopi utk pencinta kopi..cantik tmptnya

    ReplyDelete
  14. Memang terlihat enaaak makanannya 👍. Dan saya suka melihat dekor tempat mereka, kliatan simple tapi nampak selesa.

    Saya 4 tahun study kata Penang, tapi belum pernah main ke Johor 😅. Biasanya hanya KL, Pahang, Kedah , itu2 saja . Teringin kalau nanti liburan ke Malaysia lagi, nak mampir ke johor

    ReplyDelete
  15. suka2...bangunan nmpk klasik...pelbagai ruang berbeza dekorasi...teringin nak tengok ruang tengah yg menarik tu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****