Selepas 7 hari saya dan encik suami menjalani pemeriksaan kesihatan menerusi ujian darah dan ujian air kencing, pihak klinik menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan keputusan ujian sudah tersedia. 6 hari kemudian barulah kami berdua berkesempatan bertemu doktor untuk sesi konsultasi.
Sebelum masuk ke bilik konsultasi untuk bertemu doktor, staf klinik mengambil bacaan suhu badan, tekanan darah dan paras oksigen di dalam darah.
Kami kemudiannya masuk bersama untuk bertemu puan doktor. Di atas meja doktor sudah tersedia dua buah fail keputusan ujian kesihatan kami. Berdebar rasanya! Begitulah kan, nak terima apa-apa keputusan pun mesti ada terselit debaran.
Doktor mulakan sesi konsultasi dengan saya. Helaian demi helaian keputusan ujian di terangkan.
Tiba di helaian keputusan berkenaan tahap kolesterol, banyak pula angka dengan cetakan tebal (bold). Angka dengan cetakan tebal dan bergaris bawah menunjukkan keputusan ujian yang ‘bermasalah’.
Bacaan Total Cholesterol, LDL Cholesterol & Non-HDL Cholesterol saya menunjukkan melebihi tahap normal! Doktor menerangkan setiap bacaan dan apa yang perlu saya lakukan demi mencapai tahap kolesterol normal.
Menurut doktor, buat masa ini saya tak perlukan sebarang jenis ubatan. Cuma perlu mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan sihat dan rutin senaman. Ujian kolesterol boleh dilakukan sekali lagi selepas 3 bulan atau 6 bulan. Bacaan lanjut berkenaan apa itu lemak dan kolesterol serta panduan pemakanan, boleh klik DI SINI.
Atas saranan doktor disebabkan faktor umur melebihi 40 tahun, saya turut menjalani Ujian Penanda Jantung (Cardiac Biomarker Test) iaitu hs-CRP (High Sensitive C-Reactive Protein). Keputusan menunjukkan saya berada pada tahap ‘Average Risk’. Alhamdulillah. Tetapi saya perlu berjaga-jaga dan berusaha supaya berada pada tahap ‘Low Risk’ dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat.
Saya catatkan di blog sebagai satu peringatan buat diri sendiri dan juga cabaran bagi mencapai bacaan tahap kolesterol normal. Ini akan saya lakukan bersama encik suami yang juga mempunyai masalah serupa.
Sudah tahu apa yang bermasalah jadi bolehlah baiki.
ReplyDeleteAlhamdulillah yang lain ok.
warning lah kira nya kan. tak pe. kena lebih mengamalkan pemakanan sihat. insyallah.
ReplyDeleteTeringat pulak ms sy dan en suami jumpa doc utk review lab report bln ogos dulu.. sy yg first time mmg berdebar.. lps ni nk buat di klinik kerajaan pulak
ReplyDeleteKena jaga pemakananlah nampaknya
ReplyDeletebila umur dah more 40 memang mcm2 kena jaga.. in sya Allah, boleh tu
ReplyDeletedah check darah mcm2 blh tahu tahap ksihatan kita kan.. cuma tu la, lepas tahu kita plak risau.. hehe.. suami ni duk tangguh2 nk buat check up, dia duk risau sbb dia tahu dia makan xjaga kan..
ReplyDeletekeputusan atas pagar ye kak...sy belum pernah buat lagi ujian kesihatan ni umur dah 40an risau juga
ReplyDeleteDah lebih tahap normal, tapi tak tinggi sampai perlu ambik ubatan.
DeleteUmur 40 thn ke atas, patutnya kena buat kurang-kurang setahun sekali. Tapi akak ni pun buat beberapa tahun sekali 😅
Insyallah boleh dikawal lagi ini kak...
ReplyDeleteBagus buat cek macam ni kan? Nak buat jugalah...
ReplyDeleteBagus dan perlu buat. Mencegah lebih baik daripada merawat kan..
Deletemcm abe kie ni setiap 2 bln kena gi jumpa doktor. ngeri tul nak mengadap mereka.
ReplyDeleteMoga kesihatannya makin membaik, tak perlu kerap ngadap doktor.
DeleteEarly detection, alhamdulillah masih boleh fix apa yg patut... Moga dipermudahkan semuanya puan
ReplyDeleteTake care Ujie. Insya Allah semakin baik semuanya nanti. Aamiin
ReplyDeleteMemang sebaiknya rutin pemeriksaan berkala macam nih. Saya pun dulu saat masih kerja, selalu pakai benefit medical check up dari kantor, tapi sejak dah resign tak pernah lagi. Rasanya memang harus walau pakai biaya sendiri. Lebih tahu apa yang salah daripada terlanjur parah
ReplyDeletesemoga sihat selalu .
ReplyDeleteKolesterol ni boleh dikatakan masalah orang kurus macam kita kan? Amalkan fish oil pun boleh membantu
ReplyDeleteAllahuakbar, takut tu Kalau buat test ni tp bagus for kesihatan sendiri..Dapat kawal apa yg perlu. Sy pun tengah Cuba Cuba nak menjaga ni..sebab umur pun making meningkat...Sobbss
ReplyDeleteSemoga semuanya baik-baik sahaja ye sis.. Kena jaga pemakanan nampaknya..
ReplyDeleteMarilah amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik dari merawat kan Ujie.
ReplyDeletemoga diberikan kesihatan yang terbaik buat akk dan suami :)
ReplyDelete