Tuesday, 12 May 2020

Komet

Tajuk : Komet
Penulis : Tere Liye
Penerbit : PT Gramedia Pustaka Utama
Tahun terbit : 2018 (cetakan ke-6, 2019)
Jumlah muka surat : 372
Harga : Rp95.000


Buku ni sebenarnya dah lama dibeli, iaitu sekitar Mac 2019 di Indonesia. Sengaja saya lewatkan pembacaannya memandangkan ini sahajalah karya Tere Liye yang ada pada saya (yang masih belum dibaca). Membaca hasil penulisannya seakan 'vitamin' bagi saya (buat masa ini), selagi boleh saya tak mahu habiskan jika masih belum ada stok buku baru penulisan beliau. Hehe...

Komet merupakan sebuah novel genre fiksyen sains dan fantasi, buku ke-5 dalam siri Bumi. Yang sebenarnya buku ke-6, sebab ada satu judul tu merupakan buku ke-4.5 dalam siri ini. Hmm...memang unik! Novel siri Bumi ini merupakan bacaan yang sesuai untuk remaja, tapi tak salah jika makcik-makcik seperti saya turut membaca dan meminatinya. Ya, saya suka baca pelbagai genre.


Kehidupan Berbeza Dimensi
Siri Bumi mengangkat kisah pengembaraan tiga sahabat iaitu Raib, Ali dan Seli ke dimensi kehidupan yang berbeza - bumi, bulan, matahari, bintang dan komet. Imaginasi penulis membawa kita (pembaca) untuk turut membayangkan kehidupan penduduk di dunia lain yang berbeza dengan penduduk bumi.

Dalam buku Komet, tiga sahabat ini melalui pengembaraan menuju Klan Komet dalam usaha mereka mencari suatu pusaka terhebat di dunia paralel. Mereka terperangkap di Kepulauan Komet yang penuh dengan pelbagai misteri. Mereka menemui Pelaut Kay, Kakek Key, Petani Kay, Dorokdok-dok, Pemimpin Otoritas Pulau Hari Jumaat dan Paman Kay - manusia berwajah serupa di pulau yang berbeza. Aneh!

Tiga sahabat ini juga melalui pelbagai ujian - kejujuran, kebaikan hati, kesabaran, kepintaran, keikhlasan, kekuatan dan melepaskan. Menerusi penceritaan yang menarik, penulis turut mendidik kita secara tak langsung tentang bagaimana sikap yang baik dalam menghadapi satu-satu situasi.

Antara isi buku.
Saya seronok membaca buku begini, seolah-olah kita ikut sama mengembara ke dunia aneh yang tak terjangkau dengan imaginasi sendiri. Kadangkala mendebarkan, kadangkala terasa lelah dan kadangkala terhibur dengan gelagat Ali. Tak sabar nak membaca sambungannya - Komet Minor, yang masih belum saya beli.


"Berhati-hatilah selalu. Di dunia ini ada banyak hal yang kita lihat tidak seperti terlihat. Ada banyak yang kita kenal, tapi tidak seperti yang kita kenal"
- Paman Kay, Komet -





.

12 comments:

  1. Menarik..mngkin faktor bahasa /vocabulary sedikit terbatas..tapi masih boleh faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..mungkin tak boleh faham 100%, kadang2 search internet utk cari maksud..hehe

      Delete
  2. I would definitely buy this because of the cover. hehe

    ReplyDelete
  3. cover dia macam ala2 zaman purba. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Silah tak ckp, akak tak perasan pun. Mmg betul la tu..hehe

      Delete
  4. Rajin ya membaca...saya suka cerita penyiasatan bila baca buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat buku penyiasatan yg saya suka baca masa kanak2 - siri 5 penyiasat, Enid Blyton.

      Delete
  5. susunan kata kata di dalam bahasa indonesia juga enak didengar.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Done follow #610. Wah, saya tak pernah baca karya Tere Liye ni. Macam best, buku pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, ya..buku yg best bagi akak. :)

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****