Thursday 13 September 2018

Dari Pajam ke Pengkalan Hulu

09.09.2018 | Ahad
Bersempena cuti panjang (sempena Hari Keputeraan YDP Agong dan Awal Muharram), saya dan suami memulakan perjalanan ke Pengkalan Hulu. Sebuah tempat yang tak pernah kami jejak.

Kalau tengok Google Maps perjalanan akan mengambil masa kira-kira 5 jam dari rumah kami di Pajam, Negeri Sembilan. Kami keluar rumah sekitar pukul 7.10 pagi, kena awal sebab ni cuti panjang mesti banyak kenderaan kat jalan. 

Selepas menyinggah ke Bangi sebab hantar barang ke rumah seseorang, barulah perjalanan sebenar bermula! Alhamdulillah...perjalanan agak lancar walaupun ada ketikanya kenderaan bergerak perlahan. Berhenti di hentian rehat pun agak sesak, tapi masih ok. Siap shopping macam-macam jajan di Mydin RTC Gopeng sebagai bekalan perjalanan. 

Sekitar pukul 12.45 tengahari, kami keluar di tol Kuala Kangsar. Masa ni cuaca mendung dan ada tempat yang kami lalui sedang hujan. Perjalanan melalui lebuhraya tamat di sini. Perjalanan seterusnya akan melalui Lenggong - Gerik - untuk tiba di Pengkalan Hulu. 

Suami bawa kereta santai-santai je, sebab saya suka melihat-lihat pemandangan kanan kiri jalan. Tak pernah sampai dan bukan senang nak sampai, haruslah menghadam pemandangan yang ada. Sambil-sambil membaca tempat-tempat menarik yang ada di sepanjang jalan. Banyak tau!

Tiba di Lenggong, kami ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Jabatan Warisan Negara. Lokasi agak tersorok dari jalan besar, tapi tidaklah terlalu jauh ke dalam. Sedihnya bila sampai, ada notis kecil di gate memberitahu galeri ditutup untuk tujuan naik taraf, tapi tak tulis sampai bila. 😭 Takde rezeki nak berjumpa dengan Perak Man lah nampaknya! Perjalanan diteruskan...


PENGKALAN HULU (KROH / KEROH)

Alhamdulillah...akhirnya selamat tiba di bandar Pengkalan Hulu kira-kira 3 petang. Masih dalam hujan renyai. Bandar ini kelihatan tenang, bebas kesesakan dan jauh dari kesibukan. 

[INFO] Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah. Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala.


Kami menginap di sini - PENGKALAN HULU CITY HOTEL. Hasil carian di internet, ramai yang bagi review baik untuk hotel ni. Lokasinya juga sangat memudahkan kita cari makanan, berhadapan dengan medan selera dan dekat dengan pasaraya. Juga KFC dan pasar malam mini (Isnin malam Selasa). Semuanya hanya dengan berjalan kaki. 

Kami datang tanpa tempahan awal, pilihan bilik jadi terhad. Walaupun cuma berdua, ambil jugalah bilik Standard Family untuk tiga orang ni. Harga cuma RM100 (kadar hujung minggu/cuti umum). Bilik bersih dan selesa, memang puashati. 👍

Bilik air pun bersih. Jarang-jarang tau dapat hotel bajet yang saya puashati keadaan bilik air, samada kebersihan atau kemudahan yang disediakan. Yang ni memang selesa nak guna. Semoga hotel ni terus maju dan dapat kekalkan begini. 

Suasana malam di Pengkalan Hulu...tenang dan aman. Masa ni kami jalan kaki cari kedai makan guna Google Maps. Saja pilih jalan kaki untuk lebih mudah melihat-lihat sekeliling. Oh ya, satu-satunya bunyi yang 'menghidupkan' bandar ini...datang dari rumah burung walet! 😄

-----------------------------------------------------------------------------------

Malam ni tidur awal, perjalanan sekitar 8 jam siang tadi membuat badan rasa letih. Mungkin juga faktor usia yang meningkat. 😫 Esok...ke destinasi sebenar tujuan kedatangan kami di sini.

...bersambung...

8 comments:

  1. Tak pernah dengar tempat ni Uji. Kalau Uji tak share kat sini mmg tak akan taulah gamaknya hihhi.... Baguslahh korang ni.
    Yelah kan walaupun cuma setakat nak bermalam, keselesaan penting jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun agak baru tau nama tempat ni kak..haha

      Delete
  2. Tak mneyeberang ke Betong... saya pun tak pernah jejak lagi ke sini... cuma pernah sampai di Lenggong saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg itulah tujuan ke Pkln Hulu..nak ke negara jiran. :)

      Delete
  3. dulu kecik2 penah pi tengok Perak Man hehe xpe nanti pegi lagi bila depa da upgrade kan..

    ReplyDelete
  4. seronok jika dapat berjalan macam ni dapat tengok tmpat orang kan disamping tu dapat share dekat sini dan saya pun baru tahu tentang tempat ni walaupun saya lahir di perak, cumanya tak membesar di perak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu tempat ni (Pengkalan Hulu) pun sebab anak kawan dapat MRSM situ. Terus membawa kepada tau adanya pintu sempadan ke Thai. :)

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****