Judul : DAULAT TUHANKU
Penulis : Zahiruddin Zabidi
Penerbit : Thukul Cetak
Tahun terbit : 2017
Jumlah halaman : 176
Harga : RM25
Buku dengan judul dan wajah kulit depan yang mengundang rasa pelik ini saya dapat dengan harga yang murah semasa jualan lelong buku-buku terbitan Thukul Cetak (syarikat penerbitan buku indie yang sudah pun menutup operasinya pada awal tahun 2020 lalu).
Daulat Tuhanku. Ya, bukan Daulat Tuanku seperti kebiasaannya. Pada bahagian belakang kulit buku, ada dinyatakan :
Ada pelbagai takrif ‘Daulat’ menurut Kamus Dewan terbitan DBP, apapun kesimpulan akhirnya kita akan berjumpa dengan Raja segala Raja ini kelak dan melihatnya serta berdialog dengannya di negeri abadi yang mana akan dizahirkan kerajaan agung-Nya. Saat itu kita hanya perlukan dan sangat mahukan satu perkara sahaja daripada-NYa iaitu - Rahmat!
Hasil carian saya di laman PRPM menemukan takrifan ‘Daulat’ yang bersesuaian diguna pakai kepada Tuhan, iaitu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Buku Daulat Tuhanku membawakan penulisan berkenaan politik, sejarah dan isu semasa yang bersangkutan agama Islam di peringkat Malaysia juga antarabangsa. Buku yang menarik, cuma kadang kala saya rasa kurang puas membaca apabila ada sesetengah topik yang agak tergantung (saya berharap ada huraian lebih lanjut).
Non-Muslim Bukan Kafir
‘Non-Muslim Bukan Kafir’ merupakan antara topik yang menarik bagi saya. Ianya berjaya menjawab persoalan yang bermain difikiran saya berkenaan wajarkah kita menggelar semua orang bukan Islam sebagai kafir?
Buku ini memberikan jawapan bahawa (menurut Dr. Zakir Naik), kita perlu melihat maksud sebenar ‘kafir’ yang berasal daripada perkataan ‘ka-fa-ra’ yang membawa maksud tolak. Kafir bermaksud menolak. Orang kafir, orang yang menolak bagi berakidah dengan akidah tauhid.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana mereka wajar digelar kafir (orang yang menolak), sedangkan tidak pernah ada yang memberi, mengajak dan menegakkan hujah kepada mereka? Agak tersentak di sini kerana bila difikirkan pernahkah diri saya sendiri melakukan tugas dakwah tersebut?
Menurut penulis lagi, seseorang itu hanya layak dinamakan sebagai kafir setelah berlakunya proses dakwah dan telah tertegak hujah sehingga mereka tidak mampu menafikan lagi kebenaran Islam, namun memilih untuk menolak.
Selepas ini, tentunya malu untuk saya menggelar kafir kepada mereka yang bukan Islam lantaran kelemahan diri sendiri yang tak mampu melakukan tugas mengajak mereka kepada Islam.
Daulat Tuhanku, bacaan bagus bagi kita memahami pelbagai isu seputar dunia Islam. Pembaca juga dapat mengetahui pelbagai judul buku yang menjadi bahan rujukan penulis, sekaligus memudahkan kita jika mahu mendalami satu-satu perkara dengan mencari dan membaca langsung buku-buku yang dinyatakan oleh penulis.
Betul itu kita kena dakwah terangkan Islam.
ReplyDeleteApapun saya pun baru betul faham makna kafir.
Kan NA, selama ni saya faham bahawa kafir = bukan Islam.
DeleteBuku yang menarik.. Selamat membaca dan moga bermanfaat.
ReplyDeleteInsyaAllah bermanfaat.
DeleteWah menarik isi naskah ini. Malangnya saya jenis yang kurang gemar membaca buku non-fiksi. Hehe mungkin akan mengambil masa yang lama jika saya nak habiskan.
ReplyDeleteMemang ambil masa juga nak habiskan, terutamanya bila baca topik yang agak susah nak faham, jadi bosan baca 😅
Deleteammi ada boss yg bukan Islam. Sangat baik, sentiasa "memberi" dan tak memilih untuk memberi. Ammi ni sangat berharap agar dia diberikan hidayah dan itulah doa ammi..orang baik perlukan pengakhiran yang baik juga. Moga2 Allah titipkan hidayah buat boss ammi
ReplyDeleteSemoga Allah makbulkan harapan Ammi. InsyaAllah.
DeleteSekali imbas baca saya ingatkan Daulat Tuanku sebab kita dah biasa dengan perkataan tu. Menarik dengan Tajuk Daulat Tuhanku tu, banyak kupasan isu dalam Islam.
ReplyDeleteTajuknya memang buat kita baca dua tiga kali 😄
DeleteItulah tu. Kena dua tiga kali tengok dan baca untuk confirmkan. Hihi
DeleteMenarik bukunya..buat kita lebih memahami isu umat Islam sejagat..
ReplyDeletesyukran for sharing..
Banyak juga point2 yang terdapat dalam buku itu
ReplyDeleteSaya rasa insaf.... ya Allah. Apa sudah jadi dengan diri kita yang asyik kata orang itu kafir, sedangkan kita tidak faham maksudnya. Terima kasih tunjukkan jawapan.
ReplyDeleteHappy Reading kak ujie :)
ReplyDelete