Tajuk : MOGA BUNDA DISAYANG ALLAH
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Republika
Tahun terbit : 2006 (cetakan XXXII Nov. 2019)
Jumlah muka surat : 306
Harga : RM38
Sebuah lagi karya Tere Liye, penulis dari Indonesia yang selesai saya nikmati. Penulisan yang diinspirasikan daripada kisah benar Helen Adams Keller (Alabama, 1880 - 1968) - seorang penulis, aktivis politik dan pensyarah dari Amerika. Helen Keller merupakan orang pekak dan buta yang pertama berjaya menamatkan pengajian di universiti.
Pembacaan saya pada awalnya agak terganggu dek terbayang watak dan babak dalam filem The Miracle Worker (filem berinspirasikan kisah hidup Helen Keller) yang pernah saya tonton sekitar awal tahun ini. Suami isteri dari golongan atasan, anak perempuan yang buta serta pekak dan guru perempuan. Bezanya dalam novel Moga Bunda Disayang Allah ini, penulis meletakkan watak seorang lelaki sebagai guru.
Novel ini mengangkat kisah anak kecil bernama Melati yang menjadi pekak dan buta disebabkan satu kemalangan sewaktu percutian keluarga. Bertahun-tahun ibu dan ayah Melati mencari solusi untuk permasalahan Melati, namun semuanya buntu. Sehingga akhirnya Bunda (ibu Melati) meminta pertolongan dari Karang, seorang lelaki dengan sejarah hidup yang menyedihkan namun mempunyai keistimewaan berinteraksi dengan anak kecil.
Di sinilah kita dapat menyaksikan kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan Karang untuk membantu Melati ‘keluar’ dari dunianya yang gelap dan sepi, disamping dirinya sendiri sedang melawan trauma peristiwa pahit masa lalu yang sering mengganggu. Di sini juga kita dapat merasakan kasih sayang Bunda yang tak pernah berhenti berharap melalui doa-doanya yang tak putus buat Melati.
Kisah yang sangat menyentuh hati dan penuh nilai-nilai murni - jangan pernah merasa putus asa, jangan pernah berhenti bermohon kepada Allah, berhentilah merasa kecewa atas sesuatu yang berlaku di luar kawalan kita dan hiduplah dengan rasa syukur.
“Ya Allah, apakah kesabaran itu ada batasnya? Jika ada, maka apa ia tetap bisa dibilang sabar jika sudah tiba dibatasnya? Ya Allah, apakah beban yang kami pikul ada batasnya? Seperti janji-Mu dalam kitab. Jika ‘ya’, kami sungguh tidak mengerti di mana batasnya. Ajarkan kami. Berikan label berapa persen seperti petunjuk speedometer mobil untuk setiap ujian, untuk setiap kesabaran, dengan demikian hati kami pasti lebih kuat” - Bunda (petikan halaman 173)
Dari Novel Ke Layar Perak
Pada tahun 2013 novel ini telah diangkat ke layar perak di Indonesia. Sehingga catatan ini ditulis, saya masih belum dapat menonton filem Moga Bunda Disayang Allah. Tak jumpa nak tonton di mana.
Selain filem The Miracle Worker (1962), filem dari India berjudul Black (2005) juga berinspirasikan kisah hidup Helen Keller. Di penghujung novel ini, penulis menyebut bahawa penulisan beliau adalah berdasarkan filem Black. Barulah saya tahu mengenai filem Black, habis baca novel terus cari filem Black...hehe.
The Miracle Worker dan Black saya tonton di YouTube. Bagi saya, sama ada membaca novel ini atau menonton filem-filem tersebut, setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri dan sangat menyentuh hati.
OST Moga Bunda Disayang Allah
nice. tq for sharing.
ReplyDeleteaida tidak suka membaca novel.
namun, kerap membeli novel utk anak sulung.
kebetulan, baru je belikan Matahari by tere liye.
anak jatuh cinta dgn penulisan tere liye ni.
Matahari...buku dalam siri Bumi. Memang best! Walaupun sesuai untuk remaja, saya yang remaja purba ni pun minat jugak 😁
DeleteKarya Tere Liye semuanya best pada saya.
Suka cerita menyentuh hati dan buat kita terfikir (merenung).
ReplyDeleteTulah kebaikan membaca...berfikir dan ambil sesuatu.
DeleteKisah benar selalunya menginspirasi Mrs. A.
ReplyDeleteNak carilah citer ni nanti
Selamat menonton dan mendapat inspirasi.
Deletebagus tere liye ni kan, pandai market international ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMcm best je buku Moga Bunda Disayangi Allah Dari perkongsian ujie ni..
ReplyDeleteMana nak dpt buku ni ye..
CH boleh beli di ig : warungkakibuku.
Deletebegitu mmberi inspirasi Helen Keller...kasih ibu tiada batasnya..penulisan yg menyentuh hati & perasaan..
ReplyDeleteCerita yg berdasarkan kisah benar ni mmg best.. sebab kebanyakan story mesti ade motivasi dan liku2 kehidupan..tersentuh dengan kata2 bunda yg berdoa tu.. 😢. Nt nk cr filem black la dr utube..
ReplyDeleteKisah-kisah berdasarkan kisah benar ni biasanya akan buat kita tersentuh. Banyak pengajaran yg boleh kita dapat. Menarik ni.
ReplyDeleteWah macam best je ni.. banyak benda yang kita boleh belajar dari cerita kisah benar ni. Terfikir juga bagaimana cara orang yang buta dan pekak meneruskan hidup.
ReplyDeleteMenariknya cara kak ujie review :)
ReplyDeletemenarik minat saya utk baca dan baca lg..
Terima kasih Shida 😊
Deletecomel cover novelnya.. pasti kandungannya juga amat menarik :)
ReplyDeleteJalan cerita yang menarik yang menyentuh hati pembaca. Dapat tengok cerita ni mesti best kan kak.
ReplyDeletebaca review pun best... kesian juga melati. perasan pokok fig! heheh suburnya
ReplyDeleteHehe..pokok kesayangan suami akak tu.
Deleteaduh, review ni best betul baca..tapi nak baca buku tu la.. kena ambik mood...
ReplyDeleteAda satu novel Tere Liye yang saya sangat suka : Daun Yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin.
ReplyDeleteaku izin ambil fotonya ya untuk sekolah ya, ka. wm tak kan aku hapus, terima kasih 😄
ReplyDeleteOK, sama-sama 😉
Delete