Thursday, 10 December 2020

Muffin Mix Chocolate Chip Betty Crocker Menggunakan Air Fryer

Tak pandai buat mufin? Tak rajin nak campur bahan itu ini ikut resepi? Tapi teringin nak membakar mufin sendiri? Senang je zaman sekarang ni, kita beli la tepung premix...hehe.

Tepung premix pilihan saya - Muffin Mix Chocolate Chip Betty Crocker. Pertama kali cuba beli, sambil berdoa supaya ianya menjadik dan sedap di tekak sendiri.

Cara buat? Cuma perlu campur tepung dengan air, minyak sayuran (saya guna minyak masak) dan 2 biji telur. Lepas tu kacau biasa je menggunakan sudu, yang penting kita kasi adunan tu sebati. Senang je kan? Sesuailah untuk dapur rumah PP saya ni yang berkonsepkan minimalis (baca : cuma ada bahan masakan dan peralatan dapur yang sangat penting saja).

Lepas tu bolehlah masukkan adunan ke dalam cawan kertas kira-kira 3/4 penuh. Saya tak habiskan pun adunan tadi, cuma isi untuk 8 cawan je. Adunan selebihnya saya simpan dalam peti sejuk, bila-bila nak makan baru saya ambil sikit dan bakar. Sebenarnya saya tak pasti ok ke tak buat gitu, tapi saya buat jugak memandangkan yang tukang makan cuma dua orang.

Beginilah rupa adunan mufin dalam cawan kertas. Kat kedai saya pergi tu tak ada pulak cawan kertas yang besar, ambik jelah cawan kecik ni jadi mini mufin. Mufin ni saya bakar menggunakan air fryer sebab microwave oven tinggal di rumah NS.

Kiranya, saya buat dua percubaan - cuba buat mufin dengan tepung premix dan cuba bakar mufin menggunakan air fryer.

Untuk bakar mufin, saya set suhu 180° dan masa 10 minit. Ikut panduan pada air fryer saya, suhu 180° dan masa 12-14 minit. Saya kurangkan masa, kita tengok macam mana hasilnya.

Inilah rupa hasil pertama mufin menggunakan air fryer. Ermm...macam gelap sangat. Dan disebabkan tak letak cawan kertas ni dalam loyang khas, adunan mengembang dengan bentuk tak sekata dan tak meninggi.

Untuk bakar kali kedua dan seterusnya, saya kurangkan suhu kepada 160° dan masa kekal 10 minit. Saya juga taburkan walnut di atasnya, kasi meriah sikit rupa mufin tu.

Tekstur mufin. Lembut dan lembab di bahagian dalam, agak rangup di bahagian luar. Sedap! Cuma bagi tekak saya, mufin ni rasa terlebih manis.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan mufin menggunakan Muffin Mix Chocolate Chip Betty Crocker ni. Juga berpuas hati dengan hasil mufin yang dibakar menggunakan air fryer. Mudah sangat!

26 comments:

  1. Wow...boleh la SA buat nanti ni...macam menarik jer bakar guna Air Fryer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat SA..pelbagaikan penggunaan AF 😀

      Delete
  2. Nampak sedap je...
    Huwaaaa.... ni yang nak beli air fryer philips pulak nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada niat nak 'meracun' MrsA beli AF philips..hehe

      Delete
  3. Senangnya memasak sekarang ni. Semua dah ada instant.
    Nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Instant..untuk orang-orang yang kurang rajin macam akak 😄

      Delete
  4. Selalu dengar Betty Crocker cuma selalu tidak ternampak di rak pasaraya.
    Besar juga ruang air fryer, macam kitorang memang rasa tidak muat letak 8 mini muffin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betty Crocker tu boleh beli di Shopee jugak Na.

      AF tu mmg kami beli kapasiti besar, berangan nak bakar ayam sekor.

      Delete
  5. ni one of the reason kena beli air fryer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..betul, kalau cukup reason barulah boleh beli kan.

      Delete
  6. Senangnya kalau ada air fryer kan. Nak dengan tak nak buat jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat anak Amie yang rajin masak kuih muih guna AF :)

      Delete
  7. wahh..sedapnya..cantik kejadiannya..

    ReplyDelete
  8. Senanglah macam ni dah ada ready made tepung. Cuma bancuh dengan air,minyak dan telur je. Kejadian muffin pun nampak elok benar tu. Boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. mudah sgt ni guna air fryer..tq for sharing

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****