Sunday, 21 March 2021

Selamat Hari Hutan Antarabangsa 2021



Hari ni merupakan Hari Hutan Antarabangsa. Hutan sememangnya menjadi kecintaan saya sejak dari dulu. Segala rasa marah, tertekan atau apa-apalah yang tak menyenangkan, akan hilang sebaik saja saya dapat menikmati keindahan hutan dan bunyi orkestra hutan. Atau sekurang-kurangnya duduk di dalam kereta yang dipandu melalui jalan dengan pemandangan hutan di kanan dan kiri. Hutan tau, belukar tak minat...hehe.

Kalau diperingkat lebih tinggi, antara topik utama sempena Hari Hutan Antarabangsa adalah bagaimana nak menjamin pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan lestari. Tapi bagi peringkat individu dan masyarakat, bagi pendapat saya cukuplah untuk kita memupuk kesedaran tentang pentingnya kita bersama-sama menjaga kebersihan hutan. 

Antara perkara yang sangat mengganggu saya bila masuk hutan adalah bila ternampak perkara-perkara seperti berikut :

Dah la masuk hutan Taman Negara pun masih nak hisap rokok, kau campak pulak puntung rokok ke lantai hutan! Memang rasa nak tegur je lelaki tersebut, tapi suami menghalang. Mereka berkumpulan, kami cuma berdua.

Ni tambahan jenis sampah sejak wabak COVID-19 melanda. Mungkin tercicir. Apa pun sebabnya, ia tetap bernama sampah bila terbuang begini.

Kemudahan pondok di hutan selalu menjadi mangsa orang-orang yang masuk hutan mungkin sekadar untuk berbangga atau suka-suka. Maka sibuklah mengukir nama di tiang pondok, di bumbung pondok pun ada! Pantang ada tiang, papan tanda, batu...semua pun nak diconteng.

Sampah lain yang paling biasa saya temui, tentunya botol plastik minuman. Setiap orang yang masuk hutan sememangnya akan bawa air minuman. Masalahnya, pandai bawa masuk tapi tak pandai bawa keluar.

Saya cadangkan, setiap orang yang nak masuk hutan bawalah beg masing-masing. Boleh isi semula sampah botol minuman juga bekas makanan dan mudah nak simpan elok-elok pelitup muka tu. Tak kiralah walau nak mendaki bukit rendah, asalkan masuk hutan bawa ajelah beg. Banyak kali saya jumpa pengunjung masuk hutan cuma bawa badan dan sebotol plastik minuman di tangan. Tak salah, cuma kebarangkalian tinggi untuk membuang botol tu merata lepas habis isinya.

Saya juga cadangkan, setiap orang yang nak masuk hutan gunalah botol minuman yang boleh diguna semula. Sekali beli boleh pakai berkali-kali, tak buang merata-rata. Begitu juga dengan pelitup muka, bila pakai jenis boleh guna semula ni kita akan jaga elok-elok.

Cadangan saya lagi, kita sama-sama ingatkan kepada anak atau ahli keluarga yang nak masuk hutan supaya tahu cara menjaga kebersihan hutan. Masuk hutan dengan niat nak menikmati alam semulajadi ciptaan Allah. Kalau niat dah betul, insyaAllah tak berlaku masalah seperti yang saya nyatakan di atas tu.


Take nothing but memories, leave nothing but footprints.


8 comments:

  1. geram la klu org isap rokok then campak merata, tambah2 hutan.. sighhh

    ReplyDelete
  2. Bab facemask tu memang geramnya kitaaa

    ReplyDelete
  3. kalau dah memang jenis takde sivik kat mana pun mereka akan buang sampah dan menconteng kak... malu kat haiwan dalam hutan tu, manusia yang ada akal yang rosakkan hutan

    ReplyDelete
  4. Betul hutan kita ni boleh bersih jika semua masyarakat ambil kesedaran dlm pnjagaan hutan dan kebersihan..kan kakujie

    Bab facemask ni lg teruk..jgn kata hutan..merata2 kat jln saya nampak..

    ReplyDelete
  5. Itulah kesedaran jaga kebersihan kena dipupuk walaupun di mana berada.
    Hehe saya belum pernah masuk hutan sampai dalam.

    ReplyDelete
  6. Hutan yang menenangkan perasaan. Tak faham juga jenis yang suka buang sampah merata. Harapnya yang masuk ke hutan atau tempat awam sekalipun jaga kebersihan. Kalau bukan kita, siapa lagi.

    Selamat hari hutan antarabangsa :)

    ReplyDelete
  7. Susah nak beri kesedaran kepada mereka² yang sukar diberi kesedaran. Rasanya memang sudah tabiat dari kecil dan sukar diubah.

    ReplyDelete
  8. Sakit hati tengok sampah sarap.. Saya memang menyampah bila jumpa sampah sarap ditempat macam ni atau kawasan rekreasi.. payah sangat agaknya nak simpan dan buang di tempat yang sepatutnya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****