Malam semalam (Sabtu malam Ahad), saya dan encik suami selamat kembali ke rumah PP yang telah ditinggalkan hampir seminggu lamanya. Tinggalkan rumah pada hari Ahad lepas dan kembali semula pada hari Sabtu.
Selama 5 malam kami menginap di Tamu Hotel & Suites di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini bukanlah kali pertama saya ikut encik suami ‘berkampung’ di satu-satu tempat. Cuma kadang tu bertangguh untuk catat di blog sehingga akhirnya rasa malas nak menulis. Padahal perlu juga kita mencatat sebagai satu memori dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Maklumlah, ingatan semakin berusia semakin lemah.
Foto di atas - saya sedang memerhatikan encik suami (memakai beg galas belakang) pergi kerja dari tingkap bilik hotel di aras 19. Foto di atas merupakan hasil 10x zoom in dan kemudian saya edit sedikit supaya lebih jelas.
Seawal pagi hari Jumaat kami bergerak keluar dari KL menuju ke rumah kami di NS. Kali terakhir kami menjenguk rumah NS sekitar 3 bulan lalu. Kali ni kebetulan encik suami ada urusan di kawasan berhampiran, bolehlah kami tidur 1 malam di rumah sendiri. Sempatlah saya membersihkan rumah dan memeriksa sebarang kerosakan. Prosedur biasa bila balik rumah NS - hidupkan peti ais, hidupkan lampu & kipas di setiap ruang, buka paip air & flush tandas dan vaccum & mop lantai.
Dah dekat tengah hari baru teringat nak tanya jiran yang biasa menjual pes ayam bakar, kalau-kalau ada simpan stok. Stok tak ada, tapi boleh buatkan. Alhamdulillah…terus saya memesan 4 bekas pes ayam bakar. Beli banyak buat stok, entah bila nak balik lagi. Kebetulan jiran ada buat pes nasi goreng dan cili kisar, haruslah saya beli juga. Benda boleh mudah, buat apa nak susah 😁
Petangnya jiran datang hantar pes. Terus saya simpan di bahagian sejuk beku. Mudahlah nak dibawa melalui perjalanan jauh ke rumah PP.
Pagi hari Sabtu kami bergerak ke rumah PP. Singgah juga di Bangi, Shah Alam dan Kuala Kangsar atas beberapa hal. Masa di Bangi ok lagi tak hujan. Bila tiba di Shah Alam langit gelap dan hujan mulai turun. Selepas tu kami menempuh perjalanan ke utara dalam hujan yang kadangkala sangat lebat. Mulut tak henti berzikir memohon perlindungan Allah. Di samping tu mata terpukau dengan keindahan alam yang terbentang di depan mata.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah PP sekitar pukul 10 malam. Dengan mata mengantuk dan badan letih, kena bawa barang-barang dari parkir ke tingkat atas. Encik suami siap turun naik sekali lagi untuk bawa naik barang kami. Beginilah bila tinggal di rumah tinggi, tabah sajalah 😅
Cantik teknik mengambil gambar.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deleterumah tinggi ada lif takpe, wak penah dok rumah flat tingkat 4 naik tangga tau camana pengalamannya bawa barang2 ., huhuhu
ReplyDeleteAda lif ni pun dah terasa susah, apa lagi kalau kena naik tangga sampai tingkat 4 😰
DeleteSelamat berehat2... Alhamdulillah perjalanan lancar
ReplyDeleteMemang semalam 1 hari untuk rehat2 je. Letih 😅
DeleteSama sini hujan sampai ke pagi esok. Lebat juga.
ReplyDeleteHehe sempat borong pes cili kisar, ayam bakar dan nasi goreng.
Betul senang sekarang di pasaraya pun jual pes macam-macam.
Pes ayam bakar jiran saya buat ni kena dengan citarasa saya, jarang putus stok kecuali lama tak dapat balik rumah NS. Itu yang terus borong bila sesekali balik 😀
DeletePernah berkursus di tamu hotel kg baru tu.. best kat sini... di luar syurga mknn... di hotel pun sama.... sampaikan kitorang keluar pegi shopping abis kursus pastu mlm rushing balik sbb nk mkn buffet dinner di hotel.. haha
ReplyDeleteHaha..setuju dengan Mim. Akak sempat rasa breakfast, memang banyak pilihan dan semua yang akak dah cuba memang kena dengan citarasa. Makan pulak di aras 27, menarik pemandangannya.
Deletedah selamat sampai PP ye kak alhamdulillah yang membaca ni turut rasa penatnya jauh perjalanannya tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...hehe
Deletebestnya akak berkampung di kampung baru, tapi itulah kl skrg ni tiap petang dan malam hujan, nak berjalan sana sini agak terbatas la jugak
ReplyDeleteBetul. Kami tak dapat keluar setiap malam pun...hujan. Petang dah mula hujan.
Deletedekat Kl sekarang setiap lewat petang mesti hujan, sekarang malam pun hujan jenis yang meleret sampai ke tengah malam hujannya.
Deletecoretan perjalanan untuk kengan
ReplyDeleteTak dapat mencoret banyak, sikit pun jadiklah kan...ada jugak kenangan.
DeleteSaya setuju, ada benda senang, baik kita gunakan. Pes kan ada.. Hehe..
ReplyDeleteSama kita. Bila suami bawa kereta hujan lebat, mulut tak henti zikir, doa... moga selamat sampai.
Zikir tulah yang dapat kawal rasa berdebar dalam hati kita ni.
DeleteJelas dan cantik foto 10X zoom itu.
ReplyDeleteWah...seminggu bercuti ...seronoknya..
ReplyDeleteSelamat kembali ke PP...
Seronok juga dapat mengikut kesana sini kak. Dapat berjalan luas pemandangan. Cantik gambar gambar tangkapan akak :)
ReplyDeletesetuju kat part benda senang ada, buat apa nak susah. anggaplah kita bantu kawan meniaga, bukan sebab malas buat sendiri. hihi
ReplyDeleteTak pernah tak memukau bidikan akak.. Suka sangat Sha melihat setiap gambar yang akak sertakan disetiap entry..
ReplyDeleteSetuju dengan akak, benda boleh mudah kenapa perlu susah.. kiki25