TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)
Malaysia dan 11 negara lain (Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat) sudah pun memeterai TPPA di Auckland, New Zealand.
Bagus ke tak bagus untuk kita? Ada pro dan kontra, boleh klik dan baca di kedua-dua link berikut :
>>> 10 manfaat TPPA
MB (Menteri Besar) Kedah
Perlantikan MB Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai MB Kedah ke -12. Ia dianggap sebagai pengakhiran kemelut politik Kedah (UMNO khususnya). Tetapi hakikatnya, ia adalah kesinambungan kemelut pentadbiran di Malaysia yang seakan tidak berpenghujung.
MB Kedah 'kaki tidur'? Bagi pendapat saya, adalah tidak wajar kita mengaibkan dan mengutuk beliau tanpa tahu kedudukan sebenar. Biarpun kita membenci perbuatannya 'merampas' pentadbiran Kedah dari MB terdahulu, itu bukanlah lesen untuk kita mengutuk/maki beliau. Islam melarang, ingat!
Bonus Tabung Haji
5% Bonus Tahunan + 3% Bonus Haji
Memang tidak setinggi tahun sebelumnya, sehinggakan ramai yang mengeluh! Ada pulak yang membeza-bezakan dengan ASB. Mari kita fahami, TH bukanlah instrumen PELABURAN untuk duit kita. Jadinya ia tidak menjanjikan sebarang pulangan, yang dijanjikan adalah simpanan kita selamat.
Jika benar ingin menggandakan duit kita, perlulah melabur pada saham-saham patuh syariah (boleh rujuk kepada mereka yang arif), atau melabur pada perniagaan (jalankan sendiri atau melabur pada bisnes orang lain). Tapi harus diingat, mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang pasti adalah termasuk dalam ciri-ciri tidak patuh syariah. Pelaburan bermaksud, mungkin untung dan mungkin rugi!
Ok, bukan tujuan saya 'membela' TH. Cuma ingin kita faham beza simpanan dan pelaburan. Itu je. Kalau nak pertikai dari sudut lain, maaf....memang saya tak arif ya.
Nota : Nampak macam semalam adalah hari yang penuh luka, penuh kontroversi dan penuh tanda tanya. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kita dari pemerintah yang zalim, serta ditunjukkan mana yang benar dan mana yang palsu.
Pergolakan negara kita kian ketara tak kira sosial, ekonomi mahupun politik. TH pun kalau kita terus baca-baca-baca memang kita semua akan simpan duit bawah bantal Ujie. Ekonomi kita lagilah dah semakin dahsyat selaras dgn politiknya yg kian kecamuk. Gagah/kuat bernasib baiklah yg 'tak kuat' memang kena let-go ajelah jawabnya.
ReplyDeleteMacam2 skg ni kan kak...
ReplyDeleteBetul tu, ira setuju dgn akak.. apa pun kita xblh aibkan org. Kita xtau siapa dia di sisi Allah..
Syukur alhamdulillah.. ada juga bonus TH tu, dpd xde langsung kan.. apa pun yg diaorg buat, Allah Maha Tahu..
atas kertas dan segala macam teori, TPPA ni ada banyak pro & cons. bila dah dilaksanakan kelak barulah kita betul2 tau.
ReplyDeleteapa pun, semua benda elok boleh jadi tak elok. bergantung pada rakyat dan pemerintah itu sendiri.
Akk dh serabut. Conclusionnya, rakyat Malaysia dah sangat tertekan. Berapa lama lg kita mampu bertahan agaknya
ReplyDeleteSelalu tertanya tanya pasal TPPA ni Ujie, tp tulah hal bidang pengetahuan am ni mak mmg kurang sikit hihi...maleh nak membaca. Faham on surface sudah.
ReplyDeleteBetul jugak tu, tak baik mengaibkan org, kalau pun marah sangat. Biasalah dah tua tua ni mmg cepat mengantuknya. Maafkan lah dia...
Mak punya konsep senang, janji dah siap tolak zakat, senang sikit, tak payah pening kepala....
betul tu..tak patut kita mengaibkan orang..
ReplyDeleteYang pasal TH tu, terima kasih memberi pencerahan
macam-macam hal sungguh keadaan negara kita sekarang ni..stress mak..
ReplyDeleteSeolah suasana dh jadi tak terkawal dengan segala macam perkara terjadi.pikir2 balik apa yg Tun Daim pernah buat kenyataan..silap hari negara boleh muflis rasa seram pulak, silap hari duit yg kita simpan takada nilai..
ReplyDeletedalam byk2 tu hanya bab bonus tabung haji je yang saya betul2 amik port... Alhamdulillah ada jugak dividen drpd xde langsung dan yg lebih penting 100% patuh shariah.
ReplyDeletebole jer melabur dalam saham amanah (unit trust) cwa dibawah cimb yg bole memberikan pulangan yang agak lumayan. sila hubungi saya di aziarif@yahoo.com.
ReplyDeleteantara 3 berita nih, berita pasal MB kedah tu saya susah nak paham...takde hujan, takde ribut, tup tup hurmmm...
ReplyDeleteberita2 tu buat ita cepat pening..heheheh...nape lah suka berebut kuasa...
ReplyDeletetak kisah TH nak bagi berapa....harap satu hari nanti cukup tabungan nak jadi tetamu Allah...