Tuesday, 26 July 2016

Bila TELINGA Hilang Pendengaran

Dua bulan tak menulis blog...
Beginilah namanya blogger tenggelam timbul!
Rindu nak menjelajah ke blog kawan-kawan...
Tentu dah banyak cerita yang saya terlepas.

Cerita saya...TELINGA.
Telinga sebelah kiri saya tiba-tiba mogok!
Bermula 4 Syawal...cuma yang kanan sahaja mampu berfungsi.
Hiduplah saya sebagai orang pekak sebelah telinga.

Yang bercakap kuat...saya masih mampu dengar.
Yang bercakap perlahan...saya kena minta ulang semula.
Kadang-kala...saya angguk saja tanpa minta pengulangan kata.
Letih...asyik minta orang ulang semula.

Saya ke sebuah klinik swasta....
Ada jangkitan, tahi telinga tak keras...kata doktor.
Dia meminta saya merujuk kepada yang lebih pakar.
Tiada ubat diberi.

Temujanji dibuat dengan doktor pakar ENT Hospital Az Zahrah.
Sebab saya nak doktor wanita, maka saya perlu menunggu 4 hari lagi.

Sabtu pagi...dengan debaran saya berjumpa doktor.
Saya diminta duduk di hadapan sebuah skrin.
Alat seumpama kamera dimasukkan ke salur telinga.
Dengan jelas saya melihat pada skrin.
Sedikit ngeri...dan kelakar, macam eksplorasi ke dalam gua!

Rupa-rupanya...tahi telinga dah menutupi lubang.
Maka gegendang tak dapat menerima gelombang bunyi.

Prosedur seterusnya...
Doktor memasukkan saluran tiub kecil jernih untuk 'menyedut' tahi telinga.
Dengan pesanan jika sakit bagitau.
Setelah beberapa kali 'sedutan' dengan alat tersebut,
Alhamdulillah...saya kembali mendengar dengan sangat jelas!
Tiada kesakitan. Juga tiada jangkitan atau masalah lain.
Tiada ubat diperlukan.

Dengan caj RM85 kini saya mendapat semula nikmat pendengaran!
Terasa sangat berbeza, hampir seminggu hilang sebelah pendengaran.
Sekarang terasa bisingnya sekitar saya!
Rasa macam terlalu kuat segala bunyi yang ada.
Saya dapat 'telinga baru'! Hahaha

Jom belajar anatomi telinga kita.

Tips dari doktor...
Gunakan putik kapas yang sedikit berbulu, bukan jenis kapas keras.
Jangan bersihkan/korek dalam-dalam, cukup sekadar bahagian depan telinga.
Seminggu sekali...bersihkan telinga guna putik kapas yang dicelup minyak zaitun.
Tujuannya untuk melembutkan tahi telinga dan mudah keluar.


...bila ia ada, kita rasa biasa. Bila ia tiada, kita rasa sangat kehilangan. Bila ia kembali semula, sungguh kita akan sangat menghargai nikmat itu!...


12 comments:

  1. alhamdulillah sudah sembuh ye...|Angah ni hampir sama situasinya, semacam ada gelembung, mungkin sebab selsema yang masih bersisa sejak aidilfitri lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa doktor Angah..risau ada masalah yg serius pulak.
      Moga Angah pun cpt2 dpt semula 'telinga' ya..hehee

      Delete
  2. Subhanallah... macamana sampai macam tu Ujie.
    Syukurlah dah pulih sediakala

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya doktor pakar tu, dia cuma jwb maybe sbb bulan Ramadhan jarang bersihkan telinga. Hehe..tapi mcm tak berapa logik, sebelah telinga lagi tengok kat skrin clear je.

      Apapun, masalah ni jadi saya lebih menghargai nikmat pendengaran yg Allah beri kak.

      Delete
  3. Alhamdulillah..syukur dah pulih ye ujie

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. lega ye kak bila dpt dgr semula..

    ReplyDelete
  5. Hihi...kelakarlah pulak Ujie.... Anak sulung pernah mengalami masalah yg sama mcm awak Ujie. Terpaksalah upah doktor untuk korekkan....hihi....

    Betul tu Ujie...diuji sedikit tp besar nikmatnya apabila mendapat telinga semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lepas, mmg rasa kelakar kak. Masa kena tu, ya Allah risau kot tak boleh dengar normal. ^__^

      Delete
  6. syukur dh jelas dengar...tksh kongsi info tips penjagaan telinga.

    ReplyDelete
  7. terima kasih berkongsi pengalaman..alhamdulillah dah sembuh.

    ReplyDelete
  8. adeh..seksa tau kalau x dgr..syukur leh dgr semula

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****