Beberapa hari ni kawan tayang Bingka Labu buatannya, kebetulan kat rumah ni memang ada labu. Terus rasa nak cuba buat jugak, walaupun Bingka Labu bukanlah kategori kuih yang diminati. Saya buat carian di internet, pilih-pilih nak ikut resepi mana satu. Lepas tu check bahan hampir semua ada atau ada bahan pengganti, kecuali esen vanila dan bijan. Ah...buat jugaklah walaupun tanpa dua bahan tu. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak bolehlah sikit-sikit nak keluar cari barang, pakai jelah apa yang ada.
Saya pilih ikut resepi dari blog yatiememories. Saya catatkan semula di sini untuk mudah saya rujuk pada masa akan datang. Untuk bahan-bahan saya ambil terus dari blog beliau, manakala untuk cara-cara tu saya sesuaikan dengan cara saya.
BINGKA LABU LEMAK MANIS
=========================
Bahan-bahan :
- 2 biji telur
- 2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan 200ml dan air biasa)
- 1/2 cawan susu cair (saya guna Dutch Lady Full Cream Milk)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir halus
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanila (saya tak letak, tiada stok)
- 2 sudu besar butter / minyak sapi (saya guna minyak masak)
- 2 cawan labu yang telah direbus, tos dan dilecek (saya kukus dan lecek)
- sedikit bijan untuk ditabur di atas permukaan kuih (saya tak letak, tiada stok)
Cara-cara :
- Kupas kulit labu, potong kecil dan kukus sehingga lembut. Lecekkan dan sukat untuk 2 cawan.
- Dengan menggunakan blender, satukan semua bahan di atas (kecuali bijan). Kisar sehingga sebati dan halus.
- Tuang adunan ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar (saya guna Panasonic Microwave Oven - terus masukkan dan tekan auto menu 'CAKE').
- Dah masak, biarkan sejuk sekitar 2-3 jam sebelum dipotong.
* labu yang dilecek tu saya bahagi dua. Satu bahagian saya blend sekali, manakala satu bahagian lagi saya cuma masukkan dalam adunan dan dikacau rata. Tujuan supaya masih ada tekstur labu pada bingka tu nanti.
* preset time untuk auto menu kek pada microwave oven saya adalah 45 minit. Dah siap tu saya tekan sekali lagi auto menu kek untuk tambahan masa selama 15 minit. Tujuannya supaya permukaan bingka lebih berkerak.
------------------------------------------
Saya kukus labu guna Philips Pressure Cooker (PPC). Letak labu atas dulang pengukus, bawahnya letak sedikit air. Tutup periuk - tombol SEAL - mode STEAM/STEW - set KPT 10 mins - Start. Hasilnya labu sangat lembut. Dalam gambar di atas ni yang dah siap kukus.
Adunan yang dah dikacau rata dengan satu bahagian labu lecek. Masuk dalam loyang non stick, tapi sebab risau kot la melekat jugak maka saya sapu dengan marjerin.
Inilah hasilnya....BINGKA LABU. Ni saya potong selepas lebih 2 jam. Itu pun masih terasa hangat. Kenapa tak boleh potong panas-panas? Sebab bingka belum mengeras, potong jadi tak cantik. Juga gunakan pisau plastik supaya tak melekat dan potongan cantik. Lagi pulak loyang non stick memang tak bolehlah guna pisau biasa.
Alhamdulillah...saya agak puashati dengan hasil percubaan kali ni. Cuma, disebabkan tak letak esen vanila maka ada berbau telur sedikit. Takpelah, lain kali boleh buat lagi dengan bahan yang lengkap. Saya ni jarang sangat buat kuih/kek, tu pasal tak simpan esen vanila bagai. Tiba-tiba masa PKP ginilah rajin nak masak itu ini...huh!
Assalamualaikum...saya suka juga labu...lepat labu biasa makan..bengkang ni boleh cuba nanti...goreng labu pun sedap..macam goreng keledek
ReplyDeletewa alaikum salam, wah..goreng labu, tak pernah try.
DeleteWak memang suka bingka labu ni.
ReplyDeleteBingka ubi pun suka.
Wak mesti senang nak makan selalu kan...Wak tanam sendiri semua tu. :)
Deletesedapnya ujie cuma kak ana tak berapa tahan makan labu ni semput :)
ReplyDeleteAlahai..takpe kak Ana, merasa sikit pun cukuplah kan..
Deletehmmm...lama tak makan bingka. Kena pulak saya memang tgh rindu nak makan labu lol
ReplyDeleteAlamak...sian sis.
DeleteMoga ada rezeki ya :)