Tuesday, 22 December 2020

Mencerap Musytari 'bertemu' Zuhal (Great Conjuction)


Malam tadi (21.12.2020) merupakan hari yang bersejarah dalam dunia astronomi di mana berlakunya fenomena lintasan/konjungsi unggul (great conjuction).

Fenomena ini dinamakan sedemikian kerana planet Musytari (Jupiter) dan Zuhal (Saturn) berada pada kedudukan paling dekat antara satu sama lain dalam tempoh 397 tahun (kali terakhir lintasan sedekat ini telah berlaku pada 16 Julai 1623).

Pada tarikh ini (malam tadi), kedua planet ini akan kelihatan menyentuh antara satu sama lain jika dilihat dari bumi.

Hasil cerapan saya malam tadi. Gambar diambil pada pukul 7.56 malam.

Menurut info, fenomena ini bakal berlaku selepas waktu Maghrib sehingga waktu Isyak. Lebih tepat, selepas matahari terbenam dan berakhir kira-kira pukul 9 malam.

Maka selepas solat Maghrib, gigihlah saya duduk di pintu rumah menghadap langit terbuka arah barat untuk mencerap langit. Jelas kelihatan di atas sana seperti sebutir ‘bintang’ yang terang dan bersaiz besar tanpa kerlipan. Itulah planet (tak pasti planet Musytari atau Zuhal). Tapi cerapan mata kasar saya gagal mengesan sebuah lagi planet. Sama ada kedua-duanya sudah terlalu berdekatan sehingga saya nampak seperti sebuah planet (kelihatan bercantum), atau memang sebuah planet lagi ‘bersembunyi’ di balik awan.

Keindahan yang saya saksikan ni tidaklah lama, ia kemudiannya mula ditutupi awan dan hilang dari pandangan. Saya mencerap langit sehingga waktu Isyak, tapi nampaknya langit makin gelap dan harapan makin tipis. Alhamdulillah tadi berkesempatan jugak, walaupun tak dapat lihat dua buah planet secara jelas.

Bila lagi boleh lihat Musytari ‘bertemu’ Zuhal? Lagi 20 tahun, ia sentiasa berulang. Tapi, fenomena lintasan unggul paling dekat seperti kali ini hanya akan berlaku pada 15 Mac 2080. Hmm...terlalu lama tu.

Bacaan lanjut mengenai fenomena ini di FalakOnline.net.


12 comments:

  1. SubhanAllah..cuba cerap juga di kawasan saya ni tapi awan tebal, tak nampak planetnya. #salam perkenalan follow sini :)

    ReplyDelete
  2. Allahu 397 tahun baru baru ada ...2080 ? Tak tahu kat mana saya masa tu

    ReplyDelete
  3. ruginya tak tahu.. kalau tak boleh tgk smlm :(

    ReplyDelete
  4. Alahai pengsan selepas Maghrib.
    Hehe lagipun tidak tahu ada kejadian begini.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah .. ada plan nak tgk2 langit juga semalam .. tapi lupa :-)

    ReplyDelete
  6. awan berarak mendung ni..apa pun tak nampak

    ReplyDelete
  7. terimakasih diatas info bermanfaat ini., kalo dpt tgk guna telescope kat balai cerap tu lagi canggih kann., ;p

    ReplyDelete
  8. lamanya nk tunggu.. tak dpt la nk tgk. huhu

    ReplyDelete
  9. Subhanallah!
    Ilmu Allah tak dapat dibayangkan.

    ReplyDelete
  10. Masha'Allah. Dengan kuasa Allah, apapun boleh terjadi.
    Alhamdulillah akak berpeluang tengok fenomena ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****