Selama 10 hari 9 malam saya meninggalkan rumah di PP untuk pulang ke kampung halaman di Johor dan menjenguk rumah sendiri di NS.
Antara persiapan yang saya dan suami buat sebelum pulang ke kampung - melakukan ujian kendiri COVID-19. Kit ujian kendiri COVID-19 Newgene Bioengineering ini kami beli pada harga RM12 di farmasi berhampiran. Lepas ni katanya akan ada harga siling yang lebih rendah (di bawah RM10).
Ada dua pilihan sama ada nak guna sampel calitan hidung atau sampel air liur (saliva). Kami pilih menggunakan sampel air liur. Buat sehari sebelum bertolak dan ikut panduan yang diberi (ambil sampel sewaktu perut kosong dan tidak makan/minum sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sampel diambil). Walaupun ada orang kata ujian begini tidak begitu tepat, tapi sekurang-kurangnya inilah usaha paling mudah dan murah untuk kami buat sebelum berjumpa keluarga di kampung.
Alhamdulillah keputusan negatif dan kami pun tak ada simptom COVID-19. Bolehlah pulang ke kampung dengan rasa lebih tenang.
—————————————————————————-
Destinasi 1 | Pontian, Johor
Sabtu, 30.10.2021
Kami bertolak dari PP menuju ke selatan tanah air sekitar pukul 7.15 pagi. Berhenti 5-6 kali juga untuk makan, solat, ke tandas, isi minyak dan singgah rumah kakak menghantar barang.
Tiba di bandar Pontian sekitar pukul 5.30 petang. Perjalanan keseluruhan sehingga sampai ke rumah mak saya mengambil masa kira-kira 11 jam. Perjalanan yang cukup panjang tapi tak terasa letih atau bosan, mungkin sebab dah 10 bulan tak pulang ke kampung.
Destinasi 2 | Batu Pahat, Johor
Isnin, 01.11.2021
Petang Isnin (selepas waktu Asar), kami bergerak ke Batu Pahat untuk ke kampung suami pula. Mujur juga daerah bersebelahan, perjalanan tak begitu jauh.
Pemandangan waktu pagi di kampung suami, berkabus dan nyaman. Gambar diambil pada pagi Selasa sekitar pukul 7 pagi. |
Destinasi 3 | Pajam, Negeri Sembilan
Khamis, 04.11.2021
Kami bergerak dari kampung suami pada pukul 10 pagi menuju ke rumah kami yang juga dah sekian lama tak dijenguk. Berdebar rasa bila memikirkan entah macam mana keadaan rumah, terutamanya peti sejuk (kami syak rumah kami tiada bekalan elektrik sejak Mac 2021 menerusi semakan bil secara online).
Kami tiba di Pajam setelah menempuh perjalanan selama 4 jam. Dah siap-siap makan dan siap beli makanan bungkus, fokus mengemas rumah sajalah nanti.
Ikut perancangan, hari Sabtu kami bergerak balik ke rumah PP. Tapi rancangan berubah sebab urusan kerja suami. Dari 2 malam, jadi 4 malam di rumah NS. Hari Isnin petang barulah dapat bergerak ke PP. Sampai rumah PP sekitar pukul 11 malam setelah menempuh perjalanan selama 7 jam. Agak lama di jalan sebab tak memandu laju bila dah malam dan ada tempat-tempat yang hujan menyukarkan pemanduan.
Alhamdulillah! Letih, tapi gembira dan puas hati. Ada banyak kisah nak dicatat sebagai memori. Terima kasih Allah atas segala kesempatan ini ❤️
wahh.. dapat lesen agong terus merentas negeri ye kak.. bila nk rentas negara pulakk.. 😅😅
ReplyDeleteKita level rentas negeri jelah 😅. Lain la Wak..awal2 lagi dah sampai Doha 😁
DeleteOk juga ambil masa dari 2 ke 4 malam.
ReplyDeleteJadi rumah di Pajam tiada elektrik ya?
Betul Na, ada masa lebih boleh kemas dengan tenang.
DeleteYa, memang betul takde letrik. Habis kotor peti sejuk, teruk jugak nak bersihkan 😩
Alhamdulillah.. jauh perjalanan... kembali kepada rutin harian kita balik kan bila dah bercuti
ReplyDeleteAlhamdulillah..ambil masa jugak nak kembali kepada rutin, dah balik ni terasa penatnya 😅
Deleterindunya bandar pontian... 11 jam ye kak aduh patah pinggang
ReplyDeleteKena banyak berenti kalau takmo patah pinggang. Jadi la 11 jam 😅
DeletePontian dah memanggil Dana tu…pulanglah! Hehe
alhamdulillah
ReplyDeleteseronok. akhi dpt blk dgn tenang
lama. jga ya 10 hari
akak. insyaallah bln. 12 baru nk. start blk kg
Yelah..bulan 12 nanti baru mula cuti sek.
DeleteSelamat balik kampung cik nor.
Alhamdulillah..akhirnya dapat juga balik kampung dua dua Johor dan balik rumah sendiri di NS. Semangat nak balik kampung tu melebihi dari rasa penat kan kak. Selamat recharge tenaga semula :)
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai misi balik kampung dan jenguk rumah sendiri.
DeleteSemalam memang paling tak bertenaga. Alhamdulillah harini dah agak ok, baru la nak unpack beg dan layan blog 😀
alhamdulillah kerana semuanya dalam keadaan selamat
ReplyDeleteCantiknya kampung suami...
ReplyDeleteAlhamdulillah..selamat dalam perjalanan..seronok berjumpa keluarga di dua kampung..
ReplyDeleteMelihat hijau pepohonan, rasa sangat nyaman, hati pun jadi tenteram.
ReplyDeletebebetul balik kampung ni :)
ReplyDeletebest.
selamat pergi dan balik, alhamdulillah...