Entri pertama untuk tahun 2018, dengan azam nak hasilkan sekurang-kurangnya satu entri setiap minggu. Banyak perkara boleh ditulis, dan perlu ditulis untuk rujukan/kenangan di masa hadapan. Cuma rasa malas bukak blog dan konon-konon sibuk dengan perkara lain...yang menghalang.
Untuk entri ni, sepatutnya di tulis tahun lepas. Bulan lepas lebih tepat. Dan entri seterusnya pun, mungkin cerita bulan-bulan lepas jugak. Hehee..
--------------------------------------------------------------
Suatu petang di penghujung Disember 2017, jiran mesej...'akak makan buah Kemang tak?'. Kalau tak silap Kemang sama dengan Binjai...terus terbayang zaman kanak-kanak, saya makan buah Binjai yang masam! Makan gitu je tanpa pencicah. Seorang kawan yang bawa, dan kami makan bersama di sekolah. Masa tu saya sekolah agama petang di Rambah, Pontian.
Tak lama kemudian, jiran datang hantar 2 biji buah Kemang. Kata jiran, sama je Kemang atau Binjai. Panggilan berbeza ikut tempat. Buah yang susah nak jumpa. Kebetulan dia dapat lebih, dapatlah berkongsi rezeki dengan saya. Alhamdulillah!
Seingat saya, kali terakhir jumpa dan makan buah ni sekitar 27 tahun lalu! Saya pun dah ingat-ingat lupa rupa buah Binjai yang saya makan dulu. Yang pasti, isi putih dan masam! Bertemu semula buah ni, seakan menggamit memori zaman kanak-kanak.
Kulitnya nipis, lepas dibuang beginilah rupa buah Kemang. Panggil Kemang jelah kan, leceh nak sebut kemang @ binjai. Buah ni ada bau tersendiri. Bau yang agak kuat.
Disebabkan rasa buah ni yang masam-masam kelat, lebih sedap jika dibuat sambal belacan. Zaman budak dulu bolehlah makan gitu je kan...ni cuba makan, terkenyit-kenyit mata dibuatnya!
SAMBAL BELACAN BUAH KEMANG
1 biji buah kemang
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
belacan
garam
gula
1. Cili merah, cili padi dan belacan - goreng seketika, tanpa minyak.
2. Kemudian tumbuk atau kisar guna blender kering.
3. Gaulkan bersama isi buah Kemang, sedikit garam dan gula.
.
.
Inilah hasilnya....sambal belacan buah Kemang.
Pedas, masam...dan bau buah kemang yang membangkit selera! 😋
Yang sebiji lagi tu saya ambil isi dan simpan dalam peti sejuk. Masa entri ni ditulis, yang disimpan tu dah pun selamat dibuat sambal belacan sekali lagi! Lepas ni kalau teringin, entah kat mana nak mencari...
INFO : Klik DI SINI dan DI SINI untuk info lanjut mengenai buah Kemang @ Binjai. Hasil carian internet juga ada yang mengatakan buah Kemang dan Binjai adalah dua jenis buah yang berbeza, walaupun nampak macam sama.
...maka, tak tahulah yang saya makan ni namanya KEMANG atau BINJAI? 😂
.
Jarang2 jumpa buah kemang ni.
ReplyDeleteMemang sesuai dibuat sambal belacan.
Jarang- jarang jumpa..dulu pernah la mak buat sambal belacan guna buah ni..sedpa..lamanya tak makan
ReplyDeleteLama sangat tak dengar dan jumpa buah kemang atau binjai ni...kalau ke pasar pun susah nak jumpa...
ReplyDeleteRasanya seumur hidup baru sekali makan buah ni. Pun baru tau rupanya buah kemang ni mmg sedap bila di sambal belacankan.
ReplyDeleteSalam owner blog Ujie Othman. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Ujie Othman kat blog list Rahsia Melancong.
ReplyDeletetak pernah makan dan tengok pun buah ni
ReplyDeletekiranya isi buah kemang tu pengganti limau la eh..tak permah tgk buah ni..mkn dah tentu tak pernah..tapi tgk ke sambal tu...telan air liur..sedap mkn dgn nasi panas..
ReplyDeletekemang ada rasa dan aroma yang berbeza dari limau. lagi pulak, susah dapat...jadi rasa lebih sedap pulak! haha
Deletesaya dah follow blog anda. Moh kita tukar bloglist. Saya dah masuk anda dalam bloglist saya.
ReplyDeletemmg tak pernah nampak kat kedai buah pun. ni kategori buah2 yang hampir pupus.
ReplyDeletemacam rupa buah mangga lak
ReplyDeletexpernah makan...xtau lah rasa apa
Klu d melaka kami panggil binjai
DeleteSalam sis..kawan sis jual ke buah kemang tu?saya mencari bg pihak sepupu...pregnant..cari buah ni dh berbulan2 tp xde org jual d mlk..
ReplyDeletewa salam, sorry baru perasan komen puan.
Deletemaaf puan..buah ni jiran bagi. Jiran dpt dari kawan, kawan dia dapat dari org lain juga.
Kalau tak silap saya yang Jenis binjai rasanya manis manakala Asam kemang pula yang masam
ReplyDeleteAzhan: tahun 2019.. kat mana la nak cari sambal mcmni..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Ada sorang kawan ofis bagi buah kemang @ binjai ni. Bila cium buah yang dah masak teringat zaman kanak-kanak. Ratah gitu shj. Dah pesan kat isteri kitta buat sambal belacan. Yang bagi buah tu pun pesan jugak. Cupp sambal belacan binjai.
ReplyDeleteSalam..sekarang sedang musim buah kemang di Pontian..Saya ada jual berhampiran masjid jamek kampung rimba terjun
ReplyDelete