Tuesday 11 June 2019

Inilah Raya!

Salam Syawal ^_^

Tanda-tanda hari raya semakin hampir - bila orang datang 'munjung'. Ini juadah munjung oleh kakak saya, dihantar ke rumah beberapa hari menjelang Syawal. Rajin sangat kakak saya ni siap buat ketupat tradisional yang dianyam sendiri. Memang lain macam perasaannya bila makan! Munjung ni biasanya berbalas, tapi saya balas dengan kuih raya je sebab saya tak buat masak-masak untuk munjung.

[info] Munjung adalah tradisi Jawa yang bermaksud bertukar juadah sesama saudara-mara (terutamanya yang muda memberi kepada yang lebih tua) dan sesama jiran tetangga menjelang hari raya atau pada pagi hari raya. Juadah yang diberi biasanya adalah menu raya (ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang, sambal goreng).

Semasa zaman saya kanak-kanak dulu, munjung biasa dilakukan pada pagi hari raya dan diberi dalam mangkuk tingkat aluminium (jika jarak rumah jauh) atau diletak dalam satu dulang (jika rumah berhampiran). Kini untuk lebih praktikal, orang munjung guna bekas pakai buang je dan dilakukan sebelum hari raya.


Bila hari raya - kedai dobi sesak sana sini. Yelah..bila semua berkumpul di kampung, memang leceh nak membasuh dan tak cukup ampaian nak menyidai. Kenalah plan nak pergi waktu bila untuk elak menunggu terlalu lama.


Selain kedai dobi, kedai/gerai menjual sarapan pagi juga antara tempat yang sibuk. Sebab tak banyak orang meniaga di hari raya, maka yang sedikit itulah menjadi tumpuan. Kena datang awal pagi untuk pastikan makanan masih banyak pilihan dan tak menunggu lama. Masa ni dah 4 Syawal, malas nak masak-masak sebab ahli rumah dah tak ramai. Beli kat sini dapatlah merasa nasi lemak dan nasi ambeng.


Dan yang paling rasa terseksa - sesak di jalan raya! Terutamanya masa nak kembali dari kampung. Tak rayalah kalau jalan raya tak sesak kan...ehee!


Inilah Raya! Ada kegembiraan dan ada yang menuntut kesabaran.
Semuanya bakal menjadi kenang-kenangan. Entah bagaimana cara kita melalui hari raya pada masa hadapan. Segalanya mungkin berubah seiring peredaran zaman.

13 comments:

  1. aah la...kalau belah mak mentua saya..kalau hari raya pertama tu...setengah hari duduk dapur je uruskan lauk pauk dan berbalas munjung...
    haishh...tahun depan nak cadang kat mak...2 hari sebelum raya kita munjung satu kampung siap2.
    hari raya kita ziarah kubur dan ambik gambar dan makan makan dan salam salam dan borak borak...
    penat uruskan makanan dan membalas munjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Yan, dulu2 kami gitu jugak. Kena masak banyak untuk makan pagi raya dan untuk munjung. Lepas tu sibuk mengagih di pagi raya. Kelam kabut!

      Bila dah ubah cara ni, memang terasa senangnya. Lagi pun hari raya masing-masing pun ada juadah, jadi tak terhabis makanan banyak sgt org munjung. Bagi masa puasa, boleh lah buat buka/sahur. :)

      Delete
  2. salam syawal...maaf zahir batin ujie. oh bagus juga amalan tu kan, saya tiada amalan macam tu. alhamdulillah tahun ni pergi dan balik dari kampung ak sangkut dalam kesesakan langsung sebab balik awal sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal :)
      yelah kan..thn ni cuti sek awal. ramai yg balik kg awal. mudah.

      Delete
  3. Selamat hari raya ujie.. lama x jenguk blog ujie 😊😊

    ReplyDelete
  4. entry kita kali ni sama lah kak, dana pun cerita pasal munjung jugak...
    sempat lah 3 hr sebelum raya aritu abah bt munjung... pnt tp seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak seronok kalau munjung...sebab jumpa sedara mara :)

      Delete
  5. kampung aida, sarapan kena beli awal.
    after 8 pagi, kekadang da abis tau :)
    itu yg abg ipar sulung, keje dia tiap kali raya, pembeli sarapan selepas subuh :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****