25 tahun sudah berlalu...
Ekspedisi Gunung Angsi 1 Ke Arah Tahun 2000 Sempena Pelancaran Gaya Hidup Mencintai Alam dan Cintailah Gunung Kita.
10 Julai 1994 - buat pertama kalinya saya melakukan aktiviti pendakian. Waktu tu saya berada dalam tingkatan 4 di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Aktiviti anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini memerlukan penyertaan dari sekolah-sekolah. Saya dan kawan-kawan hadir bagi mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sekolah kami.
Yang saya ingat, pagi hari tersebut semua peserta berkumpul di kawasan hadapan Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Taklimat diberikan dan diikuti sesi senaman untuk memanaskan badan. Kami kemudiannya berjalan ke satu tempat lain untuk memulakan pendakian.
Walaupun masih di usia muda, aktiviti pendakian tersebut tetap membuat saya rasa lelah. Tambahan pulak, saya bukan budak yang aktif bersukan. Sering kali bila langkah terhenti, pasti ada suara-suara yang memberi semangat...'dah dekat...sikit lagi!'.
Sampai di puncak, peserta boleh berehat sambil menikmati makanan yang disediakan oleh penganjur. Sayangnya....tiada gambar saya semasa di puncak. Zaman tu belum ramai yang ada kamera, handphone camera lagilah tak wujud! Hahaa. Maka, tiadalah gambar sebagai kenangan dan bukti dah sampai puncak Angsi. Mujur ada sijil, itu je kenangan dan bukti yang ada.
Semasa bergerak turun, ada satu ketika di mana saya terpisah daripada kawan dan peserta lain. Entah macam mana, sedar-sedar depan dan belakang takde orang. Mungkin kerana terlalu fokus pada laluan dan halangan sepanjang jalan, sampai tak perasan diri keseorangan. Mujur takde kejadian buruk berlaku masa berjalan seorang diri.
Alhamdulillah selamat turun di kawasan perkelahan Ulu Bendul. Saya tak ingat catatan masa yang tepat, yang pasti masa sampai bawah sudah pun masuk waktu Zohor.
-------------------------------------------------------------
Begitulah kisah pendakian pertama saya, bukan sebab minat tetapi sebab ikut program sekolah. Selepas itu, saya mula jatuh hati pada aktiviti ini dan meneruskannya semasa saya di universiti. Insya Allah saya akan catatkan dalam blog sebagai satu perkongsian pengalaman dan kenangan sendiri. Walaupun tak banyak, tapi saya cukup berpuas hati dengan pengalaman yang dilalui.
Selepas tamat universiti, aktiviti pendakian terhenti sama sekali. Masing-masing sibuk membina hidup. Cuma beberapa tahun terakhir ini, minat saya muncul kembali. Saya kembali mendaki pada Disember 2017 dalam usia 39 tahun, dan Bukit Batu Putih di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan menjadi puncak pertama.
Sebenarnya seronok mendaki..dulu rajin juga ramai-ramai mendaki..sekarang dengar cerita sahaja kawan-kawan mendaki dan berkongsi pemandangan indah.
ReplyDeletebila beramai-ramai tu yang seronok kan...
DeleteAcik masa sekolah pernah jugak mendaki ni ujie.gunung tampin sekali..gunung datuk 7 kali.masa sekolah la..lepas sekolah tak pernah dah
ReplyDeletewah...sampai 7 kali kak! kira dulu akak kaki panjat gunung jugaklah ni ya.
Deletesaya baru sekali naik g.datuk, camping 1 mlm.
wahhh salute ngn org yg mendaki tuh, kt opis pun ada jgk yg suka mendaki bukit... syok tgk kalau dia share gambar puncak yg di daki tuh, cantik betul walaupun nk sampai tu mmg sangat2 mencabar
ReplyDeleteview di puncak itulah pembakar semangat mendaki. :)
DeleteMasa sekolah dulu..memang selalu dapat peluang mendaki mendaki...camping... tap lepas masuk u... terperuk kat rumah sewa dan kolej kediaman aje... lepas kawen, mmg takde outdoor activity langsung....hehehe
ReplyDeleteterbalik lah dgn akak ni Yan, akak kat sek tu jelah 1x. Bila masuk U jumpa geng sekepala, terus aktif masuk hutan/camping.
DeleteWah! Saya pernah kena mendaki dulu tapi tak suka.🙂
ReplyDeletehehe...belum cuba belum tau, elok lah dah cuba tu kan.
Delete