Saturday, 28 January 2023

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur

Bersambung cerita di KL. Pada malam kami tiba di KL, encik suami bersungguh nak makan malam di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur.

Sebelum ini (November 2022), encik suami pernah beli bungkus untuk kami makan di tempat penginapan je. Jadinya kali kedua ni encik suami nak makan di kedainya pula. Saya menurut saja walaupun pada fikiran saya makan jelah di mana-mana yang berhampiran dengan hotel penginapan. Cuma berjalan kaki, tak perlu susah payah keluar berkenderaan.

Supaya tak perlu bersusah payah meredah kesesakan trafik di KL dan susah pula nak dapatkan semula tempat parkir di hotel, kami naik kenderaan e-hailing. Tu diaa…bukan main gigih demi nak makan di FLOW Smoke & Brew. Ini semua gara-gara Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad yang menayang kelazatan dan kelembutan daging yang dimakan semasa bersiaran di ZRA Strim. Kalian pernah tonton siaran ZRA Strim? Kalau belum pernah, silalah cuba tonton. Saya sendiri dah terpengaruh dengan encik suami dan jadi pengikut ZRA Strim untuk menadah ilmu berkenaan perkembangan semasa tempatan/dunia, perbukuan, pengalaman hidup dan hal kemanusiaan. Selalu juga kami bersama-sama mendengar ZRA Strim di dalam kereta sewaktu melakukan perjalanan jauh atau ketika bersantai di rumah.

Ok, berbalik cerita makan-makan…

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Ada dua pilihan ruang makan. Kalau suka ruang terbuka atau datang dengan kumpulan, sesuai duduk makan di luar ni.

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Satu lagi ruang makan terletak di dalam bangunan. Tak luas dan sesuai untuk yang datang seorang atau berdua. Kami pilih makan di dalam. Imbas kod QR di meja makan untuk membuat pesanan.

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Antara dekorasi di ruang dalam. Turut disediakan bahan bacaan. Tak sempat membaca, tapi nak berfoto acah-acah baca buku sambil minum kopi pun boleh. Hehe.

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Minuman kami.

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Kami makan Smoke Brisket dan Smoke Lamb Ribs, tambah juga Mashed Potatoes.

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Meh kasi tengok dekat sikit tekstur daging. Dah dua kali makan, rasa dan teksturnya konsisten. Memang sedap berjus dan lembut! Sesuai untuk orang yang giginya dah tak berapa kuat nak kunyah daging macam saya 🤭

FLOW Smoke & Brew, Kuala Lumpur
Apa rahsianya? Mereka memasak daging menggunakan alat salai selama 12-15 jam dengan kayu rambutan. Itu yang dagingnya cukup lembut dan berjus.

Foto alat salai di atas saya rakam dengan izin tuan kedai. Sewaktu menunggu kereta e-hailing untuk kami kembali ke hotel penginapan, kami sempat berborak ringkas dengan dua daripada tiga orang pemilik bisnes ini.

Saya rasa seronok dan berbangga ada orang-orang muda yang bersungguh berniaga dengan menawarkan hidangan yang berkualiti begini. Usaha yang baik harus kita sokong, jomlah cuba makan di sini! Mana tau ia sesuai dengan cita rasa kalian juga. Pilihan menu boleh lihat DI SINI. Kalau nak tahu promosi terkini boleh ikuti mereka di Facebook : Flow.

Kekurangan tempat ini - lokasinya agak sedikit tersorok dan ruang parkir yang terhad. Kena parkir kenderaan di tepi jalan. Tapi makanannya memang terbaik, tak rugi mencuba.

—————————————————————————

FLOW SMOKE & BREW
Kampung Chubadak,
Kuala Lumpur.
(Carian Google Maps - FLOW Smoke & Brew)

Waktu operasi :
Selasa - Jumaat : 4 petang - 10 malam
Sabtu & Ahad : 4 petang - 11 malam
Cuti hari Isnin





28 comments:

  1. Nampak sedapnyer daging kambing bakar tu

    ReplyDelete
  2. Cantik kedai ni. Sesuai lah kalau nak berwefie..

    ReplyDelete
  3. Wah, nampaknya tempat ini sesuai juga untuk saya yang gigi tak berapa kuat mengunyah daging.

    ReplyDelete
  4. eh eh eh... cantik pulak lukisan hitam putih kat dinding tu....

    ReplyDelete
  5. Aduh terliur! Teringin hendak rasa kelembutan daging yang dipanggang lama.
    Harga bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga yang kami makan tu, satu RM39 dan satu lagi RM44. Berbaloi rasanya dengan cara salai yang ambik masa lama tu. Memang betul-betul lembut. Tak pernah saya makan selembut gini, mudah kunyah.

      Delete
    2. Murah juga. Ingat ratus tadi.

      Delete
  6. Unik tempat salainya sis. Nampak menarik menu dia. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik kan...jarang nampak tempat menyalai gitu.

      Delete
  7. Wah, kenapa saya baru tau ni, padahal dekat sentul je tak jauh dari rumah saya :) Nanti nak cari & cuba jugak la. terima kasih kongsi kak ujie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita sis...tak jauh pun sebenarnya dari tempat kita...

      Delete
    2. Sama-sama Carneyz :)

      Silalah Carneyz & PH ke sini. Boleh mencuba kot kena cita rasa.

      Delete
  8. Eh, macamana kami tak tau tempat ni huhu. .. tak jauh pun nanti boleh try. Nampak msnarik food & deco kedainya...
    Sy pun tumpang bangga dgn anak2 muda skrg, berani buka perniagaan sendiri 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempatnya agak tersorok, itu yang orang tak perasan kot.

      Kan..bukan mudah nak berbisnes makanan. Kena jaga kualiti rasa dan servis pelanggan.

      Delete
  9. Br tau jugak pasal ZRA Strim tu.. tq share kak... pegi blog MY cerita mkn western, di sini pun mkn western.. nasib perut kenyang sarapan nasi goreng jap td.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Mim. Walaupun panjang bebelan tuan ZRA, tapi banyak input kita boleh dapat.

      Delete
  10. Bolehlah cuba ni. Sesekali untuk acara atau orang istimewa

    ReplyDelete
  11. menarik suasana dalam kedai apatah lagi bila tengok makanannya, tetiba rasa lapar heheh

    ReplyDelete
  12. kena cuba ni...tapi itulah parking susah sikit...dulu ada jual yong tau fu kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nampak jugak kedai lain kat situ, tapi tak perasan jual apa.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****