Sambal Pecel Sedap!
Sambal Pecel Nabila - campuran sambal hitam (kurang pedas) dan sambal merah (pedas). |
Kalau orang Jawa, pecel tu merujuk kepada hidangan sayuran dan gorengan yang dimakan bersama kuah kacang yang ditambah cekur (emm...sedapnya! Lama tak makan).
Sambal pecel dalam gambar ni pulak merujuk kepada sambal yang biasa dihidangkan dalam set nasi pecel lele (ikan keli) atau nasi ayam penyet. Sambal ni lah yang membuatkan hidangan nasi pecel lele atau nasi ayam penyet tu sedap dan istimewa.
Sambal Pecel ni saya beli dari sebuah kedai makan di Stadium Batu Kawan - Kafe MF Malindo. Selain menjual set nasi ayam penyet, mereka jual sambal pecel ni dalam botol dengan harga RM10. Memang sedap rasa sambal ni tau! Kat rumah saya masak lauk ringkas pun jadi laju makan bila ada sambal ni. Sebelum ni dah habis 2 botol sambal pecel, kali ni terus beli 2 botol untuk persediaan bulan puasa...hehe.
Khabar Dari Seberang Tambak
Baru-baru ni saya memutuskan untuk berhenti menjual tudung dan fokus kepada satu jenis jualan saja, iaitu menjual buku. Jadinya saya padam dan ‘sorok’ akaun jualan tudung saya di Facebook dan Instagram.
Tapi rupanya ada pelanggan lama yang masih mencari. Seorang pelanggan dari negara seberang tambak menghubungi saya bertanya perihal kedai tudung saya yang dah ‘hilang’ dari Instagram. Kak J namanya, antara pelanggan yang dah lama berurusan dengan saya sejak awal saya menjual tudung. Kak J ni baik orangnya, selalu belanja saya dengan cara melebihkan duit bayaran tudung.
Kak J bukan sekadar pelanggan biasa, tapi kadang-kala kami bertukar cerita tentang suasana di negara masing-masing. Macam situasi sekarang ni, Kak J bercerita di negaranya semua wajib terima vaksin dan sekarang sudah masuk kumpulan terakhir penerima vaksin. Yelah, negara penduduk tak ramai tentulah cepat siap berbanding negara kita.
Mungkin ini perbualan WhatsApp terakhir kami, memandangkan tiada lagi urusan jual beli tudung. Sengaja saya coretkan di blog sebagai satu kenangan.
Makan dengan nasi putih panas² pun sedap ni..
ReplyDeleteOh baru tahu Puan Ujie ada jual tudung juga. Tudung jenis apa?
ReplyDeleteWah ada sambal pecel. Senang ada sambal pembangkit selera.
Fokus jual tudung sarung chiffon layer.
Delete6 tahun jadi reseller. Skrg dah tutup buku. Hehe
Sambal pecel pelengkap hidangan.
ReplyDeleteTak jual tudung pun masih boleh bertanya khabar. Berkawan biar seribu. Hehe. Sedap nampak sambal, memang boleh buat menu ringkas sahur
ReplyDeleteNampak mengancam sambal tu..
ReplyDeleteSedapnya sambal kalau kena dengan selera kita. Ready made sambal ni senang buat stok kat rumah. Akak pun dah siap siap buat stok bulan puasa tu. Boleh lawan dengan ikan goreng ke ayam goreng sebagai pembuka selera gitu.
ReplyDeleteSedapnya sambal pecel...pecal pun saya suka..
ReplyDeletehuaaa sedap tapi klu pedas sngt tak mampu nak makan
ReplyDelete