Masih lagi cerita di Gua Musang, Kelantan. Kali ni berkenaan sejenis kuih tradisional di Kelantan - Pulut Pagi. Kuih yang tak pernah saya tahu kewujudannya. Bila saya buat carian berkenaan kuih ini, ternyata ia bukanlah kategori kuih yang jarang jumpa. Cuma saya sendiri yang belum pernah jumpa. Hehe.
Lokasi kami bersarapan pagi - Warong Muse. Kalau waktu petang, kita dapat menikmati keindahan matahari terbenam di bahagian belakang kedai. Pada waktu pagi pula, kita dapat menikmati keindahan matahari terbit di bahagian depan kedai. Terpesona saya dengan panorama (gambar di atas) - cahaya matahari pagi menyimbah bumi dengan latar gua batu kapur. Indah sungguh ciptaan Allah.
Masa kami sampai ni, tak banyak pilihan makanan sarapan pagi. Cuma ada kuih-muih dan nasi bungkus berlauk. Ada beberapa jenis kuih yang tak pernah saya jumpa. Selepas bertanyakan nama kuih yang berbalut daun pisang tu, kami ambil satu untuk mencuba.
Inilah kuih Pulut Pagi - kuih berasaskan pulut, dimakan bersama kelapa parut dan kacang merah. Pulut tu seakan kuih Wajik tapi tak manis macam Wajik yang pernah saya makan. Habislah juga dimakan, tetapi nampaknya bukan jenis kuih yang akan kami beli lagi. Bukan tak sedap, tapi cita rasa manusia berbeza. Yang pasti, rugi kalau kita tak mahu mencuba makanan di tempat orang kerana makanan adalah sebahagian daripada budaya masyarakat tempatan.
masa duduk kelantan dulu macam2 kuih jumpa..salah satu jenis yang pulut macam ni..
ReplyDeleteSaya pun baru tahu ada pulut pagi. Hehe sama tidak jumpa lagi atau tidak perasan sebab bungkus dalam daun pisang.
ReplyDeleteCantiknya gambar first tu
ReplyDeletetak apalah sekurangnya pernah cuba. Kelantan memang cantik dan makanan sedap
ReplyDeletesedap kak, manis-masin, kalau pulut pagi terengganu dia versi savoury sebab masin manis tapi tak letak gula merah gitu
ReplyDeletekat pantai timur kalau bekfes mmg mewah² kan.. mcm² jenis nasik yg sedap²... mmg sesuai dgn pepatah omputih breakfast like a king kalau kt sana
ReplyDeleteAkak ni jenis suka mencuba. jenjalan kalau mencuba makanan tu penting kan.
ReplyDeleteSemua sure manis2 tu...
ReplyDeletecantiknya langit! oh kalau saya pun x minat sangat kuih macam tu, suka yg pedas2
ReplyDeleteBestnyaa, bila pergi kedai banyak kuih.
ReplyDeletepertama kali nampak kuih ini
ReplyDeleteSaya suka sangat kalau baca kisah-kisah di bahagian pantai timur. Paling suka sudah tentulah bab makan-makan sebab banyak jenis dan sedap-sedap belaka.
ReplyDeletePulut pagi itu pun nampak menarik sangat.
Saya tak pernah makan pulut pagi. Selalu makan nasi berlauk atau nasi kerabu je. Cantik gambar pertama, suka tengok pemandangan macam tu.
ReplyDeleteCantiknya permandangan batu kapur tu. Memang indah panorama tu lagi lagi depan mata. Kuih muih berasaskan pulut mesti sedap.
ReplyDeletecantiknya view suasana pagi...pertama kali tengok pulut pagi...
ReplyDelete