Friday, 14 June 2019

Ke Cameron Highlands Melalui Sungai Koyan

Selama ini kalau ke Cameron Highlands (CH), saya dan suami akan melalui Jalan Tapah atau Jalan Simpang Pulai. Rupa-rupanya kita juga boleh ke CH melalui Sungai Koyan, baru kali ini kami tahu. Ketinggalan sungguh! 😄

Sekitar seminggu sebelum Ramadhan (harap tak basi lagi cerita ni..haha!), kami ke Sungai Koyan, Pahang atas urusan kerja suami. Masa inilah baru tau adanya Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands. Menurut info, untuk ke Tanah Rata cuma perlu 1 jam lebih sahaja. Kami pun ambil keputusan mencuba laluan ini buat pertama kali. Naik - makan di YZ Agrofarm, Taman Sedia - turun kembali ke Sungai Koyan. Sekejap je di CH sebab ada urusan lain menanti. Memang terasa lebih mudah berbanding melalui Jalan Tapah atau Jalan Simpang Pulai.

-----------------------------------------------------

Menjelang 1 Ramadhan (lebih tepatnya pada hari Ahad, 5 Mei 2019), kami berkesempatan sekali lagi untuk ke CH melalui Sungai Koyan. Kali ni saya ada snap pic, bolehlah buat catatan di blog. Tapi ada gambar tak berapa terang sebab dah lewat petang dan gerimis di beberapa tempat.

Jalan yang luas, lapang, kurang pendakian dan kurang selekoh tajam. Juga sangat kurang kenderaan. Sesekali kelihatan penduduk orang asli berjalan kaki atau menaiki motor. Seronok saya melayan mata melihat hijau alam. 😍

Melalui beberapa penempatan moden orang asli. Ini salah satunya.

Juga terdapat Empangan Susu (di bawah projek Empangan Hidro Ulu Jelai) di sebelah kanan jalan menghala ke CH. Gambar ni diambil semasa dalam perjalanan balik keesokan harinya, kebetulan ada ruangan yang selamat untuk kami berhenti sebentar melihat-lihat.

Sebahagian pemandangan tasik empangan yang menarik perhatian saya! Gambar ini juga diambil semasa dalam perjalanan balik. Snap pic dari dalam kereta je.

Setelah melalui perjalanan yang sunyi, kami tiba di pekan Lembah Bertam yang sibuk dengan aktiviti ekonominya. 

Perjalanan diteruskan sehingga sampai simpang tiga ni. Ada stesen minyak Shell. Belok kiri - Tapah/KL dan belok kanan - Tanah Rata/Brinchang. Kami ambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba di sini dari simpang Sungai Koyan, dengan jarak sekitar 80 km.

[info] Laluan Persekutuan Malaysia 102, juga dikenali sebagai Jalan Ringlet - Sungai Koyan atau Jalan Sungai Koyan - Cameron Highlands. Ia merupakan sebuah laluan persekutuan sepanjang kira-kira 80 km yang terletak di Pahang. Siap dibina pada tahun 2010 sebagai laluan masuk ketiga untuk ke Cameron Highlands selepas laluan Tapah dan laluan Simpang Pulai. Dengan adanya laluan ini, pengunjung dari Pahang boleh mengunjungi Cameron Highlands tanpa perlu keluar dari Pahang. 

Alhamdulillah....perjalanan lancar, kami tiba di Tanah Rata dengan catatan masa sekitar 1 jam 20 minit (catatan masa bermula dari simpang Sungai Koyan).

Saya agak teruja dengan trip CH kali ini, kerana buat pertama kali nak merasa menunaikan solat tarawih di tanah tinggi. Insya Allah kalau rajin, saya akan tulis catatan 1 Ramadhan di CH.

Ok, setakat ini sahaja catatan secara ringkas perjalanan ke CH melalui Jalan Sungai Koyan. Laluan alternatif bagi yang nak jimatkan tol, nak laluan yang lebih santai atau sekadar nak merasa pengalaman berbeza.






.

35 comments:

  1. mmg dekat, sbb adik ipar org sungai koyan... mmg mudah utk pergi CH... cumanya nk ke sungai koyan tu pun agak jauh la kalau dr kl nih kan... masuk ke dalam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terasa lebih jauh sebab ikut jalan dalam. Cuma senang masa nak naik CH dan jimat tol je lah.

      Delete
  2. Kalau dari Tanjong Malim, ok ke lalu sungai koyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ok..jarak/masa perjalanan lebih jauh. Kalau dari KL tak banyak beza.
      kecuali memang nak mencuba laluan sg koyan, ok je. hehe

      Delete
    2. lalu skoyan untuk tukar² pemandangan semasa memandu, jauh dkat xde masaalah..jnji happy utk melancung..melainkan kita mmg tugasan ulang alik ke ch..

      Delete
  3. lama sgt dah tak ke CH. macam teringin lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah bertahun tak ke sana. dah ada perubahan...

      Delete
  4. Pernah Naik CH melalui sini & setuju👍...memang lebih enjoy berbanding jln Tapah @ Simpang Pulai

    ReplyDelete
  5. Pernah lalu sini balik dari CH ke kg en suami. Lebih selesa dan x berliku mcm jalan tapah dgn simpang pulai tu. Cuma jalan ni kurang kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..jangan lalu waktu dah gelap, seram dan merisaukan.

      Delete
  6. orang raub yang dah tak berapa jauh nak ke koyan dan ke CH ni pun tak pernah lagi ke sana.... tunggu anak besar sikit katanya...

    ReplyDelete
  7. i love CH, uji.
    byk kali pergi pun ok jer.
    tapi tu la, dari melaka, jauh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dari melaka, mana lebih dekat kalo ke ch...lalu sg koyan ke lalu tapah

      Delete
    2. CLA : kalau dari melaka, dari segi jarak dan masa memang lebih mudah ikut Tapah. Kecuali saja nak merasa laluan Sg Koyan, bolehlah ikut situ :)

      Delete
  8. assalam..kalau sy dr ipoh nak ke kuantan..ok x lalu jalan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam cik ila, bagi saya TAK OK sebab perjalanan akan jadi lebih panjang dan banyak lalu jalan biasa. Cik boleh guna apps Google Maps untuk lihat cadangan laluan.

      Delete
  9. kalau dari kl nak lalu ikut sungai koyan ni, masuk dari mana? perjalanan makin jauh ke? nak ride dgn wife ke cameron esok. ad stesen2 minyak x area jalan situ? maaf byk bertanya, sbb musim hujan dan tanah runtuh sekarang, agak merisaukan utk lalu ikut tapah. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari KL, exit Bentong. Akan lalu jalan kampung.

      Sebelum masuk simpang jalan Sg Koyan-CH ada stesen minyak.

      Jln Sg Koyan-CH kalau musim hujan pun ada runtuhan jalan. Hati-hati.

      Delete
  10. salam.. sy akan ke CH esok.. dari Kl Exit bentong, then lalu jln kg sehingga mana?? normally kl ke CH ikot jln sg koyan ni akan ambil masa berapa lama utk smpai ke CH??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam, lepas bandar Bentong tu memang lalu jalan kampung sehingga ke CH.

      Maaf, tak pasti tentang masa. Encik boleh guna aplikasi Google Maps untuk lihat anggaran jarak & masa.

      Delete
    2. br blk dr CH ikot jalan Sg Koyan. wehhh jalan ni terbaekk lah!! drive dr kl tau2 sampai. dr kl jam 9am, smpai CH Jam 1.30pm. jalan lgsg takde selekoh teruk.. selekoh pon mcm anak2 simpang je.. jauh beza betul dgn tapah & spg pulai.. jalan luas , kereta ada sebiji dua je. trafik light blh kira dgn jari, jalan pulak tak bz lgsg.. terbaekkk betul jalan ni.. aku jd tekejut tiba2 sampai CH pdhal ikot tapah/spg pulau bebulu nk smpai atas..

      Delete
  11. Jika saya dari melaka..nak ikut sungai koyan..ambik masa berapa lama ya...dan dari sungai koyan nak ke CH pulak berapa lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk anggaran jarak dan masa, cik boleh gunakan apps Google Maps. Kemudian tambah la dalam sejam dua untuk masa kita berehat atau pemanduan perlahan.

      Dari simpang jalan Sg Koyan ke Tanah Rata, saya ambil masa 1j 20min.

      Delete
    2. sy br blk dr CH.. perjlnan dr KL 9am, smpai CH 1.30pm.. KLU DR Melaka, try tambah lg 2 jam.

      Delete
  12. Terbaik info puan. InsyaAllah Khamis ni akn ke Cameron Highland. Call balai polis simpang pulai, anggota maklum jalan simpang pulai-cameron masih ditutup untuk pembaikan akibat tanah runtuh tempoh hari. Deside untuk ikot Tapah, terbaca info dari blog puan terus tukar cadangan untuk ikot route Sg Koyan ni. Anyway tq for sharing info sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Moga lancar perjalanannya.

      Delete
    2. dari sg koyan nk masuk ke LPT...kena ikut mana ?

      Delete
    3. Kalau dari Sg Koyan nak masuk LPT, kena ikut Raub.

      Boleh gunakan apps Google Maps sebagai panduan perjalanan. Masukkan carian destinasi - directions - lokasi bermula.

      Harap jawapan ini membantu :)

      Delete
  13. Plan nak ke CH esok.. Nak tey lalu Sg Koyan ke CH. Musim. Hujan ni bahaya ke lalu situ dan selalu ke tanah runtuh? Dari KL, dr Bentong terus ke Raub baru SG Koyan ke.. Sorry tak pernah lalu. Raub banjir ke? TQSM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KL-Bentong-Raub-Sg Koyan.
      Berhati-hati bila lalu jalan ke CH pada musim hujan, mungkin ada runtuhan jalan. Pasal banjir, maaf saya tak dapat pastikan.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****